Sekolah Kebangsaan Jeli 1 - Rasmi

Sekolah Kebangsaan Jeli  1 - Rasmi Sebuah Sekolah Amanah di PPD Jeli. Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Jeli (1)

Kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua ...
26/05/2026

Kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua ...

Selamat bercuti kepada semua warga SKEJELIS. Yang pulang ke kampung halaman pastikan berhati-hati ketika memandu.Kepada ...
21/05/2026

Selamat bercuti kepada semua warga SKEJELIS.

Yang pulang ke kampung halaman pastikan berhati-hati ketika memandu.

Kepada anak-anak murid SKEJELIS, isikan waktu cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran dan menolong kedua ibu bapa di rumah. Jadilah Anak yang Baik lagi Cerdik dan diredhai kedua ibu bapa anda ...

S eiring
K epuncak
J aya
1 keutamaan

Daripada:
MOHAMAD RADI BIN MOHAMED ROSLY
Guru Besar
SK Jeli (1)

P.S. Credits to Ustazah Zalifah Majid for the informative poster

16/05/2026
08/05/2026

Alhamdulillah, Temasya Sukan Tahunan SK Jeli (1) kali ke-38 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya. Bertepatan dengan tema “Kemeriahan Dalam Kesederhanaan”, temasya kali ini membuktikan bahawa semangat kesukanan, kerjasama dan kebersamaan mampu mencipta kenangan yang indah walaupun dalam suasana yang sederhana. Walaupun berlangsung dalam cuaca musim panas yang agak mencabar, seluruh warga sekolah tetap menunjukkan komitmen, semangat dan kesungguhan yang tinggi sepanjang temasya dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar, En. Mohamad Radi bin Mohamed Rosly atas sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada penyelaras temasya, Cikgu Wan Amirul Naim bin Wan Muhammad bersama seluruh jawatankuasa induk dan pelaksana yang telah bertungkus-lumus memastikan setiap perjalanan acara berjalan lancar.

Penghargaan turut diberikan kepada guru-guru, PIBG, ibu bapa serta murid-murid yang memberikan kerjasama dan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga temasya ini terus menjadi platform melahirkan murid yang aktif, berdisiplin, berdaya saing dan sentiasa mengutamakan semangat perpaduan pada masa akan datang.

S eiring
K epuncak
J aya

1 Keutamaan

🌙 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Jeli (1) 🌙🗓️ 01 April 2026, Rabu📍Dewan Terbuka SK Jeli (1)A...
11/04/2026

🌙 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Jeli (1) 🌙

🗓️ 01 April 2026, Rabu
📍Dewan Terbuka SK Jeli (1)

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Aidilfitri di peringkat sekolah telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan.

Suasana sekolah dihiasi dengan warna-warni pakaian raya, gelak tawa warga sekolah, serta hidangan juadah yang menyelerakan. Sambutan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru dan warga sekolah, malah turut menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam kalangan semua.

Semoga kenangan indah ini akan terus mekar dan menjadi pengalaman bermakna buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

S eiring
K epuncak
J aya
1 Keutamaan

Address

Jalan Besar
Kampung Jeli
17600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jeli 1 - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Jeli 1 - Rasmi:

Shortcuts

Share