04/05/2026
Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Bolasepak dan Bola Jaring SK Serikaya.
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Serahan Jersi Pasukan Bola Sepak dan Bola Jaring yang ditaja oleh En. Abdul Muhaimin bin Samsudin dan Isteri, Puan Ezra Shamira binti Shariff ].
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang amat bermakna ini. Tajaan ini bukan sahaja menceriakan penampilan pasukan, malah menjadi pembakar semangat kepada para pemain untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengharumkan nama pasukan.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran berlipat ganda dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama menyokong pembangunan sukan di peringkat akar umbi.