SRITI Saujana Utama Sungai Buloh - Media Rasmi

SRITI Saujana Utama Sungai Buloh - Media Rasmi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Saujana Utama telah ditubuhkan pada 11 April 2018. Code Sekolah : BJJ3020 ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
(1)

๐Ÿ”ฐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ (๐ƒ๐ˆ๐”๐“๐€๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘)๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ (๐—ฆ...
04/09/2026

๐Ÿ”ฐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ (๐ƒ๐ˆ๐”๐“๐€๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘)

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ (๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ) membuka peluang yang berkelayakan mengisi kekosongan:

โ›บ SRITI SAUJANA UTAMA SG BULOH
~ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ž๐˜€๐˜€๐—ฟ (๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜€)

๐Ÿ“Œ๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ฉ ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ

๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚
๐Ÿ‘คDi utamakan LELAKI
๐Ÿ‘คWarganegara Malaysia
๐Ÿ‘คLepasan Diploma / Ijazah yang berkaitan
๐Ÿ‘คBaik dalam bacaan Al Quran
๐Ÿ‘คMemiliki pengalaman dalam bidang pendidikan diberi keutamaan
๐Ÿ‘คMenutup aurat dengan sempurna
๐Ÿ‘คBoleh bekerja lebih masa
๐Ÿ‘ค Mampu bekerja dalam suasana Jemaah (berkumpulan).
๐Ÿ‘ค Berdedikasi terhadap kerja - kerja yang dilaksanakan/diarahkan.
๐Ÿ‘คMinat kanak-kanak adalah satu kelebihan
๐Ÿ‘คWaktu kerja 7:30 pagi - 5:00 petang
๐Ÿ‘คMakan tengahari disediakan
๐Ÿ‘คKemasukan segera

๐Ÿ”ฐManfaat Takaful Berkelompok
๐Ÿ”ฐElaun perubatan untuk kakitangan dan keluarga terdekat

hantar resume anda ke : [email protected]

Sebarang pertanyaan: http://wasap.my/601135917912/JawatanKosongGuruKSSR

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69Kami warga guru SRITI Saujana Utama mendoakan agar Malaysia terus dikurniakan keamanan, ...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69

Kami warga guru SRITI Saujana Utama mendoakan agar Malaysia terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan.

Mendidik generasi berilmu, beriman dan berakhlak juga adalah perjuangan mengisi kemerdekaan.

Merdeka jiwa, merdeka minda, teguh dengan iman! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€” Warga Guru SRITI Saujana Utama

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™ ๐™†๐™€ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™…๐™๐™•๐™๐™† โ€” ๐™„๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™•๐™„๐™”๐˜ผ๐˜ฟ ๐Ÿ•Š๏ธBermula pada 23 Januari 2025, satu langkah kecil dimulakan deng...
28/08/2026

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™ ๐™†๐™€ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™…๐™๐™•๐™๐™† โ€” ๐™„๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™‹๐™€๐™๐™…๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™•๐™„๐™”๐˜ผ๐˜ฟ ๐Ÿ•Š๏ธ

Bermula pada 23 Januari 2025, satu langkah kecil dimulakan dengan penuh harapan.

Hari itu menjadi permulaan perjalanan Muhammad Ziyad Ozil bin Rafad dalam menghafaz kalam Allah.

Bukan semuanya mudah.

Ada ayat yang cepat diingati, ada yang perlu diulang berkali-kali. Ada hari yang terasa ringan, ada hari yang penuh dengan cabaran. Namun satu perkara yang terus dilakukan melangkah dan mencuba lagi.

Hari demi hari, hafazan dan murajaah menjadi sebahagian daripada perjalanan. Kesalahan diperbetulkan, bacaan diperbaiki dan ayat-ayat yang telah dihafaz terus dijaga agar kekal dalam ingatan.

Di bawah bimbingan Muallimah Nur Atikah Hanim Binti Mohamad Khairi, setiap proses menjadi ruang untuk Ziyad membina keyakinan, kesungguhan dan kecintaan kepada Al-Quran.

