19/07/2022
Sekitar Hari Pertama Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Secara Hibrid oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi 6 Program Akademik UMK
UMK mengalu-alukan kehadiran panel penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) bagi sesi penilaian 6 program akademik UMK di dua buah fakulti iaitu Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) dan Fakulti Industri Asas Tani (FIAT). Enam program akademik tersebut adalah seperti berikut:
1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan) dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
3. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Sumber Hutan) dengan Kepujian
4. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
5. Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
6. Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) dengan Kepujian
Lawatan penilaian ini diadakan selama dua hari (19 dan 20 Julai 2022). Tujuan sesi penilaian ini adalah bagi pengiktirafan MBOT dan peralihan akreditasi memandangkan sebelum ini program- program akademik tersebut dinilai oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Seramai 24 orang panel penilai dan pegawai TTAC MBOT akan terlibat dalam sesi lawatan ini yang mana tujuh (7) orang daripadanya hadir secara fizikal di UMK Kampus Jeli manakala selebihnya menjalankan sesi penilaian secara dalam talian.
Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) iaitu Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad
Kita Bersama