Post Basic Investigation & Prosecution

Post Basic Investigation & Prosecution Post Basic of Investigation & Prosecution , Training Institute , Ministry of Health , Malaysia.

🌹 Selamat Hari Guru 🌹Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapk...
16/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pengajar yang kami hormati dan sayangi —
Tn. Ts. Rudy, Tn. Ts. Dr. Hasa, Tuan Jeff, Tuan Kua dan Prof Zu.

Tidak dilupakan juga buat mantan pengajar Tn. Ts. Hafiz yang pernah mengajar subjek Asas Kesihatan Persekitaran, serta Tn. Syuk dari Bahagian Pengurusan Latihan Putrajaya atas segala jasa, bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan kami.

Terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, nasihat serta pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu.
Segala kesabaran dan dedikasi kalian dalam membimbing kami amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan, kekurangan serta salah silap kami sepanjang perjalanan mock trial dan sepanjang tempoh pembelajaran bersama. Terima kasih kerana sentiasa sabar mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang lebih baik.

Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa. 🤍

"Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk masa depan."

Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik.
Jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa terpahat di hati kami. 🌷

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

07.01.2026-Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para Ketua/Wakil Inspektorat dan Perunda...
07/05/2026

07.01.2026-Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para Ketua/Wakil Inspektorat dan Perundangan Negeri yang hadir memberikan sokongan dalam Majlis Perasmian Program Mock Trial pada hari ini.

Kehadiran wakil daripada JKWP (2 orang), Pahang (2 orang), Melaka (1 orang), Selangor (1 orang), Johor (4 orang) serta wakil Sektor Inspektorat dan Perundangan KKM (2 orang) amat dihargai dan menjadi pembakar semangat kepada para pelatih PBIP 2/2025.

Penghargaan turut dirakamkan kepada barisan majistret dan pengajar jemputan iaitu Tuan Kua Ah Kiong dan Tuan Jeffrey Sani Dato’ Sahimi atas kesudian hadir serta perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang program berlangsung.

07/05/2026

07.01.2026- Acara gimik perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Wong Kim Han @ Robert, Pengarah ILKKM Sungai Buloh, diiringi oleh Yang Dihormati Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Yang Berusaha Puan Lydia M. Pilik, Ketua Program Kesihatan Persekitaran ILKKM Sungai Buloh; Yang Berusaha Tuan Karunagaran A. Arumugam, Timbalan Pengarah (Akademik) ILKKM Sungai Buloh; serta Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Hasamizi bin Mustapha, Ketua Teras dan Penyelaras Program PBIP 2/2025.

07.05.2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh hadirin, jemputan serta...
07/05/2026

07.05.2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada seluruh hadirin, jemputan serta para peserta yang hadir dari pelbagai negeri, sama ada dari dekat mahupun jauh, bagi bersama-sama menjayakan Program Latihan Perbicaraan Dalam Mahkamah (Mock Trial) ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada barisan Ketua Inspektorat dan Perundangan Negeri, wakil Ketua Inspektorat Negeri dan Daerah, tenaga pengajar ILKKM Sungai Buloh, pengajar jemputan, para pegawai perundangan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepanjang program ini berlangsung.

Sesungguhnya kehadiran dan sokongan semua pihak amat dihargai serta menjadi pemangkin kepada kejayaan program ini dalam memperkukuh profesionalisme dan kompetensi pegawai dalam bidang siasatan dan pendakwaan undang-undang kesihatan.

07 Mei 2026 - Program Latihan Perbicaraan Dalam Mahkamah (Mock Trial) anjuran Kursus Sijil Pos Basik Siasatan dan Pendak...
07/05/2026

07 Mei 2026 - Program Latihan Perbicaraan Dalam Mahkamah (Mock Trial) anjuran Kursus Sijil Pos Basik Siasatan dan Pendakwaan Undang-Undang Kesihatan (PBIP 2/2025) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Mahkamah ILKKM Sungai Buloh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Yang Berbahagia Tuan Wong Kim Han @ Robert, Pengarah ILKKM Sungai Buloh; Yang Dihormati Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan, Kementerian Kesihatan Malaysia; Yang Berusaha Puan Lydia M. Pilik, Ketua Program Kesihatan Persekitaran ILKKM Sungai Buloh; Yang Berusaha Tuan Karunagaran A. Arumugam, Timbalan Pengarah (Akademik) ILKKM Sungai Buloh; serta Yang Berusaha Ts. Dr. Mohd Hasamizi bin Mustapha selaku Ketua Teras dan Penyelaras Program PBIP 2/2025 atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Pelaksanaan Mock Trial ini menjadi platform latihan praktikal kepada para pelatih dalam memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi berkaitan siasatan serta pendakwaan undang-undang kesihatan melalui simulasi prosiding mahkamah yang tersusun dan berstruktur.

Semoga program seperti ini dapat terus melahirkan pegawai yang kompeten, profesional dan bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam pengendalian kes di lapangan mahupun di mahkamah.

“Antara detik sepanjang aktiviti kunjungan hormat di Perbadanan Putrajaya, di mana para pelatih PBIP diberi peluang meli...
07/01/2026

“Antara detik sepanjang aktiviti kunjungan hormat di Perbadanan Putrajaya, di mana para pelatih PBIP diberi peluang melihat secara langsung operasi dan pengurusan undang-undang bagi kesejahteraan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terima kasih kepada pihak PPJ dan semua yang terlibat atas perkongsian ilmu dan pengalaman berharga ini.”

07/01/2026

6 Januari 2026 (Selasa)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ketua Teras PBIP Tn Ts. Dr. Hasamizi, Ketua Penyelaras Tn Ts. Hafiz Rahman , serta Pengajar PBIP Tn Sukri atas peluang yang diberikan kepada para pelatih untuk menjalani aktiviti kunjungan hormat dan lawatan premis ke Perbadanan Putrajaya. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta maklumat berkaitan operasi dan pengurusan undang-undang demi memastikan kesejahteraan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Unit Bahagian Perundangan dan Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya atas kesudian menerima kehadiran kami serta berkongsi maklumat dan input berharga berkaitan perundangan subsidiari yang diguna pakai, termasuk hasil kerjasama strategik dengan Jabatan kesihatan wilayah persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelatih dalam meningkatkan kefahaman serta profesionalisme dalam bidang berkaitan.

Antara gambar aktiviti yang memaparkan penglibatan pengajar dan pelatih PBIP 2/2025 semasa pelaksanaan aktiviti Fire Dri...
16/12/2025

Antara gambar aktiviti yang memaparkan penglibatan pengajar dan pelatih PBIP 2/2025 semasa pelaksanaan aktiviti Fire Drill di ILKKM Sungai Buloh. Kerjasama dan disiplin yang ditunjukkan mencerminkan tahap kesiapsiagaan tinggi dalam menghadapi situasi kecemasan.

Address

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh
50000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Post Basic Investigation & Prosecution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share