Sehinggalah tiba 25 Jun 2026.

Alhamdulillah, satu pencapaian besar berjaya diraih,
Ziyad menamatkan hafazan Juzuk 29. ๐Ÿค

Namun, khatam hafazan bukanlah sebuah penamat.

Ia adalah permulaan kepada satu amanah yang lebih besar, menjaga apa yang telah dihafaz.

Murajaah diteruskan.
Hafazan diulang.
Bacaan diperbaiki.

Sehingga tiba 28 Ogos 2026, segala usaha yang disulam dengan doa akhirnya membuahkan hasil dengan ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง: ๐— ๐—จ๐— ๐—ง๐—”๐—ญ โœจ

Satu perkataan yang ringkas, tetapi di sebaliknya tersimpan perjalanan yang panjang.

Ada masa yang diluangkan,dikorbankan.
Ada ayat yang diulang.
Ada kesilapan yang diperbaiki.
Ada doa yang tidak pernah putus.

๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™–๐™™๐™ž๐™  ๐™ˆ๐™๐™ƒ๐˜ผ๐™ˆ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ ๐™•๐™„๐™”๐˜ผ๐˜ฟ ๐™Š๐™•๐™„๐™‡ ๐˜ฝ๐™„๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™๐˜ผ๐˜ฟ.

Moga pencapaian ini bukan sekadar menjadi sebuah kenangan, tetapi menjadi titik awal untuk Ziyad terus mencintai, menjaga dan menghayati Al-Quran sepanjang hayat.

Semoga ayat-ayat Allah yang pernah dihafaz sejak kecil menjadi cahaya dalam hati, petunjuk dalam kehidupan dan syafaat di akhirat kelak.

Dan buat mama abi yang sentiasa berada di belakang perjalanan ini, terima kasih atas setiap doa, sokongan, dorongan dan kesabaran dalam membantu Ziyad menjaga hafazannya.

Sesungguhnya sebuah kejayaan tidak pernah berdiri atas usaha seorang anak sahaja.

Di belakangnya ada doa ibu ayah, bimbingan guru dan izin Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Dari satu ayat, lahir sebuah perjalanan.
Dari sebuah perjalanan, lahir sebuah pencapaian.
Dan semoga dari pencapaian ini, lahir seorang insan yang terus sentiasa hidup bersama Al-Quran. ๐ŸŒฟ

Teruskan melangkah, Ziyad.
Juzuk 29 mungkin telah khatam, tetapi perjalanan bersama Al-Quran masih panjang. ๐Ÿค

27/08/2026

ุชู†ุฏุง ฺ†ูŠู†ุชุง ฺฉฺคุฏ ู†ุจูŠ ๏ทบ ุงูŠุงู„ู‡ ู…ู…ฺคุฑุจุงูพู‚ฺฉู† ุตู„ูˆุงุช ฺคุฏุงฺฝ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ๏ทบ

ุณู…ุงูƒูŠู† ฺ†ูŠู†ุชุงุŒ ุณู…ุงูƒูŠู† ุฑูŠฺ ู† ู„ูŠุฏู‡ ุจุฑุตู„ูˆุงุช. โค๏ธ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ. ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ.

๐Ÿ“ธ ๐™‡๐™€๐™‰๐™Ž๐˜ผ ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐™‡๐™„๐˜ฟ๐™๐™๐™๐˜ผ๐™Ž๐™๐™‡ 1448๐™ƒ | 2026Sebelum kaki melangkah dalam satu barisan, hati disatukan terlebih dahulu den...
26/08/2026

๐Ÿ“ธ ๐™‡๐™€๐™‰๐™Ž๐˜ผ ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™๐™‡๐™„๐˜ฟ๐™๐™๐™๐˜ผ๐™Ž๐™๐™‡ 1448๐™ƒ | 2026

Sebelum kaki melangkah dalam satu barisan, hati disatukan terlebih dahulu dengan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ. ๐Ÿค

Persiapan sebelum berarak mungkin terlihat sederhana, namun di situlah tersimpan kenangan dan nilai yang besar โ€” mendidik anak-anak untuk mengenal, mencintai dan meneladani perjalanan hidup Baginda.

