Maktab Mahmud Kuala Muda

Maktab Mahmud Kuala Muda Maktab Mahmud Kuala Muda Sejarah Penubuhan…. Kelas ini bertujuan untuk mendidik anak-anak muda dengan ilmu agama secara mendalam. Hj. Mohd. Desa (Pengerusi), Hj.

Di sebuah perkampungan yang bersih dan tenang, berdiri dengan megahnya sebuah institusi pengajian agama yang menampung hampir 300 orang pelajar. Maktab Mahmud Kuala Muda merupakan sebuah sekolah agama yang memiliki sejarah yang menarik untuk di kaji dan diimbas kembali. Tanggal 31-01-1957, sebuah kelas agama yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa perantaraan dibuka hasil daripada inisiasif ya

ng dijalankan oleh ahli kariah kawasan-kawasan yang di sekitar Bukit Meriam dan Kota Kuala Muda. Antara langkah awal yang diambil oleh penduduk kampung ialah menubuhkan sebuah Jawatan Kuasa (JK) yang dianggotai oleh Tuan Mat Khir b. Abdullah Mat Diah (Naib Pengerusi), Hj. Sidik Salleh dan lain-lain. Kelas agama ini berpusat di Balai Lentang Masjid Sintok Bugis dan dinamakan dengan “Tarbiah An-Nashiin”. Ia terbuka kepada pelajar lelaki dan mempunyai seramai 25 orang pelajar. Pada masa itu, guru-guru yang mengajar adalah sukarelawan, mereka ialah Us. Syafie Hj. Desa, Hj. Abdul Hamid Ahmad, dan Abdul Rahman Abdullah. Mereka menjalankan tugas secara bergilir-gilir setiap hari. Mesyuarat JK telah diadakan pada 05-11-1958 dan berkeputusan membuka kelas pengajian kepada pelajar perempuan. Keadaan ini mendapat sambutan yang memberansangkan oleh semua pihak. Penambahan bilangan pelajar kepada 60 orang menyebabkan pihak JK menjalankan pengajian di sebuah bangunan yang bernama “Rumah Syarikat Belia”. Perjumpaan di Sek. Ren. Keb. Bukit Meriam telah diadakan anjuran AJK Pengasas pada 15-11-1960 dan dihadiri oleh orang ramai termasuk Tuan Hj. Saad Said (Pen. Kadi Alor Star), Ketua Kadi Kuala Muda dan lain-lain kehormat. Hasil daripada perjumpaan tersebut ialah tertubuhnya sebuah lembaga untuk mentadbir Tarbiah An-Nashiin, lalu Tarbiah An-Nashiin ditukarkan namanya kepada Sekolah Arab Tarbiah An-Nashiin atau Sekolah Menengah Agama An-Nashiin (SMATAN). Mesyuarat lembaga sekolah kali pertama dibuat pada 20-1-1961 yang terdiri daripada 20 orang AJK termasuk pengerusi dan setiausaha. Lalu,keputusan untuk mendapatkan dan memberi bantuan kewangan serta saguhati kepada guru-guru diambil. Mata pelajaran yang diajar di SMATAN adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran Pejabat Agama Negeri Kedah iaitu Fekah, Tauhid, Al-Quran Waddin, Ta’bir, Mutolaah, Mahfuzot, Imlak, Khat, Nahu, Sejarah, Geografi, Sihhah(sains) dan lain-lain kecuali pelajaran vokasional dan Bahasa Inggeris. Sesi persekolahan pada masa itu disusun bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan kadar lima (5) mata pelajaran sehari. BERPINDAH KE TAPAK BARU

Setelah beberapa tahun, bermula pada 12-01-1962, tapak sekolah telah ditukarkan ke bangunan baru iaitu bangunan pada masa kini, di Kampung Sintok Bugis. Ini kerana bangunan terdahulu diambil oleh kerajaan dan dijadikan sebuah klinik. Bangunan baru dibina secara bergotong-royong antara pihak sekolah dengan penduduk kampung iaitu Blok A dan telah menelan belanja lebih kurang RM 600.00. Bermula pada tahun ini juga, beberapa mata pelajaran baru telah diserap masuk seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tenaga pelajar pada ketika itu antaranya ialah Us. Ahmad Hj. Thalib, Us. Zaki Noor, Us, Omar Saad dan Us. Jamil Marzuki pada tahun 1966. Pada tahun ini, bilangan pelajar meningkat kepada 114 orang. PERASMIAN TARBIAH NASHIIN

