NADI Kg Tala

NADI Kg Tala Sebuah projek usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM)

Sebuah projek usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) serta MSD Digital Intelligence bagi Merapatkan Jurang Digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Beroperasi setiap hari (kecuali cuti umum), kami menawarkan Latihan Usahawan, Kelas Multimedia, Bengkel Resume, dan lain-lain kelas bimbingan yang diperlukan oleh komuniti. Selain itu, ada perkhidmatan internet, fotokopi, cetakan, mengimbas, binding, laminate dan lain-lain

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M πŸŒ™Seluruh warga NADI Kg Tala mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada sem...
24/08/2026

πŸŒ™ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M πŸŒ™

Seluruh warga NADI Kg Tala mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, perpaduan dan keprihatinan dalam komuniti.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu."
(Surah Al-Ahzab: 21)

✨ Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Warga NADI Kg Tala

15/08/2026
NADI komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu m...
12/08/2026

NADI komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan
βœ… Hasil jahitan alumni NADI Mahir

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu keluarga mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah sambil memperkasa usahawan komuniti.

πŸ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran.

Daripada keperluan persekolahan hingga sokongan pembelajaran, NADI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok

NADI x Kesejahteraan Kendiri- Pemeriksaan berkala boleh juga dilakukan di NADI Tekanan darahGlukosBMI
11/08/2026

NADI x Kesejahteraan Kendiri
- Pemeriksaan berkala boleh juga dilakukan di NADI
Tekanan darah
Glukos
BMI

10/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan β€œEnergy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga p**ang membawa pengalaman yang membanggakan πŸ‡²πŸ‡Ύ





09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim β€œPay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

*πŸ’³βœ¨ NAK BAYAR BIL? JOM KE NADI BERDEKATAN ANDA! βœ¨πŸ’³**Tak perlu risau beratur lama atau pergi jauh. Kini pelbagai urusan p...
08/08/2026

*πŸ’³βœ¨ NAK BAYAR BIL? JOM KE NADI BERDEKATAN ANDA! βœ¨πŸ’³**

Tak perlu risau beratur lama atau pergi jauh. Kini pelbagai urusan pembayaran boleh dibuat dengan mudah di **NADI**! πŸ™Œ

πŸ“Œ **Perkhidmatan pembayaran disediakan:**
βœ… Pembayaran utiliti asas
βœ… Utiliti komunikasi
βœ… Cukai Tanah / Cukai Petak
βœ… Cukai Taksiran / Cukai Pintu
βœ… Pembaharuan insurans kenderaan bermotor
βœ… Pembayaran pinjaman pendidikan
βœ… & pelbagai lagi perkhidmatan

Cepat, mudah dan dekat dengan komuniti anda!

08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



Program Screening @ NADI Kg TalaAlhamdulillah, program Screening Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya pada:πŸ—“ Tarik...
06/08/2026

Program Screening @ NADI Kg Tala

Alhamdulillah, program Screening Kesihatan telah berlangsung dengan jayanya pada:

πŸ—“ Tarikh: 6/8/2026 (Khamis)
πŸ“Œ Lokasi: NADI Kg Tala

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk membuat pemeriksaan kesihatan asas seperti:
βœ… Tekanan darah
βœ… Berat & tinggi badan
βœ… Paras glukosa dalam darah

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama sepanjang program dijalankan. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan πŸ’™

Webinar Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia telah berlangsung dengan lancar.πŸ“… Tarikh: 6...
06/08/2026

Webinar Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia telah berlangsung dengan lancar.

πŸ“… Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
πŸ“ Lokasi: NADI Kg Tala

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat πŸ™Œ
Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber πŸ’»πŸ”

Address

Kg Tala
Kampung Jeneri
08320

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Tala posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share