Semoga langkah kecil hari ini menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka membina cinta kepada Rasulullah ๏ทบ. ๐ŸŒฟ

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™, ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™†๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™†๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„๐™‡๐™๐™‹๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰โ€ฆ ๐Ÿฅน26 Januari 2026.Adik Aisy mula melangkah menghafaz Juzuk 3...
25/08/2026

๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐˜ผ๐™”๐˜ผ๐™, ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐™Ž๐˜ผ๐™๐™ ๐™†๐™€๐™‰๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰ ๐™”๐˜ผ๐™‰๐™‚ ๐™๐˜ผ๐™†๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฟ๐™„๐™‡๐™๐™‹๐˜ผ๐™†๐˜ผ๐™‰โ€ฆ ๐Ÿฅน

26 Januari 2026.
Adik Aisy mula melangkah menghafaz Juzuk 30.

Ayat demi ayat.
Hari demi hari.
Ada yang mudah, ada yang perlu diulang berkali-kali.

Kadang-kadang penat.
Kadang-kadang terlupa.
Tapi Aisy tetap cuba.

Hingga akhirnyaโ€ฆ

24 Julai 2026 โ€” Selesai hafazan Juzuk 30. ๐Ÿฅนโœจ
Dan pada 18 Ogos 2026, Adik Aisy selesai menduduki peperiksaan hafazan dengan keputusan ๐—๐—”๐—ฌ๐—ฌ๐—œ๐—— ๐—๐—œ๐——๐——๐—”๐—ก.

Mungkin bagi orang lain, ia hanya sebuah keputusan.

Tapi bagi Muallimah,
di sebalik Jayyid Jiddan itu ada begitu banyak usaha yang tidak terlihatโ€ฆ

Ada hafazan yang diulang,
ada kesalahan yang diperbetulkan,
ada penat yang ditahan,
dan ada doa yang tidak pernah putus. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™–๐™™๐™ž๐™  ๐˜ผ๐™ž๐™จ๐™ฎ ๐™•๐™ž๐™ฎ๐™–๐™™ ๐˜ฝ๐™ž๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฏ๐™ฌ๐™ž.
๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฆ๐™–๐™ข๐™–๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™œ๐™– ๐™๐™–๐™›๐™–๐™ฏ๐™–๐™ฃ, ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ข๐™ค๐™œ๐™– ๐˜ผ๐™ก-๐™Œ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™–๐™จ๐™– ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™–๐™™๐™ž ๐™จ๐™–๐™๐™–๐™—๐™–๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ฅ ๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ ๐™ ๐™š๐™๐™ž๐™™๐™ช๐™ฅ๐™–๐™ฃ๐™ข๐™ช. ๐ŸŒฑ

Jangan berhenti di Juzuk 30, Aisy.
Hari ini mungkin baru satu Juzuk yang berjaya dihafaz,
tetapi Muallimah doakan suatu hari nanti
Al-Quran bukan sekadar berada di tanganmu,
tetapi hidup di dalam hatimu. ๐Ÿฅน๐Ÿค

Dan tahniah buat ibu ayah Aisy yang hebat.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kerjasama dari rumah, membantu proses murajaah, mengingatkan hafazan, memberi semangat dan tidak pernah jemu mendoakan Aisy.

Kerana di sebalik seorang anak yang berjaya,
ada ibu ayah yang turut berjuang dari belakang tabir.

Kejayaan ini bukan milik Aisy seorang.
Ia adalah hasil usaha seorang anak,
bimbingan guru, dan doa serta pengorbanan ibu ayah. ๐Ÿค

Semoga Allah membalas setiap penat lelah ibu ayah
dengan pahala yang tidak pernah putus.

