Rangkaian program dan kelas AlQuran yang menepati semua peringkat dan gaya hidup. NAK TAHU BAGAIMANA KAEDAH YG KAMI GUNA (TEKNIK AL-BAGHDADI) DAPAT MEMBANTU ANDA BIJAK NGAJI QURAN? Teknik unik ini mempunyai modul dan bahan bantu mengajar tersendiri iaitu "Alat Ketuk", Buku Tamhid dan Buku Tajwid Al-Baghdadi secara asasnya dan tambahan bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak seperti Kad Imbasan sert
a permainan kreatif. Alat Ketuk merupakan medium penting bagi memudahkan pelajar belajar dalam suasana yang santai,seronok,mudah dan fokus. Bagaimana untuk fokus? Membaca sambil mengetuk memaksimakan penggunaan otak kanan dan kiri. Mengikut kajian,individu yang mahir menggunakan otak kanan dan kiri lebih aktif dan mahir serta mempunyai daya tumpuan yang tinggi. Buku Tamhid adalah bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab yang menekankan 6 prinsip asas bagi membolehkan seseorang membaca Al-Quran. Asas-asas tersebut ialah;
1-mengenal dan membaca 29 huruf Hijaiyyah
2-baris asas bacaan (fathah,kasrah,dhommah)
3-baris dua bacaan (tanwin)
4-bacaan panjang (mad)
5-tanda bacaan mati (sukun)
6-bacaan berganda (sabdu)
Terdapat pelbagai teknik diaplikasikan disini antaranya; Teknik Bacaan berirama dan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis.) Pelajar akan belajar dalam keadaan beramai-ramai iaitu serentak memanfaatkan sepenuhnya masa yang diperuntukkan untuk proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P). JANGAN TUNGGU LAGI….JOM DAFTAR NGAJI