12/08/2026
KARNIVAL PENDIDIKAN PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2026
Karnival Pendidikan Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2026 telah berlangsung pada 10 hingga 11 Ogos 2026 bertempat di Perkarangan D'Mall Seri Iskandar, Perak.
Program ini merupakan satu platform pendidikan yang menghimpunkan warga pendidikan, sekolah serta komuniti setempat bagi mengetengahkan pelbagai aktiviti, inovasi, pencapaian dan keunggulan institusi pendidikan di daerah Perak Tengah. Karnival ini turut memberi peluang kepada sekolah-sekolah untuk mempamerkan kreativiti, inovasi serta keunikan masing-masing melalui reruai pameran yang disediakan.
Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah (SARJANA) turut mengambil bahagian dalam karnival ini dengan menampilkan reruai yang penuh informatif berkenaan kejayaan-kejayaan sepanjang 2025 dan 2026. Reruai ini dinamakan NICHE AREA SARJANA GALLERY iaitu menampilkan kejayaan 4 penjuru dari Unit Beruniform iaitu Kadet Pertahanan Awam (KASPA) di Peringkat International, Inovasi Ecopave menjuarai Gold Medal, Kelab Robotik yang memenangi pertandingan ke Peringkat Internatoonal dan Khat yang berjaya tembus ke Peringkat Kebangsaan.
Hasil usaha serta komitmen yang padu guru-guru menyediakan reruai, Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kg Gajah (SARJANA) telah berjaya memenangi JOHAN RERUAI KARNIVAL PENDIDIKAN bagi Kategori Sekolah Menengah.
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan dan membuktikan komitmen warga SARJANA dalam mengetengahkan kecemerlangan, kreativiti dan inovasi pendidikan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
-Nahwal Imtiyaz-