Penghayatan Etika dan Peradaban

Penghayatan Etika dan Peradaban Menjadi laman media yang mampu memberikan informasi dan perkongsian ke arah penghayatan sejarah

NAMA: CHENG YANG HONO MATRIK: 297616KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN M...
23/12/2023

NAMA: CHENG YANG HO
NO MATRIK: 297616
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN: SATU MALAYSIA, BANYAK WARNA! MERIAHKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/256365/berita/nasional/kepelbagaian-perayaan-budaya-pengikat-persaudaraan-rakyat---pm

Isu 2: Perayaan berbilang kaum harus disambut meriah tanpa mengira kaum dan agama.

"Perayaan dan budaya yang pelbagai di negara ini menjadi ciri utama pengikat persaudaraan seluruh lapisan masyarakat rakyat Malaysia". Kata Perdana Menteri Malaysia.

Sambutan perayaan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan serta dapat saling memahami adat perayaan dan agama rakyat berbilang kaum.

NAMA: CHONG SOON HOENO. MATRIK: 297536KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN...
23/12/2023

NAMA: CHONG SOON HOE
NO. MATRIK: 297536
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN: MEMARTABATKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA
SUMBER:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1169436/guna-bahasa-melayu-dalam-surat-rasmi-kerajaan-dapat-pelihara

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan penggunaan bahasa Melayu dalam semua surat rasmi dalam semua urusan kerajaan baru-baru ini.
Langkah ini dilihat penting dalam memelihara identiti kebangsaan dan memperkasakan penggunaan Bahasa melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

NAMA : RAY ERNA NATASHA SAIKAMNO MATRIK : 297612KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTAJUK: KEPELBAGAIAN DAN ...
23/12/2023

NAMA : RAY ERNA NATASHA SAIKAM
NO MATRIK : 297612
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN : SUKAN PEMANGKIN NEGARA

Isu tular baru baru ini berkenaan dengan pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn telah memuatnaik satu komen di media sosial yang melibatkan isu perkauman sehubungan dengan konsertartis dan komposer legenda berbangsa India, AR Rahman yang diadakan pada Januari lalu bertempat diStadium bukit Jalil. Hal ini menyebabkan beliau digantung daripada menyertai sebarang kejohananantarabangsa. Beliau seterusnya memohon maaf atas komen yang dibuat dan berasa kesal.

Perkara ini seharusnya tidak berlaku kerana sukan merupakan merupakan contoh terbaik konsep Keluarga Malaysia yang melibatkan pemain berbilang bangsa dan menjadi sebuah landasan dalam memupuk perpaduan antara satu sama lain. Aktiviti bersukan juga dapat menerapkan sikap disiplin dan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia.Biarpun berlainan agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding demi mengharumkan nama Malaysia, tembok tebal di antara rakyat kita dapat dihapuskan.Semuanya akan kelihatan bersatu ketika hendak menyokong dan bersorak untuk memberi semangat kepada atlet-atlet Malaysia yang juga terdiri daripada masyarat majmuk. Antara atlet kebangsaan Malaysia ialah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong dan Azizulhasni Awang.Tambahan p**a, kemunculan atlet muda seperti Nur Dhabitah Sabri, Lee Zi Jia dan Azreen Nabila Aliasyang telah memberi harapan kepada negara kita untuk merangkul pingat pada kejohanan Olimpik yang akan datang.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa penglibatan diri dalam sukan dapat menjadi wadah penting dalam mewujudkan integrasi Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia seterusnya membentuksebuah negara yang baik dan harmoni.

Sumber: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/01/1058253/msn-diarah-siasat-isu-atlet-buat-komen-perkauman

NAMA : NURUL IZZA BINTI NORDINNO MATRIK : 297510TAJUK : MPU1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTAJUK : ADAT KAUMSLOGAN :...
23/12/2023

NAMA : NURUL IZZA BINTI NORDIN
NO MATRIK : 297510
TAJUK : MPU1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : ADAT KAUM
SLOGAN : TAK KENAL, MAKA TAK CINTA

Isu mengenai :
1) Politik yang membabitkan perpaduan.
2) Persendaan terhadap agama bangsa di sekolah, adakah ianya wajar?

Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan. Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi.Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang penghinaan terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang semakin menjadi-jadi.Pasca Pilihanraya Umum (PRU) baru-baru ini telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif yang jika tidak diuruskan dengan baik, berpotensi membawa Malaysia ke arah perpecahan dan permusuhan seperti isu dibawah :

1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/henti-taktik-kotor-gugat-perpaduan-prof-madya-sharifah-syahirah-434589

Sekiranya tidak ditangani secara harmoni dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Maka, suatu asas yang kukuh berpaksikan prinsip wasatiyyah perlu dibina bagi memilih pendekatan yang bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti pendekatan yang seimbang khususnya bab agama dan adat setiap kaum bagi mengukuhkan dan mengharmonikan kembali interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama.

Sebelum perbincangan diteruskan, mari kita telusuri apa yang dimaksudkan dengan madani? Madani didefinisikan sebagai kehidupan masyarakat berasaskan kepercayaan, mempunyai agama, bertindak berlandaskan undang-undang, berakhlak, maju daripada segi pemikiran, material dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi membina sebuah masyarakat. Ini secara tidak langsung membina satu peradaban atau tamadun iaitu kehidupan masyarakatnya mencapai taraf kehalusan tatasusila, minda kelas pertama dan bertoleransi.

2) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/henti-taktik-kotor-gugat-perpaduan-prof-madya-sharifah-syahirah-434589

Agama Islam telah diangkat sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (1) yang jelas menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Namun pada masa sama, agama-agama lain bebas dan boleh diamalkan tanpa gangguan seperti yang dijelaskan dalam Perkara 11 (1) iaitu ‘tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya’. Namun berbalik kepada isu utama kita, adakah wajar agama banga dipersendakan ? lagi-lagi ianya berlaku di kalangan pelajar di sekolah. Hal ini adalah sangat tidak wajar . Agama Islam telah diangkat sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (1) yang jelas menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Namun pada masa sama, agama-agama lain bebas dan boleh diamalkan tanpa gangguan seperti yang dijelaskan dalam Perkara 11 (1) iaitu ‘tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya’.

Setiap penganut agama seharusnya tidak menyentuh isu sensitif seperti kalimah Allah, laungan azan, ibadat korban ketika Aidiladha, perarakan keagamaan, murtad, halal dan haram dalam makanan, sambutan perayaan, hukum hudud, lawatan ke rumah ibadah dan sebagainya yang mampu meruntuhkan tembok keharmonian yang dibina sejak sekian lama.Kerajaan haruslah mementingkan pendekatan harmoni bagi mengimbangi kewujudan kelompok yang bertentangan. Isu-isu tersebut perlu difahami, dibincangkan dalam bentuk dialog, dihormati dan diselesaikan secara rasional serta diplomasi. Kurangnya sikap bertoleransi berpunca daripada tidak memahami, kecetekan pengetahuan, berprasangka buruk terhadap agama lain selain tidak menghormati hak-hak orang Islam daripada penganut-penganut agama lain sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga sikap masyarakat Islam sendiri, tidak perlu menyentuh sensitiviti agama lain seperti agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam, penganut agama Buddha yang menziarahi kubur nenek moyang, penganut agama Sikh yang mengamalkan 5K (Kesh, Kara, Kanga, Kaccha, dan Kirpan), pemaparan lambang salib di gereja oleh penganut agama Kristian dan sebagainya.

Pembinaan Malaysia madani yang diidamkan menuntut kerjasama semua masyarakat bertoleransi dengan mengamalkan sikap terbuka, berlapang dada, saling menghargai pilihan orang lain, serta bersiap-siaga menerima segala perbezaan, termasuklah dari segi bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa, budaya, adat dan agama serta berpegang teguh terhadap agama masing-masing. Toleransi beragama perlu mengandungi kesabaran, bertolak ansur, seimbang, lemah lembut, timbang rasa, bijaksana dan waspada. Selain itu, bersedia mendengar pandangan, menghormati kepelbagaian tanpa menjejaskan prinsip agama masing-masing dalam ruang lingkup yang dipersetujui bersama dalam masyarakat yang akhirnya membentuk kepercayaan.

