08/04/2026
Sesi ONLINE sentiasa berjalan seperti biasa ya murid-murid
Untuk kursus ni ada dua pilihan sama ada nak join sesi ONLINE ataupun BERSEMUKA.
Cuma BERSEMUKA ni dibuka atas jemputan in grouping/berkumpulan. Untuk maklumat lanjut boleh terus click link dibawah ya.
Jum jadi pengendali makanan yang BERTAULIAH?
07/04/2026
Alhamdulillah harini cikgu diberi peluang untuk sampaikan ilmu pengendalian makanan kepada bakal-bakal cikgu sekolah nanti.
Bakal cikgu ni semua pelajar jurusan degree sains rumahtangga UPM. So kalau untuk korang yang mana belum kawen dan nak cari calon, sesuai lah pilih pelajar/bakal cikgu sains rumahtangga ni.
Sebab diorang ni belajar macam-macam ya. Memasak, menjahit, andaman, spa, bertukang dan banyak lagi lah. Senang citer diorang ni complete package lah nak menjadi seorang isteri. Tinggal tanya duit hantaran je. Pastu kira jadilah.
Masa mengajar diorang ni. Cikgu nervous sikit sebab mem cikgu tiba-tiba nak ikut. Kalau cikgu kata tak boleh, takot timbul keraguan dalam fikiran mem besar. Jadi cikgu ambil langkah selamat. Cikgu bawak mem sekali.
Bijak kan cikgu? 😆
Buat korang yang masih belum ada sijil ni. Udah-udah lah tu fikir lama sangat. Hidup ni kalau lambat-lambat nanti kene tinggal. Dah kene tinggal nanti jangan cakap orang tak tunggu. Gitu lah..
Ok lah. Cikgu nak pergi pujuk mem cikgu j*p. Tak tahu kenapa sejak balik dari bagi kursus ni tadi. Sampai sekarang tak bercakap dengan cikgu. Hahahaha
28/01/2026
Selesai sesi SELASA MALAM 27Jan 2026. Alhamdulillah. Sekali lagi dan lagi sesi malam untuk kursus pengendalian makanan diiktiraf KKM.
Bulan puasa semakin hampir. Tarikh tutup submit borang lesen bazaar ramadhan pon semakin dekat. Buat mana yang takda sijil lagi. Cepat-cepat join kursus ya.
Jangan lupa untuk hantar semua team dan pasukan korang sekali ya. Syarat wajib perlesenan juga tu.
Jangan tunggu lagi, DAFTAR SEKARANG‼️
24/01/2026
Selesai sudah sesi SABTU pagi 24 January 2026. Untuk sesi harini Cikgu sendiri buat kelas. Setelah lama cikgu berdiam diri bertungkus lumus dibelakang tabir sahaja. Hehe
Peserta untuk sesi pagi ni semuanya baik-baik belaka. 🥰
Bila cikgu suruh angguk, semua angguk.
Bila cikgu suruh senyum, semua ikut senyum.
Kelas berjalan dengan lancar dan meriah dengan soalan. Walaupun sesi online, peserta ada peluang dan ruang untuk ajukan mana-mana soalan yang terbuku di hati mereka.
Kursus bukan sahaja hadir untuk dapatkan SIJIL. Tapi untuk dapatkan ILMU yang kalian boleh guna selamanya. Insha Allah. Moga terus sukses semuanya USAHAWAN dunia akhir.
Good luck 💪
23/01/2026
Selesai sesi KHAMIS PAGI DAN MALAM 22 Jan 2026. Alhamdulillah. Utk kelas semalam, semua bukan calang-calang trainer ya murid-murid. Semua berpengalaman dalam industri makanan ni.
Cikgu sediakan trainer terbaik untuk kalian mulakan langkah dalam dunia makanan dan minuman ni. Supaya kalian boleh terus terbang tinggi.
Semua soalan yang diajukan insha Allah pasti akan ada jawapan yang bernas dan tuntas dari trainer. Peserta yang join sesi malam pun terbeliakk bijik matanya. Takda symtom mengantok pun. Hahahaah.
Siapa kata sesi kelas malam mengantok?
Meh sini cikgu nak rotan.
Buat yang belum daftar kursus ni. Slot pendaftaran masih dibuka ya. Cepat-cepat daftar dan apply lesen untuk bazaar ramadhan yang mendatang ni.
Lambat-lambat nanti permohonan ditutop.
Ajum mendaftar SEKARANG‼️
22/01/2026
Alhamdulillah selesai sesi kursus slot RABU PAGI DAN MALAM 21January 2026.
“Kerja saya potong bawang sahaja, perlu ke saya ambil sijil ni?”-Abang bawang.
Sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam mengendalikan makanan ataupun minuman. WAJIB ambil sijil ni. Seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan kebersihan makanan 2009.
Slot malam tadi penuh dengan soal jawab. Peserta dan usahawan makanan bersemangat walaupun sesi kelas pada malam hari.
Siapa yang sesuai join sesi malam ni?
Slot malam ni sesuai untuk mereka yang busy ataupun sibuk di siang hari menguruskan perniagaan. Bila malam baru lah ada masa sikit untuk join kelas.
Jadi yang mana nak join kelas ni. Kami di RICHKEY ACADEMY ada KELAS SESI PAGI ataupun MALAM ya. Korang tinggal pilih tarikh yang sesuai je ya. 😉❤️
20/01/2026
Alhamdulillah selesai sesi kursus slot selasa malam 20 January 2026.
“Kelas cikgu setiap hari ada ke?”-Akak donut gebu simpang 3.
Kelas online under Richkey Academy memang setiap hari ada dijalankan ya. Ada pilihan sesi pagi ataupun malam juga.
Jadi korang boleh la pilih slot mana yang sesuai ikut kesesuaian masing-masing ya. Yang penting korang enjoy je macam peserta sesi malam ni.
Walaupun kelas malam. Yang penting tetap berdesuuuppp ilmu masuk kedalam kepala masing masing. Gituww.
20/01/2026
SAMBUNGAN…
Ha ni lah muka-muka usahawan dunia akhirat kelas last week. Sesi 12 hingga 18 haribulan January 2026.
Amek kesempatan tahun dan bulan baru untuk tambah ilmu dan terus terbang tinggi dalam dunia makanan.
Moga kalian semua terus terbang tinggi dan mengecapi segala nikmat dunia dalam bidang makanan dan minuman.
Aminn❤️
20/01/2026
Ha ni lah muka-muka usahawan dunia akhirat kelas last week. Sesi 12 hingga 18 haribulan January 2026.
Amek kesempatan tahun dan bulan baru untuk tambah ilmu dan terus terbang tinggi dalam dunia makanan.
Moga kalian semua terus terbang tinggi dan mengecapi segala nikmat dunia dalam bidang makanan dan minuman.
Aminn❤️