Politeknik Jeli Kelantan

Politeknik Jeli Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Politeknik Jeli Kelantan, Education, Jalan RAYA TIMUR-BARAT, Kampung Jeli.

Politeknik Jeli menawarkan Program Diploma Agroteknologi (DAG) & Diploma Teknologi Akuakultur (DTQ) di bawah Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) dan Diploma Kejuteraan Elektrik (Tenaga Hijau) di bawah Jabatan Kejuteraan Elektrik (JKE)

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ) 2026 24 Ogos 2026 | Lanas Perdana, Politeknik Jeli KelantanTelah berlangsung dengan ...
25/08/2026

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ) 2026

24 Ogos 2026 | Lanas Perdana, Politeknik Jeli Kelantan

Telah berlangsung dengan meriah Majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) bagi Program Diploma Agroteknologi dan Diploma Teknologi Akuakultur sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar atas pencapaian, komitmen serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan kejayaan para penerima anugerah, malah turut menyuntik semangat kepada seluruh pelajar untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta sahsiah.

🌟 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Ketua Jabatan!

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kejayaan serta menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah, urus setia dan pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

πŸ’š Teruskan melangkah, teruskan cemerlang dan jadilah kebanggaan PJK!

✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Isla...
24/08/2026

✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M ✨

Politeknik Jeli Kelantan mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sirah, mencontohi akhlak mulia serta menyemai rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi inspirasi untuk kita memperkukuh ukhuwah, meningkatkan keimanan dan meneladani perjuangan Baginda dalam kehidupan seharian.

πŸ’š β€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

🌿 PROGRAM BACK TO NATURE 5.0: BERSAMA MEMELIHARA ALAM, DEMI MASA HADAPAN πŸŒπŸ’šProgram Back to Nature 5.0 anjuran Hal Ehwal ...
24/08/2026

🌿 PROGRAM BACK TO NATURE 5.0: BERSAMA MEMELIHARA ALAM, DEMI MASA HADAPAN πŸŒπŸ’š

Program Back to Nature 5.0 anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP), Politeknik Jeli Kelantan telah melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna di Beting Lintang Campsite Glamping Park, Besut, Terengganu selepas tiga hari berlangsung pada 20 hingga 22 Ogos 2026.

Program yang dipimpin oleh En. Mohd Faiz bin Mohd Zin menerusi kolaborasi bersama PHT dan Geng Plastik Hijau ini telah menghimpunkan seramai 73 orang peserta dalam menjayakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat dan pemuliharaan alam sekitar.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

♻️ Pembersihan pantai dengan kutipan sehingga 0.3 tan sampah
🌱 Aktiviti penanaman pokok sebagai usaha pemuliharaan dan penghijauan alam
πŸ’‘ Kerja-kerja pendawaian dan pemasangan lampu bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan pengunjung

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang tenaga kepada masyarakat dan alam sekitar, malah turut menyemai nilai kerjasama, kesukarelawanan, tanggungjawab sosial serta kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Back to Nature 5.0. Semoga usaha kecil yang dilakukan hari ini menjadi langkah besar ke arah masa depan yang lebih hijau, bersih dan lestari. πŸŒπŸ’š

Kembali kepada alam, menjaga alam, demi generasi masa hadapan. 🌿

PROGRAM PENARAFAN TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD)πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)πŸ“ Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Jeli Kelantan...
24/08/2026

PROGRAM PENARAFAN TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD)

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ“ Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Jeli Kelantan

Telah berlangsung Program Penarafan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) di Politeknik Jeli Kelantan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jeli.

Program ini merupakan salah satu usaha dalam melaksanakan penarafan tempat kerja bebas dadah di peringkat organisasi secara sistematik, berterusan dan selaras dengan Dasar Dadah Negara. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen PJK dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan bebas daripada dadad yang disampaikan oleh pihak NIOSH, sebagai salah satu pengiktirafan dan sokongan terhadap usaha memperkukuhkan budaya tempat kerja yang selamat dan sejahtera.

