GREAT Research Center

Call Directions Website Contact the school

GREAT Research Center Gold Rare Earth and Material Technopreneurship Institute (GREAT)

04/06/2026
2 Jun 2026, Institut Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT)| GREAT berbesar hati menerima kunjungan ...
03/06/2026

2 Jun 2026, Institut Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT)| GREAT berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun bagi mengadakan sesi perbincangan bersama pihak universiti berkaitan Rare Earth (Unsur Nadir Bumi).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran, potensi kerjasama strategik serta penerokaan peluang dalam penyelidikan dan pembangunan sumber Unsur Nadir Bumi yang berimpak tinggi.

Semoga jalinan ini dapat memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih meluas pada masa hadapan.

24 May 2026, Makmal Kelstone-Cosmos | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas Pembukaan Perasmian Makmal Kelstone Cosmos ...
03/06/2026

24 May 2026, Makmal Kelstone-Cosmos | Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas Pembukaan Perasmian Makmal Kelstone Cosmos Lab. Semoga penubuhan makmal ini menjadi pemangkin kepada perkembangan penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan dalam bidang berkaitan.

Diharapkan Kelstone Cosmos Lab terus maju dan memberi impak positif kepada pembangunan teknologi serta melahirkan lebih banyak hasil penyelidikan yang berkualiti.

20 May 2026, Institut Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT)| GREAT berbesar hati menerima kunjungan...
03/06/2026

20 May 2026, Institut Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT)| GREAT berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada pihak Institut Automatif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bagi meneroka peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran, memahami keupayaan serta kemudahan yang tersedia, di samping mengenal pasti potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Diharapkan hubungan ini dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat kepada pembangunan industri dan inovasi pada masa hadapan.

06/03/2026

06 MAC2026| Program My Academy Journey telah berlangsung di Makmal GREAT bersama para pelajar asasi. Sesi ini diketuai oleh Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Abdul Hafidz bin Yusoff dan Prof. Dr. Norazharuddin Shah Abdullah serta ahli-ahli GREAT.

22 Februari 2026, Makmal Geokimia Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah & Galian  | Lawatan balas ke  Makmal Geokimia ...
23/02/2026

22 Februari 2026, Makmal Geokimia Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Tanah & Galian | Lawatan balas ke Makmal Geokimia Negeri Kelantan PTG

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada fasiliti dan operasi makmal, di samping mengadakan perbincangan mengenai peluang kerjasama strategik, khususnya dalam pelaksanaan program Work-Based Learning (WBL). Sesi ini turut memfokuskan kepada penempatan pelajar, penyelarasan keperluan industri dan pembangunan kompetensi bagi memastikan graduan lebih bersedia serta memenuhi kehendak semasa industri.

22 Februari 2026, Kelstone Cosmos Lab | Lawatan rasmi ke syarikat Cosmos Gemilang Perkasa Mineral Sdn. Bhd.Lawatan ini b...
23/02/2026

22 Februari 2026, Kelstone Cosmos Lab | Lawatan rasmi ke syarikat Cosmos Gemilang Perkasa Mineral Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada fasiliti dan operasi makmal, di samping mengadakan perbincangan mengenai peluang kerjasama strategik, khususnya dalam pelaksanaan program Work-Based Learning (WBL). Sesi ini turut memfokuskan kepada penempatan pelajar, penyelarasan keperluan industri dan pembangunan kompetensi bagi memastikan graduan lebih bersedia serta memenuhi kehendak semasa industri.

✨ Selamat Menyambut Tahun Baru! ✨Pusat Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT), Universiti Malaysia K...
01/01/2026

✨ Selamat Menyambut Tahun Baru! ✨

Pusat Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT), Universiti Malaysia Kelantan merakamkan ucapan selamat tahun baharu kepada semua rakan industri, akademia dan warga UMK.

Semoga tahun ini membuka lebih banyak peluang kerjasama, inovasi dan kejayaan bersama.

Ikhlas daripada:
Pusat Teknokeusahawanan Emas, Logam Nadir Bumi dan Bahan (GREAT)

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Noor Fazliani binti Shoparwe atas pelantikan semula sebagai Pengarah G...
01/01/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Noor Fazliani binti Shoparwe atas pelantikan semula sebagai Pengarah Gold, Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT) berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2027.

17/12/2025

17 Disember 2025 | Lawatan Pejabat Tanah & Galian Negeri Kelantan ke GREAT & IEIC, UMK Kampus Jeli.

Address

Gold, Rare Earth & Material Technopreneurship Centre (GREAT), Universiti Malaysia Kelantan, Jeli Campus
Kampung Jeli
17600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601153800924

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GREAT Research Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GREAT Research Center:

Shortcuts

Share