14/10/2026
๐ข MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah di negeri Melaka akan dibuka dan beroperasi seperti biasa berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di bawah paras 200.
๐
Tarikh kuat kuasa: 15 Oktober 2026 (Khamis)
Sehubungan itu, semua warga sekolah dan ibu bapa dimohon mengambil maklum tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, langkah berjaga-jaga perlu terus diambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.
Sila rujuk kenyataan media Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk maklumat lanjut.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.