Kolej FELCRA

Kolej FELCRA Kolej FELCRA merupakan Institusi Pengajian Tinggi di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.
(212)

Layari:
www.kolejfelcra.edu.my

Hubungi:
05-655 1190 "Your Future Begins Here"

πŸ”§πŸšœ Latihan Amali Mekanisasi Ladang di Kolej Komuniti Pasir Salak πŸšœπŸ”§πŸ“š Kursus: Mechanization of Estate Operation (AGR318) ...
10/07/2026

πŸ”§πŸšœ Latihan Amali Mekanisasi Ladang di Kolej Komuniti Pasir Salak πŸšœπŸ”§

πŸ“š Kursus: Mechanization of Estate Operation (AGR318) & Mechanization and Agriculture Technology (AGT3423)
πŸ“ Kolej Komuniti Pasir Salak
πŸ—“οΈ 4–5 Julai 2026

Pelajar telah mengikuti latihan amali yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mekanisasi ladang melalui pembelajaran secara praktikal.

Antara amali yang telah dijalankan ialah:
βœ… Sistem Transmisi
βœ… Sistem Penyejukan
βœ… Sistem Penyalaan
βœ… Sistem Elektrik
βœ… Servis Asas Kenderaan

Latihan ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aspek penyelenggaraan dan pengendalian sistem kenderaan serta mesin, di samping memperkukuhkan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam sektor perladangan dan pertanian.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan serta memenuhi keperluan industri agromekanikal.

Bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej FELCRA telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Komuniti (KK) Rembau pada 10 Julai 2...
10/07/2026

Bahagian Hal Ehwal Akademik Kolej FELCRA telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Komuniti (KK) Rembau pada 10 Julai 2026.

Lawatan ini merupakan langkah proaktif dalam menjalinkan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi yang berkongsi fokus utama yang sama iaitu memperkasakan bidang pertanian dalam pembangunan bakat masa hadapan.

Antara intipati utama perbincangan kami adalah:
βœ… Membuka laluan pendidikan yang lebih luas bagi lepasan Sijil Agroteknologi KK Rembau untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma-diploma bidang pertanian di Kolej FELCRA.
βœ… Melaksanakan artikulasi pemetaan kurikulum bagi memendekkan tempoh pengajian Diploma bagi lepasan sijil KK Rembau di Kolej FELCRA.

Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua institusi, sekali gus menjadi pemangkin kepada kesinambungan kerjaya pelajar dalam industri pertanian yang moden dan dinamik.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Rembau, khususnya kepada Puan Merhayati binti Sipon, Pengarah Kolej Komuniti Rembau, atas kesudian menerima kunjungan kami serta layanan yang sangat mesra.

Semoga kerjasama ini membuahkan hasil yang cemerlang buat pembangunan modal insan negara!

Akademik PembangunanBakat

KUNJUNG HORMAT KOLEJ FELCRA KE JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)9 Julai 2026-  Satu sesi lawatan kunjung hormat oleh d...
09/07/2026

KUNJUNG HORMAT KOLEJ FELCRA KE JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)

9 Julai 2026- Satu sesi lawatan kunjung hormat oleh delegasi Kolej FELCRA ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif Kolej FELCRA, Tuan Haji Eisa bin Mohamed telah berlangsung di Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Putrajaya.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Kolej FELCRA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam usaha memperkasakan bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak melalui kerjasama akademik, latihan, penyelidikan dan pembangunan komuniti.

Antara hasrat kolaborasi yang dicadangkan ialah menjadikan TASKA dan TABIKA KEMAS sebagai pusat latihan industri dan praktikum bagi pelajar Kolej FELCRA.

Di samping itu, Kolej FELCRA dan KEMAS berhasrat bekerjasama dalam pelaksanaan program berimpak bersama komuniti serta membangunkan dan melaksanakan Modul Petani Cilik, yang mengintegrasikan elemen pertanian, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pendidikan kelestarian untuk kanak-kanak.

Kolaborasi ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua institusi, meningkatkan kualiti latihan bakal pendidik serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti dan berimpak.

