Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar Kubang Gendang - MATAB

Maahad Tahfiz  Al-Quran Abu Bakar Kubang Gendang - MATAB Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar terletak di Kubang Gendang, Pasir Mas Kelantan

[ Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri MATAB 2026 ] 18 April 2026 | 29 Syawal 1447HMajlis berjalan penuh warna-warni, dih...
20/04/2026

[ Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri MATAB 2026 ]

18 April 2026 | 29 Syawal 1447H

Majlis berjalan penuh warna-warni, dihiasi senyuman dan kemeriahan yang tak terlupakan. Setiap langkah membawa keceriaan, setiap sudut dipenuhi gelak tawa, menjadikan sambutan ini lebih bermakna buat semua warga sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin pada hari ini akan terus kekal mekar.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Semoga kenangan indah ini menjadi memori yang sentiasa dikenang.

# MATAB CEMERLANG BERSAMA AL QURAN

19/04/2026

✨PERMATA HUFFAZ YANG MEMBANGGAKAN✨

Pihak tahfiz mengucapkan jutaan tahniah kepada saudari Siti Soffiyah binti Mohd Zainuri atas kejayaan memperoleh Johan (Kategori Hafazan dan Tarannum Juzuk 1–10) dalam pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah / 2026.

Sesungguhnya kejayaan ini amat membanggakan pihak sekolah. Diharapkan saudari Soffiyah terus istiqamah dalam menuntut Kalam Allah serta menjadi inspirasi kepada para huffaz di luar sana.

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan untuk terus mendalami ilmu hafazan dengan lebih cemerlang.

Sekali lagi, tahniah diucapkan!

[ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MATAB 2026 ] Assalamualaikum wbt.Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ...
08/04/2026

[ JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MATAB 2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin menjemput kepada semua ibubapa pelajar MATAB KG , MATAB TM , MTBP TM dan MATASRI Salor untuk sama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada :

TARIKH : 18 April 2026
HARI : Sabtu
MASA : 1:30 Tengahari - 4:30 Petang
TEMPAT : Kompleks Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar

Justeru,ibubapa dialu-alukan untuk membawa potluck bagi memeriahkan lagi juadah raya yang akan dikongsikan kepada para pelajar. Bagi ibubapa pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri juga dialu-alukan untuk berkongsi sumbangan bagi juadah raya yang akan disediakan kepada para hadirin dan para pelajar.

Akhirnya, pihak MATAB sekali lagi mengalu-alukan kedatangan daripada pihak ibu bapa dan keluarga pelajar bagi menghangatkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Matab 2026 dengan tangan yang terbuka.

Siruu ala barakatillah.

Sekian terima kasih.

[ AGIHAN BAKUL DAN SAMPUL RAYA PELAJAR MATAB ] Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh warga MAT...
17/03/2026

[ AGIHAN BAKUL DAN SAMPUL RAYA PELAJAR MATAB ]

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada seluruh warga MATAB.

[ TAHNIAH SAUDARA AMMAR MUKHLIS ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]Assalamualaikum Wbt.Pihak Maahad Tahfiz ...
15/03/2026

[ TAHNIAH SAUDARA AMMAR MUKHLIS ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]

Assalamualaikum Wbt.

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Saudara Ammar Mukhlis kerana telah berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran baru-baru ini. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada beliau untuk terus mengulang dan menjaga hafalan Al Quran sehingga ke akhir hayat.

Justeru, Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar juga berharap semoga dengan kejayaan ini dapat meningkatkan semangat dan ketekunan para pelajar yang lain untuk terus menghafal Al Quran sehingga berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk . In sha Allah.

Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Guru Hafiz Al Fadhil Ustaz Nu’man Zaki yang telah bersungguh membimbing dan mendidik para pelajar sehingga berjaya menghabiskan hafazan Al Quran 30 Juzuk. Semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah seorang guru dengan rahmat dan syurgaNya di akhirat kelak. Aamiin

Jazakumullah khairan kathira.

“ Cemerlang Bersama Al Quran”

[ TAHNIAH SAUDARA HAZIQ HAKIMI ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]Assalamualaikum Wbt.Pihak Maahad Tahfiz A...
15/03/2026

[ TAHNIAH SAUDARA HAZIQ HAKIMI ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]

Assalamualaikum Wbt.

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Saudara Haziq Hakimi kerana telah berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran baru-baru ini. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada beliau untuk terus mengulang dan menjaga hafalan Al Quran sehingga ke akhir hayat.