Semoga pelaksanaan Program TEKAD ini dapat meningkatkan kesedaran seluruh warga PJK mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta membentuk komuniti tempat kerja yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jeli, pihak NIOSH serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Bersama kita wujudkan tempat kerja yang sihat, selamat dan bebas dadah! πŸ’ͺπŸ’š

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA InSIS 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menj...
23/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA InSIS 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan Pertandingan Sisa Lestari (InSIS 2026) dengan menampilkan pelbagai hasil inovasi yang kreatif, praktikal dan berimpak dalam menangani isu pengurusan sisa serta menyokong kelestarian alam sekitar.

πŸ† Tahniah khas kepada penerima Anugerah Utama Pertandingan Sisa Lestari (InSIS 2026) yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, serta penerima Anugerah Komersial yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 atas kejayaan menghasilkan inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan.

πŸ‘ Tahniah dan syabas juga kepada semua pemenang bagi:

🍽️ Kategori A – Sisa Makanan
♻️ Kategori B – Sisa Selain Makanan
🌱 Kategori C – ARCA
🎨 Kategori D – Fesyen & Seni Kreatif

Turut diraikan ialah semua penerima Pingat Emas, Perak dan Gangsa yang telah berjaya mengetengahkan idea serta penyelesaian inovatif dalam usaha menguruskan sisa secara lebih kreatif dan lestari.

Penyertaan daripada pelbagai institusi di seluruh negara membuktikan bahawa inovasi dalam pengurusan sisa mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan Eco-Culture yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua peserta untuk terus berkarya, berinovasi dan menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, industri serta alam sekitar. πŸŒπŸ’š

Teruskan berinovasi demi masa depan yang lebih hijau dan lestari!

♻️ PJK TOWARD ZERO WASTE ♻️Jom bersama menjayakan Kempen Pengumpulan Bahan Buangan Kertas dan Botol Plastik anjuran Kela...
23/08/2026

♻️ PJK TOWARD ZERO WASTE ♻️

Jom bersama menjayakan Kempen Pengumpulan Bahan Buangan Kertas dan Botol Plastik anjuran Kelab Mesra Alam PJK bersama Unit Pengurusan Teknologi Hijau.

πŸ“… Tarikh: 26 Ogos 2026
⏰ Masa: 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Stor Kitar Semula (berhampiran HEP)

Ayuh kita kitar semula hari ini demi masa depan yang lebih harmoni! πŸŒ±β™»οΈ

Jadikan amalan kitar semula sebagai budaya warga PJK.

KURSUS PENGHASILAN AISKRIM POPSICLE20 Ogos 2026 Bilik Agropreneur Incubator Training Center (AITC), PJKTelah berlangsung...
22/08/2026

KURSUS PENGHASILAN AISKRIM POPSICLE

20 Ogos 2026
Bilik Agropreneur Incubator Training Center (AITC), PJK

Telah berlangsung Kursus Penghasilan Aiskrim Popsicle sempena merealisasikan projek keusahawanan sosial pelajar Politeknik Jeli Kelantan.

Program ini melibatkan 14 orang pelajar AITC PJK bersama 6 orang staf PJK dan dikendalikan oleh Pn. Sara Salwana binti Kamarudin.

Antara fokus utama kursus adalah memberikan pendedahan secara praktikal kepada pelajar mengenai kaedah penghasilan aiskrim menggunakan mesin aiskrim popsicle, di samping memperluaskan pengetahuan dan kreativiti mereka dalam meneroka peluang keusahawanan.

Melalui aktiviti ini, para pelajar berpeluang mempraktikkan ilmu, membina daya usaha serta mengembangkan idea keusahawanan yang boleh diaplikasikan selepas bergraduasi.

Semoga program ini menjadi langkah awal dalam melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan berjiwa usahawan.

