02/06/2022
Saya sangat faham kebimbangan ibu bapa tentang anak - anak mereka yang seolah2 " lost track" dalam pembelajaran terutama di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini berlaku sejak berlaku peralihan kaedah pembelajaran kelas fizikal kepada kelas maya yang bermula apabila Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 berkuatkuasa di negara kita. Saya memahami kerana saya seorang ibu yang memantau anak perempuan saya yang kini berusia 14 tahun (tingkatan 2) yang mana beliau tidak berpeluang menduduki peperiksaan UPSR, naik sekolah menengah tanpa ada penilaian peperiksaan umum.
Lebih membimbangkan apabila beliau akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun depan dengan asas2 pelajaran sekolah menengah yang saya sendiri tidak pasti sama ada anak ini dapat "catch up" atau tidak.
Solusi saya ialah memastikan anak ini mengikuti kelas pembelajaran yang disediakan oleh ilearnace.com iaitu i-class