Isu ini mudah untuk diselesaikan dengan jayanya jika setiap rakyat ada sikap ingin mengenali serta memahami agama kepercayaan dan adat setiap kaum yang wujud di negara Malaysia, persis pepatah melayu yang mengatakan ‘Tak kenal, maka tak cinta’. Sesungguhnya, toleransi beragama merupakan antara elemen penting dalam membentuk peradaban negara Malaysia. Dengan wujudnya interaksi dan persefahaman, perpaduan, keharmonian akan terbentuk seterusnya menunjukkan ketinggian akhlak dan tatasusila penduduknya. Malaysia madani tidak dipekasakan atas kepentingan dan peranan satu bangsa, budaya, agama sahaja. Malaysia madani perlu dikukuhkan atas kepercayaan dan usaha bersama daripada semua pihak bagi memastikan kedaulatan negara kekal utuh serta mencapai keharmonian negara yang diingini.

NAMA :  HIJJAZ KASTURI BIN SYAMSUDIN NO. MATRIK : 297515KHUSUS : MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK : KEPELB...
23/12/2023

NAMA : HIJJAZ KASTURI BIN SYAMSUDIN
NO. MATRIK : 297515
KHUSUS : MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : KEPELBAGAIAN SENI TULISAN
ISU : TULISAN JAWI DAN SENI KHAT
SUMBER
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/592575/jangan-mainkan-isu-tulisan-jawi-dan-seni-khat

Dari berita tersebut, dapat ditarik kesimp**an bahwa isu penggunaan tulisan Jawi dan seni khat dalam buku teks di Malaysia adalah isu yang kontroversial dan dapat memicu perdebatan. Ancaman utamanya adalah politik isu ini serta kaitannya dengan isu-isu etnik dan agama. Beberapa isi penting yang dapat dipertimbangkan dalam perbincangan mengenai isu ini adalah:

1. Pemahaman Warisan Budaya: Penggunaan tulisan Jawi dan seni khat merupakan sebahagian daripada warisan budaya Malaysia yang perlu dilestarikan. Ini adalah upaya untuk menjaga sejarah dan identiti Malaysia yang kaya dengan nilai seni tulisan dan rakyat kepelbagaian.

2. Sensitiviti: Isu ini memiliki aspek sensitif yang berkaitan dengan etnik dan agama. Penting bagi pihak-pihak yang terlibat dalam perdebatan untuk memahami perspektif pelbagai kelompok masyarakat dan bekerja menuju solusi yang memenuhi kepentingan semua pihak.

3. Dialog Konstruktif: Penyelesaian terbaik adalah melalui dialog konstruktif antara pemerintah, pendidik, kelompok masyarakat, dan semua pemangku kepentingan yang berkait. Diskusi yang inklusif dapat membantu menemukan kompromi yang memuaskan semua pihak.

4. Pendidikan dan Kesadaran: Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya warisan budaya dan nilai-nilai yang terkandung dalam tulisan Jawi dan seni khat dapat membantu meredakan ketegangan. Pendidikan yang tepat tentang topik ini dapat membantu generasi muda memahami dan menghargai warisan budaya mereka.

5. Penyelesaian Politik: Pemerintah dan pemimpin politik perlu bekerjasama untuk memastikan bahwa isu ini tidak dimanfaatkan untuk kepentingan politik semata. Keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi dan seni khat harus diambil berdasarkan pertimbangan budaya dan pendidikan, bukan politik.

Dengan pendekatan yang bijak dan dialog yang terbuka, Malaysia dapat mencari penyelesaian yang menghormati budaya dan kepercayaan masyarakatnya sambil meminimalkan potensi konflik. Penyelesaian yang inklusif dan berdasarkan kesepakatan bersama akan lebih mungkin berhasil dalam mengatasi ancaman dan ketegangan seputar isu ini.