Justeru, Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar juga berharap semoga dengan kejayaan ini dapat meningkatkan semangat dan ketekunan para pelajar yang lain untuk terus menghafal Al Quran sehingga berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk . In sha Allah.

Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Guru Hafiz Al Fadhil Ustaz Ali Ammar yang telah bersungguh membimbing dan mendidik para pelajar sehingga berjaya menghabiskan hafazan Al Quran 30 Juzuk. Semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah seorang guru dengan rahmat dan syurgaNya di akhirat kelak. Aamiin

Jazakumullah khairan kathira.

“ Cemerlang Bersama Al Quran”

[ TAHNIAH SAUDARA DHIYA’ MUHDI ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]Assalamualaikum Wbt.Pihak Maahad Tahfiz A...
15/03/2026

[ TAHNIAH SAUDARA DHIYA’ MUHDI ATAS KEJAYAAN KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN ]

Assalamualaikum Wbt.

Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Saudara Dhiya’ Muhdi kerana telah berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran baru-baru ini. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada beliau untuk terus mengulang dan menjaga hafalan Al Quran sehingga ke akhir hayat.

Justeru, Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar juga berharap semoga dengan kejayaan ini dapat meningkatkan semangat dan ketekunan para pelajar yang lain untuk terus menghafal Al Quran sehingga berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk. In sha Allah.

Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Guru Hafiz Al Fadhil Ustaz Ali Ammar yang telah bersungguh membimbing dan mendidik para pelajar sehingga berjaya menghabiskan hafazan Al Quran 30 Juzuk. Semoga Allah membalas segala usaha dan penat lelah seorang guru dengan rahmat dan syurgaNya di akhirat kelak.

Jazakumullah khairan kathira.

“ Cemerlang Bersama Al Quran”

09/03/2026

[ LENSA MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ]

[ MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ] Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran  dipanjatkan ke hadra...
09/03/2026

[ MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Majlis Iftar Perdana MATAB Peringkat Sekolah serta penyampaian sumbangan Bakul Ramadhan & Zakat kepada golongan asnaf telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Kami selaku Pihak Pengurusan MATAB ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, para penyumbang, jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga sekolah yang telah hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Sesungguhnya kehadiran dan sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam menyantuni para pelajar kita, khususnya dalam bulan ramadan yang penuh rahmat ini.

Semoga segala sumbangan dan usaha yang diberikan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Terima kasih atas komitmen dan kebersamaan yang ditunjukkan. Mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin ini terus kukuh demi kebaikan dan kebajikan anak-anak didik kita.

Syukran jazakumullah khairan jaza’

“ Matab Cemerlang Bersama Al Quran “

[ JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ] Assalamualaikum wbt.Dengan sukacita Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bak...
24/02/2026

[ JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR PERDANA MATAB 2026 ]

Assalamualaikum wbt.

Dengan sukacita Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Abu Bakar ingin menjemput semua ibubapa pelajar MATAB untuk sama-sama hadir ke Majlis Iftar Perdana 2026 sepertimana berikut :

- TARIKH : 7 MAC 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H
- HARI : Sabtu
- MASA : 5:30 Petang - 10:30 Malam

Diharapkan juga supaya ibubapa dapat hadir untuk Majlis Berbuka Puasa dan bersedia untuk solat terawih berjemaah di sekolah.

Justeru,semoga makluman Majlis Berbuka Puasa kali ini mendapat perhatian daripada ibubapa untuk sama-sama menghadirkan diri ke majlis yang berkah iaitu berbuka puasa dan solat berjemaah bersama dengan anak-anak pelajar.Semoga ikatan ukhwah sentiasa terjalin diantara pihak ibubapa,pihak sekolah dan para pelajar.

📝 MAKLUMAN PENTING :

1. Ibubapa digalakkan untuk membawa pakaian solat dan sejadah masing-masing.
2. ⁠Menu utama untuk berbuka disediakan oleh pihak sekolah justeru ibubapa digalakkan untuk membawa ‘potluck’ atau kuih muih sebagai menu sampingan untuk berbuka dan juadah moreh.
Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak. Siiruu ala barakatillah.

[ MAJLIS PENUTUP PESTA KOKURIKULUM MATAB 2026 ] Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih atas kerjasama ...
12/02/2026

[ MAJLIS PENUTUP PESTA KOKURIKULUM MATAB 2026 ]

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak.

Address

Maahad Tahfiz Abu Bakar Kubang Gendang
Kampong Pasir Mas
17050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar Kubang Gendang - MATAB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Abu Bakar Kubang Gendang - MATAB:

Shortcuts

Share