Dan semoga setiap ayat yang Aisy hafaz menjadi cahaya, peneman dan pembela di dunia hingga ke akhirat. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Tahniah Adik Aisy Ziyad. ๐Ÿฅน๐Ÿ“–
Satu Juzuk telah selesai,
tetapi perjalanan bersama Al-Quran baru sahaja bermula. ๐Ÿค

๐ŸŒฟ ๐—”๐—Ÿ๐—›๐—”๐— ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah Kem Pintar Soleh...
25/08/2026

๐ŸŒฟ ๐—”๐—Ÿ๐—›๐—”๐— ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT,
selesai sudah Kem Pintar Soleh 2 Hari 1 Malam yang telah berlangsung dengan penuh kenangan, pengalaman dan pengisian yang bermakna. ๐Ÿค

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ & ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ | ๐Ÿฎ๐Ÿฎ & ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ฟ๐˜ ๐—œ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐——โ€™๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐˜€, ๐—›๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜

Dua hari satu malam yang mungkin singkat pada waktunya, tetapi insya-Allah meninggalkan banyak cerita dalam hati anak-anak. ๐Ÿฅนโœจ

Daripada belajar bersama, beribadah, bermain, makan bersama, tidur bersama sehinggalah melalui pelbagai aktiviti yang menguji keberanian dan kerjasama โ€” semuanya menjadi pengalaman yang akan mereka kenang.

Semoga setiap ilmu yang disampaikan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap pengalaman yang dilalui menjadi bekalan untuk mereka terus membesar sebagai anak yang soleh, berakhlak mulia dan cintakan Allah serta Rasulullah ๏ทบ. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Setinggi-tinggi penghargaan dan Jazakumullahu Khairan Kathira buat:

โค๏ธ Semua Muallim & Muallimah yang bertungkus-lumus merancang, mengurus dan memastikan kem berjalan lancar.

๐Ÿ’š Para ibu ayah atas kepercayaan, sokongan dan doa yang tidak putus-putus.

๐Ÿงก Semua anak-anak peserta yang memberikan kerjasama dan menceriakan sepanjang kem berlangsung.

๐Ÿฉท Semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

๐Ÿฉต Dan tidak dilupakan, Resort Iman Dโ€™Semungkis, Hulu Langat atas layanan yang sangat baik sepanjang kami berada di sana. Tempat yang selesa, suasana yang sesuai dan paling penting, pihak pengurusan yang baik, peramah dan sangat membantu. ๐ŸŒฟโœจ
Recommended! ๐Ÿ‘๐Ÿป

Akhir kata, semoga segala usaha kecil ini Allah kira sebagai amal soleh dan menjadi sebahagian daripada usaha kita bersama dalam Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murobbi. ๐Ÿค

Kem mungkin telah selesai, tetapi tarbiah dan kenangan akan terus dibawa pulang. ๐Ÿฅน๐ŸŒฟ

Semoga berjumpa lagi di program yang akan datang, insya-Allah! ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๏ทบ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๐ŸคAda satu nama yang ...
25/08/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐——๐—จ๐—ฅ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ ๏ทบ
๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๐Ÿค

Ada satu nama yang mungkin tidak pernah kita temui di dunia ini,
namun setiap kali namanya disebut, hati kita terasa ingin berselawat.

Muhammad ๏ทบ.

Baginda tidak pernah mengenali wajah kita,
tetapi Baginda pernah menangis memikirkan umatnya.
Baginda tidak pernah mendengar suara kita,
tetapi Baginda pernah menyebut, โ€œUmatkuโ€ฆ umatkuโ€ฆumatkuโ€ฆโ€

Dan kitaโ€ฆ
yang hari ini mengaku mencintai Baginda,
sudahkah akhlak kita mencerminkan cinta itu?

Buat para ibu dan ayah,
semoga anak-anak yang kita titipkan di dunia ini bukan sekadar membesar dengan ilmu,
tetapi membesar dengan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

Buat para guru dan muallim muallimah,
semoga setiap huruf yang kita ajarkan,
setiap nasihat yang kita ulang,
setiap teguran yang kadang-kadang membuat mereka terasa,
menjadi jalan untuk anak-anak ini mengenal Allah dan mencintai Rasulullah ๏ทบ.