NAMA: SUHADATUL AMIRA BINTI ABD NASIRNO MATRIK: 297578KURSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTEMA : PERPADUAN &...
23/12/2023

NAMA: SUHADATUL AMIRA BINTI ABD NASIR
NO MATRIK: 297578
KURSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TEMA : PERPADUAN & KEPELBAGAIAN MALAYSIA
TAJUK: PERKAHWINAN CAMPUR ERATKAN PERPADUAN
“Perbezaan yang menyatukan cinta”

Isu 1: Perkahwinan berbeza Bangsa, adakah perlu malu ataupun bangga?

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/09/755408/bangga-kahwin-campur

Seperti yang kita tahu, perkahwinan dari berbeza latar belakang, budaya dan bangsa ini tidak semestinya dapat diterima oleh setiap masyarakat. Mungkin ada dari sesetengah masyarakat yang akan memandang serong ataupun jelik. Namun isunya di sini adakah perkahwinan campur ini perlu dibanggakan ataupun malu?

Kebanyakan individu yang telah mengalami sendiri perkahwinan campur ini, mengatakan yang mereka bangga dengan perkahwinan mereka. Kerana bagi pendapat mereka perbezaan yang dilihat akan memecahkan malah membuktikan sebaliknya. Merujuk kepada artikel di atas, individu – individu tersebut juga menyatakan kebanggaan mereka terhadap keputusan yang mereka ambil sebelum ini.

Hal ini kerana, banyak kebaikan yang mereka perolehi daripada perkahwinan tersebut yang membawa kesan positif bukan hanya kepada mereka, malah kepada keluarga dan masyarakat sekeliling.

Oleh itu, masyarakat perlulah berfikiran lebih terbuka dengan melihat perkahwinan campur ini adalah salah satu medan bagi membuktikan keharmonian dapat dibina dan dipelihara meskipun terdapat banyak perbezaan di antara keduanya.

NAMA: CHENG YANG HONO MATRIK: 297616KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN M...
23/12/2023

NAMA: CHENG YANG HO
NO MATRIK: 297616
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN: SATU MALAYSIA, BANYAK WARNA! MERIAHKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Isu 1: Rakyat berlainan kaum memberi keberkatan kepada mereka yang menyambut perayaan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649313/perayaan-disambut-pelbagai-kaum-cerminkan-toleransi-rakyat-malaysia

Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat berbangsa cina di Malaysia dan menyatakan bahawa sambutan perayaan mencerminkan toleransi sesama rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Ini menunjukkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia mengeratkan lagi hubungan pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan yang diraikan.

Kita sewajarnya menyambut perayaan kaum berbeza bersama-sama kerana ia merupakan identiti dan keistimewaan yang hanya terdapat di negera Malaysia.

NAMA: SUHADATUL AMIRA BINTI ABD NASIRNO MATRIK: 297578KURSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTEMA : PERPADUAN &...
23/12/2023

NAMA: SUHADATUL AMIRA BINTI ABD NASIR
NO MATRIK: 297578
KURSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TEMA : PERPADUAN & KEPELBAGAIAN MALAYSIA
TAJUK: PERKAHWINAN CAMPUR ERATKAN PERPADUAN
“Perbezaan yang menyatukan cinta”

Perkahwinan dan perpaduan merujuk kepada konsep perkahwinan dan keharmonian dalam hubungan antara individu atau kump**an yang berlainan latar belakang, budaya, agama, atau kaum. Perkahwinan merangkumi persatuan dua individu dalam ikatan rasmi, manakala perpaduan menekankan pada keharmonian, pemahaman, dan integrasi antara pelbagai komuniti atau kelompok yang berbeza.

Konsep perpaduan dalam konteks ini sering merujuk kepada kesepaduan, penghayatan, dan pengiktirafan terhadap kepelbagaian budaya, agama, atau kaum dalam masyarakat. Ia melibatkan usaha untuk mewujudkan persefahaman, saling hormat-menghormati, dan kerjasama di antara pelbagai kump**an masyarakat untuk mencapai kesejahteraan bersama dan keharmonian dalam kehidupan berbilang budaya.

Perkahwinan daripada latar belakang budaya yang berbeza dapat menunjukkan bahawasanya perbezaan juga dapat membawa kepada sesuatu yang indah dan bahagia.

