23/07/2026
🌿 PROGRAM GENERASI WAWASAN MBMB 2026 🌿
📅 Tarikh: 21 Julai 2026
SK Pantai Kundor telah berbesar hati menjadi tuan rumah bagi Program Generasi Wawasan MBMB 2026, sebuah program yang bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan kelestarian alam sekitar, amalan hidup bersih serta semangat cintakan kehijauan.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran para tetamu kehormat:
✨ Encik Azhar bin Ahmad, Penyelaras DUN merangkap Pengerusi JPKK Kampung Gelam selaku wakil YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hasim
✨ Wakil Japerun Pantai Kundor
✨ Wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
✨ Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
✨ Wakil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka
✨ Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pantai Kundor
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya:
🌱 Persembahan Boneka oleh murid-murid Tahun 1
🌱 Gimik Penanaman Pokok
🌱 Sesi Serahan Sumbangan Meja dan Kerusi Taman daripada MBMB
🌱 Aktiviti interaktif bersama MBMB
🌱 Ceramah Kesedaran Pengurusan Sisa dan Kebersihan oleh SWCorp Negeri Melaka
Semoga program ini dapat menyemai nilai tanggungjawab, semangat bekerjasama dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri setiap warga sekolah demi melahirkan generasi yang lebih prihatin, berilmu dan berwawasan.
💚 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hasim, Japerun Pantai Kundor, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, SWCorp Negeri Melaka, PIBG SK Pantai Kundor, serta semua guru, murid, ibu bapa dan individu yang telah memberikan kerjasama, sumbangan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan jasa yang dicurahkan menjadi inspirasi ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih hijau, ceria dan lestari.
"Bersama Memupuk Generasi Berwawasan, Membina Alam Sekitar yang Lestari." 🌳💚