SRA JAIM Kg Gelam 2 - PIBG dan Sekolah

SRA JAIM Kg Gelam 2 - PIBG dan Sekolah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRA JAIM Kg Gelam 2 - PIBG dan Sekolah, School, SRA JAIM KG GELAM 2, D/A SK Kg Gelam, KM13 Kampung Gelam, Kampong Tanjong Kling.

"Muafakat • Ukhuwah • Pendidikan"

Platform komunikasi rasmi bersama SRA JAIM Kg Gelam 2 dan PIBG dalam menyampaikan informasi, aktiviti dan pencapaian sekolah.

🌟TAHNIAH & SYABAS!🌟Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang murid SRA JAIM KG GELAM 2 yang t...
16/08/2026

🌟TAHNIAH & SYABAS!🌟

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang murid SRA JAIM KG GELAM 2 yang telah terpilih menyertai Program Mumtaz UPKK 2026 anjuran Persatuan Majlis Guru Besar Daerah Melaka Tengah (PMGBMT), iaitu:

🏆 MUHAMMAD SYAFIQ HAKIMI BIN MUHAMMAD SHAH
🏆 NUR ADLINA RAISHA BINTI MUHAMAD ZIKRI HAKIM

Program yang berlangsung selama 2 hari 3 malam, pada 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka ini pastinya menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna dalam usaha membina kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak.

📚 Semoga Syafiq Hakimi dan Nur Adlina Raisha dapat memanfaatkan peluang ini dengan menimba ilmu dengan tekun, mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahuan, serta seterusnya berkongsi dan menyebarkan ilmu tersebut kepada rakan-rakan tahun 5 yang lain.

Sesungguhnya kejayaan seorang murid bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat seluruh warga sekolah. 🤍

✨ Semoga anak-anak SRA JAIM KG GELAM 2 terus berusaha, istiqamah dan dipermudahkan dalam setiap langkah menuju kecemerlangan.

🎯 Semoga impian kita bersama untuk melihat anak-anak SRA JAIM KG GELAM 2 mencapai kecemerlangan dalam UPKK 2026 dengan keputusan 9A menjadi kenyataan, insya-Allah!

9A UPKK 2026!
Usaha • Doa • Tawakal • Berjaya💪📚✨




Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh Perpustakaan Desa PNM Taman Bukit Rambai. Semoga kita b...
15/08/2026

Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh Perpustakaan Desa PNM Taman Bukit Rambai.

Semoga kita boleh bekerjasama lagi di tahun yang akan datang.

🇲🇾✨PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN SRA JAIM KG GELAM 2 Anjuran Bersama Perpustakaan Desa Zon 5✨🇲🇾Alhamdulillah, syukur ke had...
15/08/2026

🇲🇾✨PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN SRA JAIM KG GELAM 2
Anjuran Bersama Perpustakaan Desa Zon 5✨🇲🇾

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana Program Ambang Kemerdekaan SRA JAIM Kg Gelam 2 anjuran bersama Perpustakaan Desa Zon 5 telah berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan semangat patriotisme. 🇲🇾❤️

Pelbagai aktiviti menarik telah dipertandingkan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan warga sekolah, antaranya:

🎨 Darjah 1 & 2 – Mewarna Jari Merdeka
📖 Darjah 3 & 4 – Bookmark Merdeka
✏️ Darjah 5 & 6 – Lakaran Pantun Merdeka
🧠 Kuiz Kemerdekaan – Menguji pengetahuan dan kefahaman murid tentang sejarah serta negara Malaysia
🤳 Acara Guru-guru – Selfie Merdeka

Program turut diserikan dengan Bacaan Ikrar sebagai tanda kesetiaan, kecintaan dan iltizam seluruh warga sekolah terhadap negara Malaysia yang tercinta.

Lebih bermakna, program ini turut dimeriahkan dengan Penyempurnaan Gimik Perasmian Bunga Raya sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air. Gimik tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SRA JAIM Kg Gelam 2, diiringi oleh Skuad Glamours Kawad Kaki yang diketuai oleh Muhammad Arif Asyraf bin Ramli bersama pasukannya. 🫡🌺🇲🇾

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua murid yang hadir dan mengambil bahagian dengan penuh semangat serta kesungguhan. Syabas juga diucapkan kepada para pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan. Kemenangan bukanlah segala-galanya, namun keberanian untuk mencuba, semangat bekerjasama dan kecintaan terhadap negara itulah yang paling bermakna. 👏🏻🏆

💐 Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan guru-guru SRA JAIM Kg Gelam 2 serta barisan petugas Perpustakaan Desa Zon 5 yang telah berganding bahu, mencurahkan tenaga dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Penghargaan kepada Perpustakaan Desa PNM Taman Bukit Rambai dan khusus buat:

🌷 Pn. Aniza binti Md Noh (Penyelia Perpustakaan Zon 5)
🌷 Pn. Nurshahila binti Habib Mohamed
🌷 Pn. Rafidah binti Mohd Zaki
🌷 Pn. Siti Fahruna binti Sheikh A. Rahman
🌷 Pn. Yusrawani binti Mohd Din
🌷 En. Md Zairulhanizam bin Md Lazi

Kerjasama erat dan ukhuwah yang terjalin antara pihak sekolah dan Perpustakaan Desa Zon 5 amatlah dihargai. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah serta terus menyemarakkan budaya membaca, kreativiti dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan anak-anak.

