Jkepolipd

Jkepolipd Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson merupakan jabatan induk yang memberi khidmat

๐Ÿค– PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: PERKONGSIAN ILMU & KEPAKARAN ROBOT TRACER RBTX BERSAMA MURID SKIP ๐Ÿš€Jabatan Kejuruteraan El...
20/08/2026

๐Ÿค– PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT: PERKONGSIAN ILMU & KEPAKARAN ROBOT TRACER RBTX BERSAMA MURID SKIP ๐Ÿš€

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Premier Port Dickson telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat: Perkongsian Ilmu dan Kepakaran Robot Tracer RBTx bersama warga Sekolah Kebangsaan Intan Perdana! ๐ŸŽ“โœจ

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal serta pengalaman terus (hands-on) mengenai teknologi robotik, elemen STEM, dan asas Revolusi Industri 4.0 kepada para guru dan murid.

๐Ÿ“Œ Ringkasan Program:
๐Ÿ—“ Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Lokasi: SK Intan Perdana, Port Dickson
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: 14 orang staf JKE & 29 orang pelajar PPD (pembimbing/fasilitator)
๐Ÿ’ก Pengisian:
Perkongsian ilmu & kepakaran berkaitan Robot Tracer RBTx
Bengkel kumpulan penyediaan tugasan pertandingan
Pertandingan Robot Tracer RBTx

๐ŸŒŸ Melalui program kolaborasi ini, para pelajar SK Intan Perdana bukan sahaja dapat mempelajari pengendalian Robot Tracer, malah disuntik semangat kerja berpasukan, pemikiran kritis, dan pemikiran berasaskan inovasi.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan SK Intan Perdana, barisan Jawatankuasa JKE, para fasilitator, serta semua pelajar yang menjayakan program ini!

Semoga perkongsian ilmu ini dapat mencetuskan minat generasi muda untuk terus menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) pada masa hadapan. ๐Ÿค–โšก๏ธ

๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐Ÿฎ ๐—˜๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”! โšก๐Ÿ”งKemeriahan Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026...
18/08/2026

๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐Ÿฎ ๐—˜๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—ช ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”! โšก๐Ÿ”ง

Kemeriahan Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026 Siri 2 diteruskan lagi menerusi Slot 2 yang memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai aspek penyelenggaraan produk inverter serta kaedah penyelesaian masalah dalam sistem industri.

๐Ÿ“Œ Tajuk: Inverter Product Maintenance & Troubleshooting

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Muhamad Zufadhli Bin Shahrin
Engineer, ACSON Malaysia Sales & Services

๐Ÿ“ Lokasi: DK6, Politeknik Port Dickson
๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Pelajar DET5A, DET5B, DET5C & DET5D

โœจ Antara pengisian utama sesi:

Pengenalan kepada inverter product dan aplikasinya dalam sistem penyaman udara
Pengetahuan berkaitan penyelenggaraan produk inverter
Kaedah mengenal pasti dan menganalisis masalah melalui proses troubleshooting
Perkongsian pengalaman industri serta amalan penyelenggaraan yang betul

Sesi ini memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna kepada para pelajar melalui perkongsian ilmu dan pengalaman sebenar daripada pihak industri, sekali gus membantu menghubungkan pembelajaran teori dengan aplikasi praktikal di tempat kerja. ๐Ÿ”งโš™๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ACSON Malaysia Sales & Services atas perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman industri yang sangat bermanfaat. Tidak dilupakan, tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung! ๐Ÿ‘โœจ

EESTW 2026 โ€” Innovate | Sustain | Empower โšก๐ŸŒฑ๐Ÿค

E๐„S๐“W 2๐ŸŽ2๐Ÿ” ๐’I๐‘I 2 K๐„M๐A๐‹I B๐„R๐€K๐’I ๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”!Tirai Electrical Engineering & Sustainable Technology We...
18/08/2026

E๐„S๐“W 2๐ŸŽ2๐Ÿ” ๐’I๐‘I 2 K๐„M๐A๐‹I B๐„R๐€K๐’I

๐—ฆ๐—Ÿ๐—ข๐—ง ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—”!

Tirai Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026 Siri 2 telah diteruskan dengan pengisian yang penuh inspirasi menerusi Slot 1 yang memberi pendedahan kepada perkembangan teknologi pintar dalam bidang kejuruteraan dan TVET.

