Sek Ren SRI Al-Amin NILAI

Sek Ren SRI Al-Amin NILAI Waktu Urusan Pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 AM - 5.00 PM
8.00 AM - 3.30 PM (Selasa)

Waktu Urusan Pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 AM - 5.00 PM
8.00 AM - 3.30 PM (Selasa)

Rehat
Isnin-Jumaat
10.00 AM - 10.30 AM
1.00 PM - 2.00 PM
12.45 PM - 2.30 PM (Jumaat)

17/08/2026
โœจ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas kejayaan yang membanggakan.Semoga pencapaian ini menjadi inspiras...
05/08/2026

โœจ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas kejayaan yang membanggakan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Al-Amin untuk terus berusaha, berani mencabar potensi diri dan melonjakkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah.

๐Ÿ… International Science and Technology Competition 2026
Silver Award โ€“ Turbo Sifir: Making Multiplication Fun, Meaningful and STEM Ready

Sumayyah binti Mohd Shamsudin
Sharifah Nur Alya Faqihah binti Syed Munawir
Saifullah bin Mohd Shamsudin

๐Ÿ… 14th HIPPO English Without Borders โ€“ The Contest

Preliminary Round: Suhail bin Mohd Shamsudin (Baby Category)
National Finals:
Saifullah bin Mohd Shamsudin (Little Hippo Category)
Sumayyah binti Mohd Shamsudin (Hippo 1 Category)

Semoga Allah SWT terus memberkati setiap usaha dan mengurniakan lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

"MEMBINA GENERASI RABBANI" ๐Ÿ’š

โœจ PROGRAM PELANCARAN NILAM & JUALAN BUKU 2026 ๐Ÿ“š"Membaca Membina Minda, Ilmu Membentuk Insan."Alhamdulillah, Program Pela...
30/07/2026

โœจ PROGRAM PELANCARAN NILAM & JUALAN BUKU 2026 ๐Ÿ“š

"Membaca Membina Minda, Ilmu Membentuk Insan."

Alhamdulillah, Program Pelancaran NILAM dan Jualan Buku 2026 dengan kerjasama ASUH telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Rendah Agama Sri Al-Amin.

Program ini diadakan sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca serta memupuk minat murid terhadap ilmu melalui pelbagai bahan bacaan yang berkualiti. Selain memberi peluang kepada murid menambah koleksi buku, program ini turut menyemai amalan membaca sebagai budaya hidup yang akan menjadi bekalan sepanjang hayat.

Firman Allah SWT:

๏ดฟุงู‚ู’ุฑูŽุฃู’ ุจูุงุณู’ู…ู ุฑูŽุจูู‘ูƒูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ๏ดพ

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."
(Surah Al-'Alaq: 1)

Semoga usaha ini menjadi titik permulaan dalam melahirkan generasi yang cintakan ilmu, berfikiran kritis, berakhlak mulia dan sentiasa menjadikan membaca sebagai amalan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak ASUH, warga sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

"MEMBINA GENERASI RABBANI" ๐Ÿ’š

โœจ SOROTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-13 โœจ๐Ÿ“… 18 Julai 2026 | 3 Safar 1448HAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG...
25/07/2026

โœจ SOROTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-13 โœจ

๐Ÿ“… 18 Julai 2026 | 3 Safar 1448H

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-13 Sesi 2025/2026 Sekolah Rendah Agama Sri Al-Amin telah berlangsung dengan jayanya.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, tilawah al-Quran serta ucapan daripada Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG. Turut dibentangkan laporan aktiviti dan kewangan PIBG, perancangan belanjawan, serta sesi perbahasan usul yang memberi ruang kepada ibu bapa menyampaikan pandangan demi penambahbaikan sekolah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada guru dan jurulatih atas kecemerlangan akademik dan kokurikulum, diikuti pembubaran jawatankuasa lama serta pelantikan AJK PIBG Sesi 2026โ€“2028. Suasana majlis diakhiri dengan cabutan bertuah yang menambahkan lagi kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa, guru dan warga sekolah atas kehadiran, sokongan serta komitmen yang diberikan. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan AJK PIBG yang baharu dilantik. Semoga jalinan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi melahirkan generasi yang cemerlang dengan taqwa, unggul dengan akhlak dan mantap dengan ilmu.

"MEMBINA GENERASI RABBANI" ๐Ÿ’š

JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS & BAHASA ARAB
20/07/2026

JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS & BAHASA ARAB

Doakan kejayaan atlet-atlet olahraga sekolah. Doakan kelancaran kaki mereka berlari laju๐Ÿคฒ๐Ÿป.
20/07/2026

Doakan kejayaan atlet-atlet olahraga sekolah. Doakan kelancaran kaki mereka berlari laju๐Ÿคฒ๐Ÿป.

JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS
03/07/2026

JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS

KEMBARA UMRAH TARBAWI (9H7M/1448H) AL-AMIN NILAIโœˆ๏ธ Flight Premium | Etihad Airways๐Ÿ“ 7 - 15 November 2026 (9H7M)๐๐„๐๐†๐ˆ๐๐€๐๐€...
27/06/2026

KEMBARA UMRAH TARBAWI (9H7M/1448H) AL-AMIN NILAI

โœˆ๏ธ Flight Premium | Etihad Airways
๐Ÿ“ 7 - 15 November 2026 (9H7M)

๐๐„๐๐†๐ˆ๐๐€๐๐€๐
- โ–ช๏ธTaif : Shahad Al Taif , 1 malam.
- โ–ช๏ธMekah : Nada Al Deafah, Ajyad @ setaraf, 3 malam, 250 meter.
- โ–ช๏ธMadinah : Dar Al Naem @ setaraf, 3 malam, 200 meter.

HARGA PAKEJ (DEWASA)
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Quad (4 orang sebilik) = RM7,090
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Triple (3 orang sebilik) = RM7,590
๐Ÿ‘ซ Double (2 orang sebilik) = RM8,090

โ–ช๏ธBagi yang sudah ada visa, penolakan RM500/pax
โ–ช๏ธDeposit RM1000/seorang

๐Ÿ“ Daftar Sekarang
Pendaftaran Pakej Umrah Al-Amin Nilai 2026 - (https://bit.ly/4tLsAGn)

๐Ÿ“ž Tempat adalah terhad.
Daftar segera sebelum tarikh tutup!

๐Ÿค Setiap penyertaan anda juga merupakan sumbangan bagi Projek Dana Pembangunan Al-Amin Nilai.

๐Ÿคฒ โ€œYa Allah, jemputlah kami menjadi tetamu-Mu di Tanah Suci.โ€

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Team Bola Jaring dan kuatkan fizikal,mental dan emosi anak-anak sepanjang ...
24/06/2026

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Team Bola Jaring dan kuatkan fizikal,mental dan emosi anak-anak sepanjang perlawanan.

Semoga satu pengalaman paling berharga buat mereka.

Address

PT 12985, Jalan BBN 1/7E, PUTRA POINT, BDR BARU NILAI
Kampong Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6068508322

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sek Ren SRI Al-Amin NILAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sek Ren SRI Al-Amin NILAI:

Shortcuts

Share