Mungkin hari ini mereka masih kecil.
Belum sempurna solatnya.
Belum lancar bacaan Al-Qurannya.
Kadang-kadang masih perlu ditegur berkali-kali.

Namun percayalahโ€ฆ

Setiap usaha kecil mendidik mereka hari ini,
mungkin sedang membina seorang insan yang kelak akan menjadi cahaya untuk ummah. ๐Ÿฅน๐Ÿค

Semoga anak-anak kita menjadi generasi yang bukan hanya pandai menyebut nama Rasulullah ๏ทบ,
tetapi mencintai Baginda, menghidupkan sunnah Baginda dan mencontohi akhlak Baginda.

Kerana akhirnya,
kita tidak mahu sekadar meninggalkan anak-anak yang berjaya di duniaโ€ฆ

kita mahu meninggalkan generasi yang apabila nama Rasulullah ๏ทบ disebut,
hati mereka bergetar kerana cinta. ๐Ÿค

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฑุฒู‚ู†ุง ุญุจ ู†ุจูŠูƒ ๏ทบ ูˆุญุณู† ุงู„ุงู‚ุชุฏุงุก ุจู‡.. ูˆุงู„ุชุฎู„ู‘ูู‚ ุจุฃุฎู„ุงู‚ู‡.. ูˆุงุชุจุงุนูŽ ุณู†ุชู‡.. ูˆุงุญุดุฑู†ุง ููŠ ุฒู…ุฑุชู‡.. ูˆุงุฌู…ุนู†ุง ุจู‡ ููŠ ุงู„ูุฑุฏูˆุณ ุงู„ุฃุนู„ู‰ ู…ู† ุงู„ุฌู†ุฉ ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†..

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ
Daripada seluruh warga SRITI Saujana Utama ๐ŸŒฟ

Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani & Murobbi.

๐Ÿ“š ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐†๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐’๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Murid-murid Tahun 6 SRITI Saujana Utama sedang menjalani Peperiksaan Gerak Gempur PSRA sebagai p...
19/08/2026

๐Ÿ“š ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐†๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐๐’๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Murid-murid Tahun 6 SRITI Saujana Utama sedang menjalani Peperiksaan Gerak Gempur PSRA sebagai persediaan menghadapi peperiksaan sebenar nanti tetap diteruskan walaupun sekolah berdepan dengan gangguan bekalan air. ๐Ÿ’ง

Namun, keadaan tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangat anak-anak Tahun 6 SRITI Saujana Utama untuk terus berjuang dan menghabiskan peperiksaan. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐ŸŒท

๐Ÿคฒ Pakat doa untuk anak-anak kita! Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, kefahaman, ingatan yang kuat serta mempermudahkan mereka menjawab setiap soalan dengan baik.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau mampu menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki.โ€

Semoga usaha dan kesungguhan mereka hari ini menjadi asbab untuk menggenggam kejayaan cemerlang dalam PSRA sebenar nanti.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูˆูŽูู‘ูู‚ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑู’ ุฃูู…ููˆุฑูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุฑู’ุฒูู‚ู’ู‡ูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุฌูŽุงุญูŽ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽููŽูˆู‘ูู‚ูŽ

โ€œYa Allah, berilah mereka taufik, permudahkan segala urusan mereka serta kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan.โ€

ุขู…ููŠู’ู† ูŠูŽุง ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู† ๐Ÿคฒ

Semoga setiap usaha dan kesabaran kalian menjadi asbab kepada kejayaan yang cemerlang. Teruskan berjuang sehingga ke garisan penamat! โœจ

18/08/2026

Address

24F SU MALL, SAUJANA UTAMA 3, BANDAR SAUJANA UTAMA,, SUNGAI BULOH DARUL EHSAN
Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+601135917912

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Saujana Utama Sungai Buloh - Media Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Saujana Utama Sungai Buloh - Media Rasmi:

Shortcuts

Share

Category