๐Ÿ“Œ Tajuk: Engineering the Intelligent Edge: Accelerating AI, Computer Vision and Industrial Automation for TVET Technologists

๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ts. Dr. Mohd Ismaizul Bin Mohd Ismail
Staff Researcher, Advanced Electronics R&D, MIMOS Berhad

๐Ÿ“ Lokasi: GL3, Politeknik Port Dickson
๐Ÿ“… Tarikh: 17 Ogos 2026
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ‘ฅ Sasaran: Pelajar DTK 3A & DTK 3B

โœจ Antara pengisian utama sesi:

Pendedahan kepada konsep Artificial Intelligence (AI) dan Intelligent Edge
Penerapan teknologi Computer Vision dalam aplikasi industri
Perkembangan Industrial Automation dan teknologi pintar
Perkongsian berkaitan keperluan kemahiran teknologi dalam bidang TVET

Sesi ini menjadi platform bermakna dalam memperluas pengetahuan serta membuka perspektif baharu kepada para pelajar terhadap perkembangan teknologi industri masa kini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MIMOS Berhad atas perkongsian ilmu dan kepakaran yang diberikan, serta kepada semua pelajar yang telah memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. ๐Ÿ‘โœจ

EESTW 2026 โ€” Innovate | Sustain | Empower โšก๐ŸŒฑ๐Ÿค

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH PINGAT EMAS DI INTERNATIONAL INNOVATION  AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXH...
14/08/2026

TAHNIAH & SYABAS KEPADA PENERIMA ANUGERAH PINGAT EMAS DI INTERNATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION (iCompEx) 2026

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian dari warga JKE.

PINGAT EMAS ๐Ÿฅ‡ telah diperoleh menerusi inovasi "PropFake AI: Aplikasi Pengesanan Hartanah Palsu Multimodal" di International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2026, di bawah kategori ICT & Multimedia yang telah berlangsung pada 11 hingga 13 Ogos 2026 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah.

Projek inovasi ini telah dihasilkan oleh Dr. Maifuza binti Mohd Amin selaku ketua dan Pn. Azlilawati binti Ishak. Syabas dan tahniah kami ucapkan.

PropFake AI dibangunkan sebagai satu solusi berasaskan Artificial Intelligence (AI) yang mengaplikasikan pendekatan multimodal bagi membantu mengenal pasti dan mengesan kandungan hartanah yang berpotensi palsu atau mencurigakan.

Kejayaan ini ia membuktikan bahawa inovasi berasaskan teknologi dan AI bukan sahaja mampu menyelesaikan cabaran dunia sebenar, malah berpotensi memberi impak kepada keselamatan serta keyakinan pengguna dalam ekosistem digital.

Penghargaan dan terima kasih kepada serta semua rakan-rakan JKE yang telah memberikan sokongan secara langsung dan tidak langsung sepanjang pembangunan PropFake AI.

๐Ÿฅ‡ Gold Medal โ€“ iCompEx 2026
๐Ÿ’ก Innovation: PropFake AI
๐Ÿ’ป Category: ICT & Multimedia

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kami terus berinovasi, mencipta dan menghasilkan solusi teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

From idea to impact.
From innovation to achievement. ๐Ÿš€










PENGHARGAAN LAWATAN PENILAIAN SEMULA INTERIM & CONTINUING ETACRabu, 12 Ogos 2026 โ€“ Setinggi-tinggi kesyukuran, Lawatan P...
13/08/2026

PENGHARGAAN LAWATAN PENILAIAN SEMULA INTERIM & CONTINUING ETAC

Rabu, 12 Ogos 2026 โ€“ Setinggi-tinggi kesyukuran, Lawatan Penilaian Semula Interim & Continuing Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi program-program di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Program-program yang terlibat adalah:
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Jawatankuasa JKE merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen, kerjasama, pengorbanan serta sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak Pengurusan Tertinggi Politeknik Port Dickson, Jawatankuasa terlibat, pensyarah-pensyarah, staf sokongan dan pelajar.

Semoga segala usaha serta penambahbaikan berterusan yang telah dilaksanakan memberi hasil yang cemerlang demi menaikkan mutu pendidikan dan memelihara akreditasi program-program kejuruteraan di Politeknik Port Dickson.

