03/03/2026
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan izin-Nya, calon-calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sekolah ini telah berjaya menamatkan peperiksaan dengan penuh kesungguhan dan ketekunan.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon UPKK 2025 atas usaha gigih, disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang tempoh pembelajaran dan peperiksaan.
Kejayaan ini bukan sahaja hasil kecerdasan, bahkan lahir daripada doa ibu bapa, bimbingan guru-guru serta semangat juang yang tidak pernah luntur.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sahsiah dan akhlak yang terpuji.
Pihak sekolah dengan penuh rasa bangga dan bersyukur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Aufa Damia atas kejayaan cemerlang telah dinobatkan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik Daerah Kg Gajah.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan seluruh warga sekolah. Semoga Nur Aufa Damia terus istiqamah dalam menuntut ilmu, merendah diri dalam kejayaan, dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.