Taska Al Baghdadi HQ

Taska Al Baghdadi HQ Perkhidmatan asuhan dan jagaan. Program Pendidikan Al-Quran untuk anak-anak berumur 3 bulan - 4 tahun

Rezeki bukan hanya duit.Rezeki itu kesihatan, anak yang mendengar kata, pasangan yang memahami, rumah yang aman, hati ya...
21/08/2026

Rezeki bukan hanya duit.

Rezeki itu kesihatan, anak yang mendengar kata, pasangan yang memahami, rumah yang aman, hati yang tenang. Kadang Allah tambah rezeki kita bukan di bank… tetapi di hati.

Moga apa yang sedikit jadi cukup, apa yang banyak jadi berkat,
dan setiap sen yang kita belanja jadi jalan ke syurga 💝

20/08/2026

Behind The Scene Road Tour Taska Al Baghdadi di Selangor! 🚗✨

Jom intai sedikit suasana di sebalik tabir sepanjang Road Tour Taska Al Baghdadi Setia Alam ! Terima kasih atas sambutan dan kemeriahan yang diberikan sepanjang road tour ini! 🥰

20/08/2026
🧩 Bermain ialah cara anak belajar tentang dunia.Melalui bermain, anak bukan sahaja bergembira, malah mereka turut membin...
19/08/2026

🧩 Bermain ialah cara anak belajar tentang dunia.

Melalui bermain, anak bukan sahaja bergembira, malah mereka turut membina kemahiran penting seperti:

🧠 Berfikir & menyelesaikan masalah – melalui aktiviti seperti menyusun blok dan bermain imaginasi.
🤝 Kemahiran sosial – belajar berkongsi, menunggu giliran dan bekerjasama.
❤️ Kesejahteraan emosi – meluahkan perasaan, mengurangkan stres dan membina keyakinan diri.
💛 Bermain bukan membuang masa, tetapi proses pembelajaran yang membentuk perkembangan anak secara menyeluruh.

Setiap pelukan yang penuh kasih adalah sebahagian daripada sunnah mendidik.🤍 Pelukan yang ikhlas mampu memberi rasa sela...
17/08/2026

Setiap pelukan yang penuh kasih adalah sebahagian daripada sunnah mendidik.

🤍 Pelukan yang ikhlas mampu memberi rasa selamat, dihargai dan disayangi kepada anak. Kasih sayang yang dizahirkan hari ini akan menjadi kekuatan mereka pada masa hadapan.

Sebagai ibu bapa, kita tak mampu melindungi anak 24 jam.Kita tak selalu ada di sisi mereka. Tapi Allah sentiasa ada seba...
14/08/2026

Sebagai ibu bapa, kita tak mampu melindungi anak 24 jam.

Kita tak selalu ada di sisi mereka. Tapi Allah sentiasa ada sebab itulah doa adalah perisai paling kuat untuk keluarga.

Baca pada anak sebelum tidur. Usap kepala mereka dan bisikkan dalam hati: “Ya Allah, jagalah amanah ini sebaik-baiknya.” 💕

Imbangi Screen Time dan Real Time⚖️ Gajet bukan musuh, tetapi keseimbangan adalah kuncinya.Tetapkan had penggunaan, pili...
12/08/2026

Imbangi Screen Time dan Real Time

⚖️ Gajet bukan musuh, tetapi keseimbangan adalah kuncinya.

Tetapkan had penggunaan, pilih kandungan yang berkualiti dan pastikan ada masa untuk berbual, bermain serta melakukan aktiviti tanpa skrin.

Kenangan terbaik anak selalunya tercipta ketika mereka berinteraksi dengan orang tersayang. 🌿

Jangan hanya sibuk membesarkan anak, tetapi sibuklah membentuk akhlaknya.🌸 Kejayaan sebenar bukan sekadar melihat anak m...
10/08/2026

Jangan hanya sibuk membesarkan anak, tetapi sibuklah membentuk akhlaknya.

🌸 Kejayaan sebenar bukan sekadar melihat anak membesar, tetapi melihat mereka membesar dengan akhlak yang mulia. Kerana akhlak yang baik akan menjadi bekalan sepanjang hayat.

Doa keluarga menjadi penyejuk hatiPenat macam mana pun kita di luar, bila nampak senyuman anak dan pasangan… penat itu h...
07/08/2026

Doa keluarga menjadi penyejuk hati

Penat macam mana pun kita di luar, bila nampak senyuman anak dan pasangan… penat itu hilang sedikit demi sedikit.

Anak yang baik, pasangan yang menenangkan hati, itu semua nikmat dan doa yang Allah makbulkan.

Semoga Allah jadikan keluarga kita penyejuk mata, penenang jiwa, dan jalan menuju syurga. Amin ya Rabb 🤍

Kesan Screen Time📱 Skrin memang boleh menenangkan anak buat seketika, tetapi terlalu banyak screen time boleh memberi ke...
05/08/2026

Kesan Screen Time

📱 Skrin memang boleh menenangkan anak buat seketika, tetapi terlalu banyak screen time boleh memberi kesan kepada perkembangan emosi dan tumpuan mereka.

Anak belajar mengurus emosi melalui interaksi, bukan hanya hiburan di skrin. Seimbangkan penggunaan gajet dengan masa berkualiti bersama keluarga agar mereka membesar dengan lebih sihat dan yakin. 🤍

Address

Suite 13-A2, Wisma Al Baghdadi, Selayang 18 Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
Kampong Selayang
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Al Baghdadi HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share