Pengakap Daerah Setiu

Directions

Pengakap Daerah Setiu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengakap Daerah Setiu, Education Website, Kampung Buluh.

Tahniah Tuan Shansuddin Ahmad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PPD Setiu. Penerima Manikayu 4 Butir...
04/09/2026

Tahniah Tuan Shansuddin Ahmad
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PPD Setiu.
Penerima
Manikayu 4 Butir (4 Bead Woodbadge)👍🏻👍🏻💪🏻💪🏻💪🏻
Pengalungan di Jambori Malaysia, Batu Kawan, Pulau Pinang.

🔥Manikayu 4 Butir (4 Bead Woodbadge)
merupakan pengiktirafan tertinggi bagi pemimpin dewasa dalam pergerakan Pengakap yang melayakkan seseorang itu ditauliahkan sebagai Jurulatih Antarabangsa (Leader Trainer) di bawah Pasukan Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Peranan & Tanggungjawab
Melatih pemimpin pengakap lain.

Mengendalikan Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Menjadi rujukan tertinggi dalam aspek dasar dan latihan kepengakapan.

01/08/2026

🧣 SELAMAT HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026! ⚜️
Ayuh, warga Pengakap Malaysia memakai skaf dengan penuh bangga sebagai simbol perpaduan serta ikatan persaudaraan pengakap di seluruh dunia.

1 Ogos 2026 | World Scout Scarf Day

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN E-TADARUS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SETIU 2026/1...
11/03/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMPENA MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN E-TADARUS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SETIU 2026/1447.

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Tn. Asmawi bin Sulong, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Setiu Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Setiu.

Terima kasih atas kesudian tuan merasmikan majlis ini.

Turut berucap di majlis ini adalah Tn. Adziram bin Mat Radzi, Guru Besar SK Kg Rahmat selaku tuan rumah dan penganjur bersama program kali ini.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Salam pengakap.

SEMARAK AL-QURAN!MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN & E-TADARUS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SETIU 2026M/1447H 🌙✨​Alhamduli...
11/03/2026

SEMARAK AL-QURAN!

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN & E-TADARUS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SETIU 2026M/1447H 🌙✨

​Alhamdulillah! Selesai sudah Majlis Khatam Al-Qur'an & E-Tadarus Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu bagi tahun 1447H / 2026M yang berlangsung semalam di SK Kg Rahmat Karisma.

​Seramai 1572 orang ahli pengakap dari sekolah rendah dan menengah di seluruh Daerah Setiu telah menyertai program kali ini yang merupakan penganjuran kali keempat semenjak tahun 2023.

Program ini dirancang sebagai satu pengisian rohani untuk anak-anak pengakap daerah Setiu khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

​Ringkasan Program:
📅 Tarikh: 10 Mac 2026
🕙 Masa: 11.00 Pagi – 1.00 Petang
📍 Platform: Dalam Talian (Melibatkan Sekolah Rendah & Menengah Daerah Setiu)

​Program ini telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat semua pihak:
✅ Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat
✅ Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Setiu
✅ Sektor Pembangunan Murid PPD Setiu

​Syabas diucapkan kepada semua peserta yang menjayakan majlis kali ini. Semoga pengisian rohani seperti ini terus memantapkan jati diri ahli pengakap kita! 💪⚜️

​

DENIM DELIGHT SETIU SCOUT 20259 Disember 2025 - Satu majlis hi-tea PPM Setiu telah diadakan di Rumbia Hill, Permaisuri, ...
11/12/2025

DENIM DELIGHT SETIU SCOUT 2025

9 Disember 2025 - Satu majlis hi-tea PPM Setiu telah diadakan di Rumbia Hill, Permaisuri, Setiu yang telah dihadiri oleh ADC PPM Setiu dan pasukan Jawatankuasa Program Pengakap Setiu. Turut diraikan rakan ADC PPM Setiu, Cikgu Nurul Ain yang telah berpindah ke daerah Besut pada awal tahun ini.

Jutaan terima kasih atas khidmat dan komitmen semua rakan-rakan pasukan Pengakap Setiu sepanjang sesi 2025 ini. Segala penat lelah, sumbangan dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan amatlah besar nilainya. Pengalaman yang kita harungi ini pasti akan menjadi kenangan manis yang akan kita kenang selamanya.

Tahniah dan terima kasih kepada Tn Kamaruzzaman selaku DC PPM Setiu dan Tn. Shansuddin selaku Pesuruhjaya Kehormat PPM Setiu yang telah memimpin dan menggerakkan PPM Setiu sehingga mencapai kejayaan yang cukup gemilang pada tahun ini.

Semoga Pengakap Setiu terus cemerlang di masa hadapan, insyaallah.

Salam Pengakap!




Tahniah Tn Shansuddin dan Pn Siti Fasha yang telah berjaya menamatkan Kursus Penilai Anugerah (BPA) Peringkat Kebangsaan...
24/11/2025

Tahniah Tn Shansuddin dan Pn Siti Fasha yang telah berjaya menamatkan Kursus Penilai Anugerah (BPA) Peringkat Kebangsaan 2025. 🎉🎉🎉🤲🤲🤲😊😊😊

Tahniah diucapkan kepada En Mohamad Fahmi Bin Zamri dan Pn. Siti Fasha Binti Abdul Mubarak atas penganugerahan Pingat Pe...
12/11/2025

Tahniah diucapkan kepada En Mohamad Fahmi Bin Zamri dan Pn. Siti Fasha Binti Abdul Mubarak atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia.

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia telah berlangsung di Mudzaffar Hotel Melaka pada 9 November 2025.

Semoga penganugerahan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dan mencipta kejayaan untuk anak-anak pengakap Setiu.

11/11/2025

Sentiasa terbaik pengakap Setiu!

Tahniah atas kejayaan penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan PPM Setiu dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri Peringkat Daerah Setiu 2025.

Salam Pengakap!

Antara penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (RAMBU BIRU PKK).Tahniah anak-anak pengakap PKK Setiu!
11/11/2025

Antara penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (RAMBU BIRU PKK).

Tahniah anak-anak pengakap PKK Setiu!

Penyampaian Anugerah Kumpulan Aktif sekolah rendah dan sekolah menengah.KUMPULAN AKTIF SEKOLAH RENDAH:SK KG RAHMATSK BAT...
11/11/2025

Penyampaian Anugerah Kumpulan Aktif sekolah rendah dan sekolah menengah.

KUMPULAN AKTIF SEKOLAH RENDAH:
SK KG RAHMAT
SK BATU 29
SK RHU 10

KUMPULAN AKTIF SEKOLAH MENENGAH:
SM SAINS SETIU
SMK TENGKU IBRAHIM
SMK SAUJANA

Address

Kampung Buluh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Daerah Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share