09/07/2026
πŸŽ“ Congratulations to Our Distinguished Presenters!Kolej FELCRA proudly extends its heartfelt congratulations to our este...
07/07/2026

πŸŽ“ Congratulations to Our Distinguished Presenters!
Kolej FELCRA proudly extends its heartfelt congratulations to our esteemed academic representatives for their outstanding participation and presentation at the Conference on International Visions, Innovation, and Transformative Action for Society (CIVITAS).
Their achievements reflect our institution’s unwavering commitment to academic excellence, research, innovation, and knowledge sharing on the international stage. Through their dedication and expertise, they have not only showcased impactful research but also elevated the reputation of Kolej FELCRA within the global academic community.
We extend our sincere congratulations to:
πŸ”Ή Cik Syazwani Arbaiyah binti Mohd Shahir
Perceptions and Challenges of Outcome-Based Education (OBE) Training Among Non-Pedagogically Trained Lecturers at Kolej FELCRA
πŸ”Ή Puan Aziera Naquiah binti Mohamad Kamal
From Student to Teacher: Student Onboarding and Professional Identity Formation in Early Childhood Education
πŸ”Ή Ts. Azlizul bin Abdul Rahim
Influence of Palm Age on Elaeidobius kamerunicus Population Abundance in Perak, Malaysia
Your remarkable contributions exemplify the spirit of scholarship, innovation, and lifelong learning. May this achievement inspire greater academic excellence and encourage more meaningful research collaborations in the future.
Kolej FELCRA is proud of your accomplishments and wishes you continued success in advancing knowledge and making a lasting impact on society.
HigherEducation TVETMalaysia ProudToBeFELCRA GlobalAcademicCommunity

[π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘ π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—žπ—’π—Ÿπ—˜π— π—™π—˜π—Ÿπ—–π—₯𝗔]Assalamualaikum wbt.Anda mencari tempat untuk latihan industri?πŸ‘·πŸ‘·β€β™€οΈKami ...
06/07/2026

[π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—Ÿπ—”π—§π—œπ—›π—”π—‘ π—œπ—‘π——π—¨π—¦π—§π—₯π—œ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—žπ—’π—Ÿπ—˜π— π—™π—˜π—Ÿπ—–π—₯𝗔]
Assalamualaikum wbt.
Anda mencari tempat untuk latihan industri?πŸ‘·πŸ‘·β€β™€οΈ
Kami menawarkan latihan industri yang dapat meningkatkan kebolehan dan memantapkan lagi kemahiran anda.
Terbuka kepada pelbagai bidang!
(Unit Sumber Manusia)
(Unit Teknikal dan Penyenggelaraan)
(Unit Jaminan Kualiti)
(Bahagian Kewangan)
dan lain - lain
πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯πŸŸ₯
Jom sertai kami!!!
Anda Berminat ??
Sila Hantarkan Resume Anda Ke Email
βœ‰οΈ[email protected]
atau
Boleh hantarkan resume ke alamat :
πŸ“ KOLEJ FELCRA
Bandar Baru Seberang Perak, Perak, 36800 Kampung Gajah
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :
TEL : 05-655 1190
πŸ“² BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI WHATSAPP :
http://www.wassap.my/60185757602/Latihan_Industri
JomMasukKF MembinaMasaHadapandenganPendidikan KolejFELCRAKampungGajah felcraberhad

🌟 JOM JADI ANGGOTA KOPERASI KOLEJ FELCRA BERHAD! 🌟Nikmati pelbagai manfaat dan perlindungan kebajikan untuk anda serta k...
06/07/2026

🌟 JOM JADI ANGGOTA KOPERASI KOLEJ FELCRA BERHAD! 🌟

Nikmati pelbagai manfaat dan perlindungan kebajikan untuk anda serta keluarga dengan menjadi anggota Koperasi Kolej FELCRA Berhad.

✨ Antara kelebihan yang ditawarkan:
βœ… Bantuan Kematian
βœ… Bantuan Perubatan
βœ… Bantuan Bencana/Kecemasan
βœ… Bantuan Pendidikan
βœ… Anugerah Pelajar Cemerlang
βœ… Sumbangan Perkahwinan Pertama Anggota
βœ… Sumbangan Kelahiran Anak

πŸ’™ Menjadi anggota koperasi bukan sekadar keahlian, malah satu pelaburan kebajikan untuk anda dan keluarga. Pelbagai bentuk bantuan dan manfaat disediakan bagi memberi sokongan kepada anggota pada saat diperlukan.

πŸ“² Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran:

Husna
πŸ“± 013-338 5300

Bersama Koperasi, Manfaat Untuk Semua, Masa Depan Lebih Terjamin.

Pihak Kolej FELCRA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Hazrinor Hisham bin Harun, Mantan Pengara...
03/07/2026

Pihak Kolej FELCRA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Hazrinor Hisham bin Harun, Mantan Pengarah Urusan FELCRA Education Services Sdn Bhd yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

02/07/2026

Address

Kolej FELCRA Seberang
Kampung Gajah
36800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej FELCRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category