NAMA: KHAUSALYA A/P PUBALANNO MATRIK: 297559KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERP...
22/12/2023

NAMA: KHAUSALYA A/P PUBALAN
NO MATRIK: 297559
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN: AGAMA KUNCI NEGARA AMAN


Marilah kita mula dengan isu yang berkaitan dengan agama…….
Dan beberapa pentingnya untuk mengambil tahu sebelum menghina agama lain dengan tanpa rasa salah……

Antara isu-isu yang selalu berlaku di Malaysia adalah penghinaan agama lain dengan sengaja. Salah satu isu adalah bekas hos sukarela sebuah kelab komedi dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut bahawa kamu adalah seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudiannya bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu persembahan di atas pentas Crack House Comedy Club pada pukul 6 petang, 4 Jun 2022.

Daripada isu ini kita tahu bahawa walaupun isu agama boleh menjadi sensitif, penting untuk kita mempromosikan toleransi, saling hormat-menghormati, dan kefahaman antara pelbagai agama di Malaysia. Dengan memahami perbezaan dan merangkumi kepelbagaian agama, kita dapat memupuk perpaduan yang kukuh dalam masyarakat kita.
Setiap agama mempunyai ajaran dan kepercayaan yang unik, tetapi penting untuk kita memahami dan menghormati perbezaan tersebut. Melalui dialog dan saling memahami, kita dapat memupuk keharmonian dan saling menghormati antara penganut agama yang berbeza. Agama merupakan kunci untuk memastikan negara kita aman dan harmoni.

Sila tekan link ini untuk lebih lanjut mengetahui tentang isu ini
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/hina-agama-siti-nuramira-mengaku-bersalah-didenda-rm8000/

NAMA: MUHAMMAD RAIF IRFAN BIN MOHD ABDUL RAUF NO MATRIK: 297491KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: K...
22/12/2023

NAMA: MUHAMMAD RAIF IRFAN BIN MOHD ABDUL RAUF
NO MATRIK: 297491
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN: BUSANA MENGUTUHKAN PERPADUAN
"Pakaian tradisional lambang keharmonian dan perpaduan kaum"

ISU: Industri fesyen sebagai jambatan perpaduan kaum (2020)

✓ Berdasarkan isu semasa yang dinaikkan oleh “Zubaidah Sual” yang merupakan seorang pencinta dan aktivis fesyen kebudayaan, “Mungkin ada sedikit perpaduan dalam fesyen kontemporari. Fenomena 'Pop Yeh-Yeh' dari England pada 1960an dan 1970an contohnya. Hingga sekarang rata-ratanya rakyat Malaysia memakai fesyen pakaian yang sama bagi lelaki dan perempuan. Tetapi masih ada batas hijab bagi wanita Muslim,” terang Zubaidah.

✓ Melihat kepada keadaan persekitaran, pengaruh dunia luar, muzik dan hiburan sudah tentunya memberi impak kepada peredaran fesyen semasa. Kerana ini, setiap kaum memiliki pakaian adat, sama ada pakaian adat tradisi agung ataupun pakaian rakyat yang berbeza-beza mengikut kaum. Identiti pakaian yang masih kekal sehingga hari ini, wujud lebih 500 tahun dahulu iaitu pakaian ataupun fesyen yang mewakili citarasa terbesar di Malaysia yang melibatkan simbolik dan hirarki dimana semua kaum terbesar di Malaysia melalui zaman yang sama iaitu zaman penjajahan.

✓ Namun begitu, sehingga kini, perpaduan kaum dalam fesyen tradisional hanya dapat dilihat dalam acara-acara rasmi ataupun aktiviti-aktiviti anjuran kerajaan, 'menurut zubaidah'.

✓ Kesimp**annya, sebagai rakyat malaysia, kita digalakkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap diri kita sendiri tentang pentingnya untuk memantapkan perpaduan kaum melalui dunia fesyen tempatan yang kian pupus masa demi masa. Antara cara untuk memanfaatkan dunia fesyen tempatan ialah dengan menyarong pakaian-pakaian tradisional dalam upacara rasmi di negara kita.

