Bimbingan dan Kaunseling skkgkeda

Bimbingan dan Kaunseling skkgkeda Berkongsi idea..jom bina daya imaginasi Nice to meet u. Salam Kaunseling �

Page ini dikendalikan oleh Puan Shahiza Hassan aka cikgu sya, guru bimbingan dan kaunseling yang telah bertugas di sini untuk tahun yang ke-12.

Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah 🏫 Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan
11/01/2026

Selamat Datang dan Selamat Kembali ke Sekolah 🏫

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan

17/07/2024

Pentaksiran Psikometrik Tahun 4

Tahun 4 Ibnu Sina - 26 orang
Tahun 4 Ar Razi - 24 orang

🥉Tempat Ke-3 Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ipoh, PerakTahniah Muhammad Hariz Zaquan, Tahun 6 Ibn...
03/09/2023

🥉
Tempat Ke-3 Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Ipoh, Perak

Tahniah Muhammad Hariz Zaquan, Tahun 6 Ibnu Sina SK Kg KEDA mewakili team sofbol Kedah.

03/09/2023

Mulakan pagi dengan menghargai setiap hal-hal kecil yang membuatkan hidup kita jadi lebih bermakna ❤️

20 Oktober 2022, Khamis7.30 pagiMajlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK KG...
26/10/2022

20 Oktober 2022, Khamis
7.30 pagi

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SK KG KEDA Tahun 2022

Tahniah cikgu ucapkan kepada semua yang berjaya. Tak mampu nak up semua gambar, cikgu ambik sana sikit sini sikit 😘

Kategori banyak, hadiah pun banyak. Seronok tengok gelagat anak-anak bersorak bila cikgu panggil nama. Dari prasekolah sampailah tahun 6 dapat hadiah. Yang tidak terpilih jadi pemenang, mai nak cerita kata kali ni bukan rezeki namanya. Kalau dah rezeki lain kali boleh dapat hadiah lagi.

Terima kasih semua cikgu dan warga sekolah.

Terima kasih AJK Hadiah, cemerlang 🎊

Jumpa lagi 🤗
Cikgu takpi mana aihh

Kelas Bimbingan bersama Prasekolah Gemilang hari Isnin, 13 Jun 2022. Cikgu ganti kelas ustazah, jadi cikgu juga dipanggi...
14/06/2022

Kelas Bimbingan bersama Prasekolah Gemilang hari Isnin, 13 Jun 2022.

Cikgu ganti kelas ustazah, jadi cikgu juga dipanggil ustazah ya. Boleh saja.

Seronok bersama anak-anak prasekolah. Cikgu bagi tugasan bidang kerjaya. Rendahkan aras ke level mereka jadi semua rasa enjoy!

Dah selesai, tangkap gambar sikit. Seronok kan 😊 Jumpa lagi anak-anak.





12 Jun 2022MPerhimpunan pagi Ahad yang tenang dalam suasana sekolah yang damai hijau. Alhamdulillah selesai sudah majlis...
13/06/2022

12 Jun 2022M

Perhimpunan pagi Ahad yang tenang dalam suasana sekolah yang damai hijau.

Alhamdulillah selesai sudah majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kampong KEDA sesi 2022/2023.

Sekalung tahniah kepada murid yang terpilih. Pegang amanah dengan bersungguh-sungguh dan tunaikan tanggungjawab dengan ikhlas. Semoga mampu menginspirasikan rakan-rakan yang lain.

Wajah ceria dan teruja selepas 2 tahun tanpa sesi bersemuka. Ayuh, teruslah bersemangat !

Ketua Pengawas : Muhammad Wafi Aqil bin Mohd Lutfi
Penolong : Maryam Hani Damya binti Md Osman

Ketua PSS : Muhammad Rafiq bin Husni
Penolong : Nur Alya Alysha binti Mohd Noor Hafizuan

Tahniah 🎊




Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kampong KEDA sesi 2022/2023Ahad12 Ju...
12/06/2022

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kampong KEDA sesi 2022/2023

Ahad
12 Jun 2023M
Bersamaan 13 Zulkaedah 1443H

01/10/2021

Salam Jumaat
Penghulu Segala Hari

Semoga dimudahkan segala urusan kita pada hari ini

Versi hujung minggu untuk anak-anak KEDA. Rehatkan diri daripada pdpr dan tambah semangat menjelang Ahad ☀

Salam Sayang

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kg KEDA ✨

PdPR kembali lagi 🌟Jom serlahkan semangat belajar yang luar biasa!Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, pasti dia akan me...
18/09/2021

PdPR kembali lagi 🌟

Jom serlahkan semangat belajar yang luar biasa!

Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, pasti dia akan mendapatkan hasilnya | "man jadda wajada"

When there is a will, there is the way | Di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalannya

Kekal bermotivasi
Tetap positif

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kg KEDA ✨

Address

Kampung Kupang
09200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bimbingan dan Kaunseling skkgkeda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bimbingan dan Kaunseling skkgkeda:

Shortcuts

Share

Category