πŸƒβ€β™€οΈπŸ HARI KOKURIKULUM PJK 2026 πŸŽ‰Hari Kokurikulum PJK 2026 telah berlangsung hari ini, 19 Ogos 2026 (Rabu) dengan pengli...
19/08/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸ HARI KOKURIKULUM PJK 2026 πŸŽ‰

Hari Kokurikulum PJK 2026 telah berlangsung hari ini, 19 Ogos 2026 (Rabu) dengan penglibatan penuh para pelajar Semester 1 dan 2 yang mengambil kursus kokurikulum berkredit.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di sekitar Plaza dan gelanggang sukan PJK, termasuk Fun Run, Bola Tampar, Woodball, Bola Jaring dan Ping Pong. πŸƒβ€β™‚οΈπŸ“πŸ

Program ini bukan sahaja menceriakan suasana kampus, malah menjadi platform untuk pelajar mengamalkan gaya hidup aktif, membina semangat kesukanan serta mengeratkan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan warga pelajar.

πŸ’ͺ Semangat membara, ukhuwah terjalin, kenangan tercipta!

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar Semester 1 dan 2 atas penyertaan serta semangat yang ditunjukkan sepanjang program. Tidak lupa, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah, urus setia dan pihak yang telah menjayakan Hari Kokurikulum PJK 2026.

KURSUS AUDIT DALAM EDUCATIONAL ORGANIZATION MANAGEMENT SYSTEM (EOMS) ISO 21001:2025Politeknik Jeli Kelantan telah mengan...
19/08/2026

KURSUS AUDIT DALAM EDUCATIONAL ORGANIZATION MANAGEMENT SYSTEM (EOMS) ISO 21001:2025

Politeknik Jeli Kelantan telah menganjurkan Kursus Audit Dalam Educational Organization Management System (EOMS) ISO 21001:2025 pada 17 hingga 18 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar ULPL, Politeknik Jeli Kelantan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Nurul Izza Jay binti Jalani, Senior Executive, SIRIM STS Sdn. Bhd. daripada SIRIM Academy, dan disertai oleh seramai 30 orang pegawai Politeknik Jeli Kelantan yang terlibat dalam pelaksanaan, pengurusan, pemantauan dan audit Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS).

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan prinsip, keperluan serta pelaksanaan audit berdasarkan ISO 21001:2025.Peserta turut didedahkan kepada aspek perancangan dan pelaksanaan audit, pengumpulan bukti audit, pengenalpastian ketidakakuran, pemerhatian serta peluang penambahbaikan, di samping penyediaan laporan dan tindakan susulan audit.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh kompetensi pegawai dan staf dalam melaksanakan audit dalaman secara sistematik dan berkesan, seterusnya menyokong pemantapan Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (EOMS) serta usaha berterusan Politeknik Jeli Kelantan dalam meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan dan memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH): KLINIK WOODBALL BERSAMA KOMUNITI SIHATπŸ“… 11 – 13 Ogos 2026πŸ“ Politeknik Jeli, K...
14/08/2026

KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH): KLINIK WOODBALL BERSAMA KOMUNITI SIHAT

πŸ“… 11 – 13 Ogos 2026
πŸ“ Politeknik Jeli, Kelantan

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH): Klinik Woodball Bersama Komuniti Sihat anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Jeli dengan kerjasama Persatuan Woodball Negeri Kelantan.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Jeli, Gs. Mohd Zamre bin Ab Rahman, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkenalkan sukan woodball sebagai salah satu aktiviti riadah yang sihat serta platform untuk mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti.

Kursus ini menghimpunkan penyertaan daripada warga Politeknik Jeli, guru-guru dari MRSM, sekolah menengah sekitar Jeli serta komuniti setempat.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan kepada asas permainan woodball, teknik dan kemahiran asas serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh coach berpengalaman iaitu Coach En Mahadi bin Ripin selaku Presiden Persatuan Woodball Negeri Kelantan.Para peserta turut berpeluang mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam suasana yang santai, interaktif dan penuh semangat kesukanan.

Program ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada sukan woodball, malah menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif, memperkukuh jaringan kerjasama serta membina hubungan yang lebih erat antara Politeknik Jeli dengan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Gs. Mohd Zamre bin Ab Rahman, Pengarah Politeknik Jeli, coach, peserta, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan kursus ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkasa Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga politeknik dan komuniti.








Address

Jalan RAYA TIMUR-BARAT
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099443600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Jeli Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category