🇲🇾 MERDEKA bukan sekadar laungan, tetapi sebuah amanah untuk kita cintai, hargai dan pertahankan.
Semangat patriotisme disemai, generasi berilmu dibina, Malaysia tercinta terus dijulang!❤️🇲🇾

“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, Anak Bangsa Berwibawa.”

🇲🇾🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN!** 🌺🇲🇾
**MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!🇲🇾🫡❤️








🇲🇾

🌸 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN ADAB UPKK 13.08.2026🌸Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Adab U...
13/08/2026

🌸 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN ADAB UPKK 13.08.2026🌸

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Adab UPKK yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulhelmi bin Zorkanain, Guru Besar Sekolah Agama JAIM Henry Gurney.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pihak sekolah ucapkan kepada ustaz atas kesudian meluangkan masa serta berkongsi ilmu, tips dan teknik menjawab bersama anak-anak SRA JAIM Kg Gelam 2. Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi manfaat dan bekalan buat anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPKK nanti. 🤲🏻📚

✨ TAHNIAH buat anak-anak yang hadir!
Semoga terus bersemangat, istiqamah dalam usaha dan sentiasa yakin dengan kemampuan diri. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal.

💪🏻 Insya-Allah, kita sasarkan kecemerlangan!
🌟 UPKK 9A 2026! 🌟

“Usaha • Doa • Tawakal • Berjaya”🇲🇾📚✨



✨BENGKEL PEMANTAPAN UPKK 2026 SRA JAIM KG GELAM 2✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknik Menjawa...
11/08/2026

✨BENGKEL PEMANTAPAN UPKK 2026 SRA JAIM KG GELAM 2✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK Akidah & Ibadah pada 18 Julai 2026, diikuti dengan Bengkel Penulisan Jawi & Khat serta Bengkel Menggilap Permata pada 8 Ogos 2026 bagi membantu para calon UPKK membuat persediaan yang lebih mantap dan yakin menghadapi peperiksaan.

📚 Pihak sekolah akan terus komited menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPKK bagi semua mata pelajaran pada minggu-minggu yang akan datang. Semoga setiap ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan menjadi bekalan berharga buat anak-anak dalam menghadapi UPKK 2026.

🌷 Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak SRA JAIM KG GELAM 2 yang sentiasa hadir, berusaha dan memberikan komitmen yang sangat baik dalam setiap bengkel yang dilaksanakan.

💫 Ingatlah, kejayaan tidak hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada usaha, doa, kesungguhan dan tawakal.

Teruskan melangkah dengan penuh yakin.
Teruskan berusaha tanpa mengenal lelah.
Teruskan berdoa dan mohon restu ibu bapa serta guru.

🤲 Semoga anak-anak SRA JAIM KG GELAM 2 dipermudahkan segala urusan, diberikan kefahaman yang baik, ketenangan hati dan kekuatan dalam menjawab setiap soalan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang dalam UPKK 2026.

Insha-Allah, usaha hari ini adalah kejayaan pada hari esok. 🌟

SRA JAIM KG GELAM 2

✨ PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH & MOTIVASI UPKK 2026 ✨Alhamdulillah, Program Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah &...
21/07/2026

✨ PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH & MOTIVASI UPKK 2026 ✨

Alhamdulillah, Program Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Motivasi UPKK 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 04 Julai 2026 (Sabtu) bertempat di Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri.

Program ini merupakan anjuran SRA JAIM Kg Gelam 2 dengan kerjasama Nazlela Training & Consultant Group, bertujuan membentuk sahsiah, memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan pengawas sekolah serta meningkatkan motivasi dan semangat calon-calon UPKK bagi menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan cemerlang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan guru-guru, AJK Pelaksana, Nazlela Training, AJK PIBG, ibu bapa serta murid-murid yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan semua pihak amat bermakna dalam menjayakan program ini.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga kepada Pengerusi PIBG SRA JAIM Kg Gelam 2 atas kesudian hadir memberikan sokongan dan semangat kepada pihak sekolah serta para peserta program.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai kepimpinan yang diperoleh menjadi bekalan untuk melahirkan murid yang berakhlak mulia, berdisiplin, berkeyakinan dan terus cemerlang dalam akademik serta sahsiah.





