Pondok Moden Alrahimiyah Kuala Sentul

Pondok Moden Alrahimiyah Kuala Sentul Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pondok Moden Alrahimiyah Kuala Sentul, School, Kampung Kuala Sentul.

11/04/2026

KENYATAAN MEDIA

YB USTAZ FAKHRUDIN
Setiausaha Badan Perhubungan PAS
Negeri Perak

GELOMBANG SOKONGAN RAKYAT TERHADAP PERIKATAN NASIONAL TERBUKTI DALAM SAMBUTAN HARI RAYA PAS PERAK

PAS Negeri Perak menegaskan bahawa kejayaan luar biasa penganjuran Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Negeri Perak di Kampar yang berlangsung pada hari ini bukan sekadar sebuah majlis biasa, tetapi menjadi manifestasi jelas kebangkitan sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional.

Pemilihan Kampar sebagai tuan rumah adalah keputusan strategik, mengambil kira kedudukannya yang menjadi titik pertemuan masyarakat pelbagai kaum. Hakikat bahawa masyarakat berbilang kaum hadir dalam jumlah besar membuktikan bahawa Perikatan Nasional semakin diterima merentasi sempadan kaum dan latar belakang.

Program ini turut memperkukuh jentera dan struktur organisasi PAS Kawasan Kampar, sekali gus membuktikan kesiapsiagaan PAS dalam menghadapi sebarang kemungkinan politik yang lebih mencabar pada masa hadapan.

Sebanyak 17 menu telah berjaya disediakan hasil komitmen 24 PAS Kawasan, memperlihatkan kesatuan, disiplin dan kekuatan jentera parti yang tidak mampu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Lebih signifikan, kehadiran pimpinan utama Perikatan Nasional Negeri Perak daripada BERSATU, GERAKAN dan MIPP, serta kehadiran pimpinan Parti BERJASA Negeri Perak, menjadi bukti kukuh bahawa gabungan ini semakin mantap, bersatu dan bersedia memimpin negeri.

Kehadiran yang dianggarkan melebihi 8,000 orang, malah di luar jangkaan penganjur, adalah isyarat jelas bahawa rakyat sedang menghantar mesej kuat — mereka mahukan perubahan dan meletakkan keyakinan kepada Perikatan Nasional sebagai alternatif utama.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Datuk Ustaz Haji Idris bin Ahmad, seterusnya berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, telah menjadi platform penyatuan rakyat yang sebenar, bukan sekadar simbolik.

PAS Negeri Perak menegaskan bahawa momentum ini bukan kebetulan, tetapi hasil kerja berterusan dan kepercayaan rakyat yang semakin meningkat. Sokongan yang dizahirkan ini adalah petanda jelas bahawa gelombang perubahan sedang berlaku dan tidak boleh lagi dinafikan oleh mana-mana pihak.

5 April 2026

YB USTAZ FAKHRUDIN
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Perak
Pengarah Program Sambutan

11/04/2026
11/04/2026

Iran’s Supreme Leader Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei said in a message Thursday that the management of the Strait of Hormuz will “certainly enter a new phase,” while vowing that Tehran will demand compensation for all war-related damages, Anadolu Ajansi (AA) reported.

The message, released by his office on the 40th day since the killing of his father, former supreme leader Ayatollah Ali Khamenei, described his death as a “heavy and historic blow” for the Iranian nation, and one of the most painful moments in its recent history.

It portrayed the current phase as a continuation of his path and legacy.

Full story: https://www.malaysiakini.com/news/772295

24/04/2024

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Terkejut mendengar perkhabaran duka kemalangan dua pesawat helikopter TLDM yang bertembung semasa latihan Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga sepuluh orang kru yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah. Moga semua para pejuang yang terlibat dikurniakan sebaik-baik ganjaran disisi-Nya.

25/09/2023

Address

Kampung Kuala Sentul

Telephone

+60199307624

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Moden Alrahimiyah Kuala Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category