20/08/2026
20/8/2026 Khamis, Alhamdulillah tengahari tadi seorang pelajar kami telah menamatkan sabaq akhirnya di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat. Tahniah kepada Farah Aliah Binti Mohd Fadzli, tahniah juga kepada kedua ibubapanya dan guru-guru yang berusaha serta pihak pengurusan madrasah.
Semoga Allah terus menerus memelihara Al Quran yang telah dihafal dengan asbab istiqamah dalam amalan bacaan Al-Quran beliau.
Semoga menjadi pahala jariah bagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Terima kasih pada Puan Aminah dan En Mohd Fadzli dan keluarga Farah yang menghantar juadah untuk majlis ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan sekali lagi.