SALAM AIDILADHA 1447H 🌙Walaupun suasana Aidiladha hampir melabuhkan tirainya, semangat pengorbanan dan ketaatan kepada A...
29/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H 🌙

Walaupun suasana Aidiladha hampir melabuhkan tirainya, semangat pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT semoga terus hidup dalam hati kita setiap hari.

عيدكم مبارك تقبل الله منا ومنكم

Semoga setiap ibadah, pengorbanan dan amal kebaikan yang dilakukan diterima Allah SWT serta menjadi asbab meningkatnya iman dan ketakwaan kita kepada-Nya.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi madrasah untuk mendidik jiwa tentang:
✨ keikhlasan dalam beribadah
✨ ketaatan tanpa syarat kepada Allah
✨ pengorbanan demi agama dan insan tersayang
✨ kasih sayang serta ukhuwah sesama manusia

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS agar terus menjadi hamba yang sentiasa taat, sabar dan dekat dengan Allah SWT.

Semoga hati kita sentiasa dipenuhi rahmat, keberkatan dan ketenangan dalam meniti kehidupan.

Ikhlas daripada
🌿 PIBG & WARGA SRA JAIM KG GELAM 2 🌿

🌙 10 Amalan Sunat pada Hari Raya Aidiladha ❤️🐄Aidiladha bukan sekadar hari perayaan, bahkan medan untuk mendidik jiwa te...
27/05/2026

🌙 10 Amalan Sunat pada Hari Raya Aidiladha ❤️🐄

Aidiladha bukan sekadar hari perayaan, bahkan medan untuk mendidik jiwa tentang erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan kepada Allah SWT. Marilah kita menghidupkan hari yang mulia ini dengan amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh syariat.

1. Mandi Sunat Aidiladha
Disunatkan mandi sebelum keluar menunaikan solat hari raya sebagai lambang kebersihan diri dan memuliakan syiar Islam.

2. Memakai Pakaian Terbaik dan Berwangi-wangian
Kenakan pakaian yang bersih, kemas dan terbaik yang dimiliki. Bagi lelaki, disunatkan memakai wangian sebagai tanda meraikan hari kebesaran Islam.

3. Memperbanyakkan Takbir
Hidupkan malam dan hari-hari Aidiladha dengan laungan takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda pengagungan kepada Allah SWT.

4. Menangguhkan Makan Sehingga Selesai Solat
Berbeza dengan Aidilfitri, disunatkan untuk tidak makan sebelum solat Aidiladha, dan lebih utama sekiranya dapat menjamah daging korban selepasnya.

5. Datang Awal ke Masjid atau Tempat Solat
Rebutlah peluang untuk hadir lebih awal bagi menghidupkan syiar Islam serta mendengar nasihat dan peringatan melalui khutbah Aidiladha.

6. Berjalan Kaki Jika Berkemampuan
Disunatkan berjalan kaki menuju tempat solat dan pulang melalui jalan yang berlainan, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ.

7. Menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan Mendengar Khutbah
Walaupun hukumnya sunat muakkad, ia merupakan ibadah yang sangat dituntut dan sarat dengan pengajaran buat setiap Muslim.

8. Saling Mengucapkan Tahniah dan Doa
Indahkan ukhuwah dengan saling mendoakan:
"تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ"
"Semoga Allah menerima segala amalan kami dan amalan kamu."

9. Memperbanyakkan Zikir, Doa dan Sedekah
Jadikan Aidiladha sebagai hari untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal soleh dan mensyukuri segala nikmat-Nya.

10. Melaksanakan Ibadah Korban Bagi Yang Mampu

Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim AS dan Rasulullah ﷺ, serta menzahirkan sifat taat, ikhlas dan sanggup berkorban demi mencari reda Allah SWT.

🌹 Semoga Aidiladha kali ini bukan sekadar diraikan dengan kegembiraan, tetapi turut menyuburkan keikhlasan, menguatkan ketakwaan dan memperteguh kasih sayang sesama insan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah, pengorbanan dan doa kita.
Maaf Zahir dan Batin. 🤲🏻✨

Sekitar Majlis Sulaman Budi, Tautan Ukhuwah.Cenderahati buat semua barisan AJK PIBG SRA JAIM KG GELAM 2 sesi 2024/2025.
21/04/2026

Sekitar Majlis Sulaman Budi, Tautan Ukhuwah.

Cenderahati buat semua barisan AJK PIBG SRA JAIM KG GELAM 2 sesi 2024/2025.

Address

SRA JAIM KG GELAM 2, D/A SK Kg Gelam, KM13 Kampung Gelam
Kampong Tanjong Kling
76400

Opening Hours

Monday 14:30 - 18:15
Tuesday 14:30 - 18:15
Wednesday 14:30 - 18:15
Thursday 14:30 - 18:15
Friday 14:30 - 18:15

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA JAIM Kg Gelam 2 - PIBG dan Sekolah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA JAIM Kg Gelam 2 - PIBG dan Sekolah:

Shortcuts

Share

Category