๐Ÿ’ ๐ก๐š๐ซ๐ข lagi Program Penilaian Semula (Interim & Continuing) Akreditasi ETAC pada 12 Ogos 2026.Bersama-sama kita berikan ...
07/08/2026

๐Ÿ’ ๐ก๐š๐ซ๐ข lagi Program Penilaian Semula (Interim & Continuing) Akreditasi ETAC pada 12 Ogos 2026.

Bersama-sama kita berikan yang terbaik demi mengekalkan kecemerlangan program kejuruteraan dan TVET di PPD

Sorotan Majlis Anugerah Ketua Jabatan 2026Majlis Anugerah Ketua Jabatan sesi II 2025/2026 telah berlangsung dengan jayan...
05/08/2026

Sorotan Majlis Anugerah Ketua Jabatan 2026

Majlis Anugerah Ketua Jabatan sesi II 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai 2026 bagi meraikan dan menghargai pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ๐Ÿ’

SLOT 5 EESTW 2026 SELESAI DENGAN JAYANYA!Penutup tirai Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026...
05/08/2026

SLOT 5 EESTW 2026 SELESAI DENGAN JAYANYA!

Penutup tirai Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026 dihangatkan lagi pada sesi pagi Hari Ke-3 (Jumaat, 31 Julai 2026) menerusi perkongsian berkaitan teknologi kenderaan masa depan di Slot 5! ๐Ÿš—โšก๏ธ๐ŸŒฑ

๐Ÿ“Œ Tajuk: Kereta EV : Cabaran dan Peluang Untuk Masa Depan Malaysia Sifar Karbon
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Penceramah: Encik Mohamed Adli bin Adun (Prima Merdu / Mazda)
๐Ÿ“ Lokasi: DK6, Politeknik Port Dickson

๐Ÿ’ก Antara Pengisian Utama Sesi:
-pendedahan teknologi Kenderaan Elektrik (EV) serta peranannya dalam aspirasi Malaysia Sifar Karbon
-cabaran infrastruktur, ekosistem bateri, dan penyelesaian teknologi dalam industri EV tempatan
-peluang kerjaya & kemahiran baharu yang diperlukan oleh graduan kejuruteraan dalam sektor automotif hijau

Satu pengisian yang sangat relegan dan membuka minda para pelajar tentang arah tuju industri automotif negara! Terima kasih diucapkan kepada pihak Prima Merdu (Mazda) dan syabas kepada semua pelajar DEG dan DEQ yang terlibat atas sokongan serta keterujaan sepanjang program! ๐Ÿ™Œโœจ









SLOT 4 EESTW 2026 SELESAI DENGAN JAYANYA!Kemuncak Hari Ke-3 (Jumaat, 31 Julai 2026) Electrical Engineering & Sustainable...
05/08/2026

SLOT 4 EESTW 2026 SELESAI DENGAN JAYANYA!

Kemuncak Hari Ke-3 (Jumaat, 31 Julai 2026) Electrical Engineering & Sustainable Technology Week (EESTW) 2026 dimulakan dengan perkongsian hebat khas buat pelajar kejuruteraan perhubungan menerusi Slot 4! โœˆ๏ธ๐Ÿ“ก

๐Ÿ“Œ Tajuk: Communication System Fundamental in Aviation Industry
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Penceramah: Ir. Ts. Izat Fikri bin Wahab (Alumni JKE PPD | Malaysia Airlines Berhad)
๐Ÿ“ Lokasi: GL1 Prep, Politeknik Port Dickson

๐Ÿ’ก Antara Pengisian Utama Sesi:
-pendedahan asas sistem komunikasi penerbangan & teknologi avionik terkini
-aplikasi praktikal ilmu kejuruteraan elektrik dalam pengoperasian pesawat udara
-inspirasi & perkongsian laluan kerjaya industri penerbangan daripada Alumni JKE PPD

Sesi yang sangat inspiratif dan membakar semangat pelajar! Setinggi-tinggi terima kasih kepada Ir. Ts. Izat Fikri dari Malaysia Airlines Berhad atas kepulangan semula ke alma mater untuk mengembalikan ilmu, serta syabas buat semua pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi yang hadir! ๐Ÿ™Œโœจ







Address

Kampong Si Rusa

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066622043

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jkepolipd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share