SMATAN membangun dengan jayanya dan semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Oleh itu, pada tarikh 28-06-1967, SMATAN telah dibuka secara rasmi dan majlis perasmiannya telah dijalankan sendiri oleh Tengku Abdul Malik Ibn Sultan Badlishah (Adinda Sultan Kedah). Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula dilaksanakan di SMATAN pada tahun 1970. Pada tahun 1976, Us. Yusuf mula bertugas di SMATAN dan mengajar mata pelajaran Tafsir dan Nahu. Pada tahun ini juga, pihak sekolah menerima bantuan sebanyak RM15000.00 daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Hj. Othman Abdullah. Tahun 1981, Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) mula diwujudkan. Tahun 1982, Mula mendapat biasiswa daripada kerajaan pusat. Bantuan buku teks pinjaman diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 18-05-1983. Bilangan guru sebelum ini adalah sebanyak 8 orang telah bertambah menjadi 13 orang. Guru-guru yang baru bertugas ialah Us. Harun Hj. Daud dan Us. Syawal Ahmad. Bilangan pelajar p**a meningkat sebanyak 130 orang menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 244 orang. Tahun 1984, Guru-guru mengambil peperiksaan Normal Class III.

10 Tahun Kemudian…

Bangunan Blok B mula dibina bertentangan Blok A. Penambahan bangunan ini di biayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan segala urusan pembelian tanah diuruskan oleh Bendahari Lembaga Pentadbir, Us. Ismail Abdullah. Berikutnya, pada tahun 1998, dua buah bangunan ditambah lagi iaitu Blok C disisi kanan bangunan Blok A, dan bangunan perpustakaan disisi kiri Blok A. Krisis Sekolah Agama Rakyat…

Tahun 2002 merupakan antara tahun yang pastinya tidak dapat dilupakan, kerana tarikh keramat inilah tercetusnya krisis Sekolah Agama Rakyat ( SAR) apabila Kerajaan Pusat bertindak menghentikan bantuan kepada SAR. Akibatnya , SAR menghadapi kemerosotan kerana beberapa tawaran yang dibuat oleh Kementerian umpamanya kepada Guru-guru SAR untuk diserapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) dan menjadi guru di Sekolah Kementerian. Begitu juga peluang diberikan kepada para pelajar SAR untuk berpindah ke sekolah Kementerian telah menyebabkan perpindahan besar-besaran pelajar SAR. Berwajah Baru….. Bulan Februari 2002 Us. Yusof Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Pengetua dan digantikan oleh Us. Mansor Hj. Hashim. Pada bulan Disember 2003, satu perbincangan diantara Lembaga Maktab Mahmud (MM) dan Lembaga Pentadbir Sekolah. Pihak Lembaga MM menawarkan SMATAN diserahkan kepada Lembaga MM. Oleh itu, selepas perbincangan bersama Guru-guru, pihak sekolah bersetuju untuk menyerahkan SMATAN ke bawah naungan Kerajaan Negeri Kedah dan diletakkan di bawah Lembaga MM. Maktab Mahmud Kuala Muda…

SMATAN ditukarkan kepada Maktab Mahmud bermula Januari 2004. Maka dengan itu, bermulalah era Maktab Mahmud di Kuala Muda dan SMATAN dikenali p**a dengan nama “Maktab Mahmud Kuala Muda”. Kerajaan Negeri Kedah memberi bantuan dan menampung kos-kos perbelanjaan sekolah. Guru-guru p**a dikehendaki meletakkan jawatan sebagai guru Majlis Agama Islam Kedah dan memohon menjadi guru Lembaga Maktab Mahmud. Bertarikh 15-10-2005, Us. Hashim bertukar ke Maktab Mahmud Cawangan Kulim (MMKL). Dengan itu, bermula dari 16-10-2005, Us. Yahya b. Hj Ismail (bekas pelajar SMATAN 1982-1987)dilantik menjadi Pemangku Pengetua. Bermula 11-02-2007, pentadbiran Maktab Mahmud Kuala Muda diterajui oleh pengetua muda iaitu Us. Shafie bin Ismail sehingga 28.02.2009. Selepas Us. Shafie bertukar ke Maktab Mahmud Alor Setar, Us. Ahmad @ Ahmad Nasir bin Abidin dilantik menjadi pengetua baru bermula 01.03.2009 sehingga 2010. Kemudian diganti dengan Ustaz Mohd Shauki Bik bin Mohd Kassim sehingga 2014 kerana beliau dipindahkan ke Lembaga MM. Seterusnya Ustaz Mohamad Fouzi bin Ismail sehingga tahun 2016. Kemudian diganti p**a Ustaz Abdul Ghani bin Abidin hingga 31 Julai 2019. Selepas Ustaz Abdul Ghani ditukarkan ke SMKA Baling, Ustaz Pisal bin Abu Sepian menggantikan beliau pada 4 Ogos 2019 sehingga Ogos 2021. Setelah hampir 8 bulan ketiadaan pengetua, Maktab Mahmud Kuala Muda menyaksikan kehadiran pengetua baru yang memecah tradisi sebagai pengetua perempuan pertama yang menerajui bumi barakah Maktab Mahmud Kuala Muda. Ustazah Rosmiza binti Ahmad dilantik sebagai Pengetua Baru berkuatkuasa pada 17 April 2022. Kini dengan tertubuhnya Maktab Mahmud Kuala Muda di harap misi dan visi pihak sekolah untuk mencapai kembali keagungan sejarah silam menjadi nyata. InshaAllah.

