SK Chikus

SK Chikus Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8
Sekolah Cemerlang Pembudayaan KBAT. Sekolah TS25. SekolahGeopark

Sesi Libat Urus Kementerian Pendidikan Bersama-sama Focal Person Pelibatan Ibu bapa,Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) da...
12/12/2025

Sesi Libat Urus Kementerian Pendidikan Bersama-sama Focal Person Pelibatan Ibu bapa,Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) dalam Pendidikan Tahun 2025.

Pada 11 Oktober 2025 warga SKC bersatu hati menjayakan sambutan Hari Sukan Negara dengn penuh semangat. Pelbagai aktivit...
14/10/2025

Pada 11 Oktober 2025 warga SKC bersatu hati menjayakan sambutan Hari Sukan Negara dengn penuh semangat. Pelbagai aktiviti sukan diadakan antaranya sukan hoki, timang bola takraw dan bola jaring. Objektif HSN adalah bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.



PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI: HENTIKAN SALAH LAKU BULI @ SEKSUALPada 10 Oktober 2025 diadakan Program Hentikan Sala...
10/10/2025

PROGRAM GERAKAN KEPIMPINAN MADANI: HENTIKAN SALAH LAKU BULI @ SEKSUAL

Pada 10 Oktober 2025 diadakan Program Hentikan Salah Laku Buli @ Seksual Dewan Ibnu Sina SKC. Program ini telah dihadiri Pegawai Perhubungan Sekolah. Program ini menekankan tentang penghapusan budaya buli, meningkatkan kesedaran tentang isu buli dan ganggual seksual serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat di sekolah.

PENYAMPAIAN SIJIL KUNJUNG BIMBING BERSEPADU PENJAMINAN KUALITI PBD. Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengucapkan setinggi...
10/10/2025

PENYAMPAIAN SIJIL KUNJUNG BIMBING BERSEPADU PENJAMINAN KUALITI PBD.

Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Chikus atas kecemerlangan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kunjung Bimbing Bersepadu Penjaminan Kualiti PBD.
Syabas dan terima kasih diucapkan semua pentadbir dan guru atas usaha yang diberikan.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UASA MATEMATIKPada 8 Oktober 2025 telah dilaksanakan Bengkel Teknik Menjawab UASA Matematik yang...
10/10/2025

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UASA MATEMATIK

Pada 8 Oktober 2025 telah dilaksanakan Bengkel Teknik Menjawab UASA Matematik yang disampaikan oleh Cikgu Shamsul. Semoga dengan bengkel yang dilaksanakan ini dapat memberikan kemudahan kepada murid murid SKC untuk menjawab peperiksaan UASA yang akan dijalankan tidak lama lagi.

BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN PROSES SAINS UASAPada 7 Oktober 2025 telah diadakan Bengkel Pemantapan Kemahiran Proses Sai...
10/10/2025

BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN PROSES SAINS UASA

Pada 7 Oktober 2025 telah diadakan Bengkel Pemantapan Kemahiran Proses Sains UASA yang disampaikan oleh Pn Intan Afizah binti Salleh, Pegawai SISC+ Sains dan Matematik PPD Hilir Perak.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Intan atas kesudian menyampaikan Bengkel UASA kepada murid SKC. Semoga tips yang diberikan dapat memberi manfaat kepada murid SKC dalam menjawab peperiksaan UASA.

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (PK-SKPK)2.0 SESI 2024/2025Pada 6 O...
10/10/2025

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SKOR PENILAIAN KENDIRI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (PK-SKPK)2.0 SESI 2024/2025

Pada 6 Oktober 2025 Sekolah Kebangsaan Chikus dihadiri jemaah nazir bagi pemeriksaan verifikasi SKPK Prasekolah Annur. Alhamdulillah pemeriksaan tersebut berjalan dengan lancar.
Terima kasih diucapkan kepada jemaah nazir yang hadir atas bimbingan yang diberikan kepada Pn Nazirah dan juga Pn Mosalimah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Prasekolah Annur SKC kerana memperoleh skor SKPK yang tepat.

Kem Bestari Solat telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Surau Sk Chikus.Kem bestari solat ini dilaksanakan ole...
10/10/2025

Kem Bestari Solat telah diadakan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Surau Sk Chikus.Kem bestari solat ini dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKC.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UASA Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Dewan Ibnu Sina ya...
10/10/2025

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UASA Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 1 Oktober 2025 bertempat di Dewan Ibnu Sina yang disampaikan oleh Pn Alawiah binti Mohd Rafdzi dan Pn Nurul Atiqah binti Saiman. Semoga dengan bengkel yang dilaksanakan, murid murid dapat menjawab dan peroleh keputusan yang cemerlang dalam UASA.

Majlis Perpisahan Seiring, Sejalan, Satu Hati, Satu Kenangan bersempena pertukaran En Norzaidi Bin Ramli bekas pembantu ...
09/10/2025

Majlis Perpisahan Seiring, Sejalan, Satu Hati, Satu Kenangan bersempena pertukaran En Norzaidi Bin Ramli bekas pembantu operasi SK Chikus. En Norzaidi menyambung tugasan beliau di SK Permatang. Selamat menjalankan tugasan di tempat baharu semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya.


Program Jalinan Kasih  bersempena sambutan Maulidur Rasul 1447H kolaborasi bersama SK Chikus dan Maahad Tahfiz Ahmadiah ...
26/09/2025

Program Jalinan Kasih bersempena sambutan Maulidur Rasul 1447H kolaborasi bersama SK Chikus dan Maahad Tahfiz Ahmadiah Kg Chikus. Perarakan bermula dengan paluan Rebana Perak disambut mesra Mudir dan keluarga Maahad. Turut dinobatkan Tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolah AL Fadil Ustaz Mohd Sabri bin Mohd Noor. 26.09.2025 bersamaan 4 Rabiulakhir 1447H. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program hari ini.




Address

SK Chikus
Kampung Langkap
36750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Chikus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Chikus:

Shortcuts

Share