Ikuti artikel penuh tentang isu ini dengan klik link dibawah yang disediakan. Semoga bermanfaat

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/5tahun2020-industri-fesyen-sebagai-jambatan-perpaduan-kaum-55928

NAMA : MIZZATUL VIZA BINTI YASSIRNO MATRIK : 297522KURSUS : MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTAJUK : KEPELBAGAIAN...
22/12/2023

NAMA : MIZZATUL VIZA BINTI YASSIR
NO MATRIK : 297522
KURSUS : MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN : KELAZATAN WARISAN BUDAYA
“Melakar Perpaduan Melalui Pelbagai Makanan Warisan”

Isu 1: Keaslian makanan tradisi perlu dikekal elak ditelan zaman (17 Jun 2022)

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/06/967208/keaslian-makanan-tradisi-perlu-dikekal-elak-ditelan-zaman

Kini makanan tradisi hilang keasliannya atas faktor penambahan pada cita rasa dan gagal dihidangkan dengan elok. Hal ini kerana, ianya dimasak oleh orang yang bukan professional malah warga asing yang lebih monopoli juadah tersebut sehingga terdapatnya penambahan cita rasa dan mencetuskan perubahan rasa yang asli. Hal ini terbukti apabila terdapat juadah baharu yang kian viral sehingga masyarakat berpusu-pusu ingin mencicipi rasa sehingga menjadi rasa yang lebih mempengaruhi keenakannya.

Selain itu, terdapat faktor kenaikkan harga dan sekiranya dijual di bazar Ramadhan, ianya mudah basi dan rosak. Hal ini kerana, mereka hanya sekadar untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan rasa keaslian yang sebenar. Isu ini boleh didapati saban tahun apabila menjelang Ramadhan.

Seterusnya, dapat digambarkan lagi apabila sesetengah Wanita Malaysia dalam golongan yang bekerja tidak mempunyai kemahiran memasak. Mereka lebih gemar untuk memasak masakan yang mudah dan ringkas berbanding untuk mempelajari makanan tradisi dengan bersungguh. Malah, dapat juga dilihat melalui hidangan sesuatu majlis yang rasa masakan mereka juga semakin hilang keasliannya. Ia hanya dihidangkan seperti melepas batok di tangga.

Oleh itu, isu seperti ini perlu diperbetulkan kembali dengan mengambil langkah yang strategik supaya warisan makanan tradisi tidak lapuk ditelan zaman.

NAMA : RAY ERNA NATASHA SAIKAMNO MATRIK : 297612KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANTAJUK: KEPELBAGAIAN DAN ...
22/12/2023

NAMA : RAY ERNA NATASHA SAIKAM
NO MATRIK : 297612
KHUSUS: MPU 1022 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: KEPELBAGAIAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
SLOGAN : SUKAN PEMANGKIN NEGARA

Sukan berperanan penting sebagai pemangkin perpaduan dalam masyarakat dengan beberapa cara:

1.Identiti Kebangsaan: Sukan meningkatkan kebanggaan kebangsaan melalui kejayaan atlet.

2.Pertemuan Antarbudaya: Acara sukan mempromosikan pertukaran budaya antara komuniti berbeza.

3.Pelibatan Pelbagai Lapisan Masyarakat: Sukan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, mengatasi perbezaan sosial.

4.Nilai-Nilai Positif: Sukan membentuk nilai-nilai positif seperti semangat juang dan kerjasama.

5.Penglibatan Generasi: Sukan memberi peluang kepada semua generasi untuk terlibat, mengukuhkan hubungan antara mereka.

6.Peningkatan Kesihatan dan Ekonomi: Sukan menyumbang kepada kesihatan masyarakat dan ekonomi tempatan.

Walaupun sukan berperanan penting, pemangkinan perpaduan juga bergantung pada faktor-faktor lain seperti pendidikan dan keadilan sosial.

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Kampong Sintok Bugis
06010

Telephone

+60175806724

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Penghayatan Etika dan Peradaban:

Shortcuts

Share