28/07/2026
PROGRAM JOM BERUS GIGI PERINGKAT KEBANGSAAN22 JULAI 20269.30 PagiPelajar tingkatan 1,2 dan 3.
22/07/2026

PROGRAM JOM BERUS GIGI PERINGKAT KEBANGSAAN

22 JULAI 2026
9.30 Pagi

Pelajar tingkatan 1,2 dan 3.

‼️PERKEMBANGAN TERKINI‼️💢SURAU MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA💢🛑Lantai konkrit sudah siap🛑Tiang sedang dinaikkan🛑Fasa seterusny...
19/07/2026

‼️PERKEMBANGAN TERKINI‼️

💢SURAU MAKTAB MAHMUD KUALA MUDA💢

🛑Lantai konkrit sudah siap
🛑Tiang sedang dinaikkan
🛑Fasa seterusnya binaan atap bumbung

Mohon para dermawan untuk teruskan memberi sumbangan untuk kita realisasikan tempat ibadah anak-anak kita.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PENYUMBANG.

Nota : Gambar binaan surau diambil pada 19 JULAI 2026

Tempat Ketiga Debat Madani Peringkat Negeri. Dua org pelajar mewakili MMKM.Senarai Nama Pembahas Peringkat Negeri (MMKM)...
14/07/2026

Tempat Ketiga Debat Madani Peringkat Negeri.
Dua org pelajar mewakili MMKM.

Senarai Nama Pembahas Peringkat Negeri (MMKM)
1.Wan Nur Afrina Haziqah Binti Wan Mohd Fadli
2.Aina Irdina Binti Azran

JOHAN PERTANDINGAN BAHAS GENERASI MADANIPERINGKAT DAERAH KUALA MUDASenarai Nama Pembahas Daerah (MMKM)1.Wan Nur Afrina H...
12/07/2026

JOHAN PERTANDINGAN BAHAS GENERASI MADANI
PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA

Senarai Nama Pembahas Daerah (MMKM)
1.Wan Nur Afrina Haziqah Bt Wan Mohd Fadli
2.Aina Irdina Binti Azran
3.Nur Faqiehah Aqiela Binti Mat Yunus
4.Nor Maisarah Zulaikha Binti Marzuki
5.Ali Imran Bin Mohd Rizaiuddin

TAHNIAH!

HARI TEMU MESRA WARIS2 Julai 2026Khamis
11/07/2026

HARI TEMU MESRA WARIS
2 Julai 2026
Khamis

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H16 Muharram 1448HKhamis
10/07/2026

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H

16 Muharram 1448H
Khamis

05/07/2026
Karnival Kerjaya Aspirasi STEM dan Bengkel PKSK Tahun 6 Peringkat Kuala Muda.Tarikh: 30 Jun 2026/SelasaMasa: 8.00 pg - 2...
05/07/2026

Karnival Kerjaya Aspirasi STEM dan Bengkel PKSK Tahun 6 Peringkat Kuala Muda.
Tarikh: 30 Jun 2026/Selasa
Masa: 8.00 pg - 2.30ptg
Tempat : Unitar Kampus Sungai Petani

Unit Bimbingan dan Kaunseling MMKM sebagai pempamer.

SAMBUTAN HARI GURU 2026Tarikh : 29 Jun 2026Hari : Isnin
02/07/2026

SAMBUTAN HARI GURU 2026
Tarikh : 29 Jun 2026
Hari : Isnin

Address

Bukit Meriam Kota Kuala Muda
Kampong Sintok Bugis
08500

Telephone

+6044374324

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab Mahmud Kuala Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maktab Mahmud Kuala Muda:

Shortcuts

Share

Category