16/08/2021
Aktviti membacakan buku kepada anak-anak merupakan salah satu daripada aktiviti 'bonding' momen yang boleh dimulakan sejak bayi lagi.
Aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan ibu bapa dengan anak-anak sekali gus dapat meningkatkan lagi komunikasi dengan anak-anak.
Antara panduan untuk melakukan aktiviti ini ialah:
1. Jadikan amalan membacakan buku untuk anak sebagai rutin harian. 10 - 15 minit pun sudah mencukupi.
2. Bacakan dengan jelas dan berekspresi supaya anak sentiasa minat untuk mendengar cerita.
3. Banyakkan bertanya kepada anak dan biarkan anak bercerita tentang apa yang dia faham dan lihat.
4. Kembangkan pembacaan dengan bercerita lanjut, luar dari konteks cerita.
5. Lakukan aktiviti seni dan kraf selepas sesi bercerita akan menjadikan aktiviti bercerita lebih menarik.
6. Membacakan untuk anak yang masih bayi juga amat digalakkan walaupun anak tidak boleh bercakap lagi. Inilah rangsangan awal untuk mereka untuk meningkatkan skil bahasa mereka.