TVPSS SMKPedu

TVPSS SMKPedu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TVPSS SMKPedu, School, Kampong Lubok Merbau.

30/07/2026

KUALA NERANG – Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Jabatan Komunikasi Korporat (JKK) melaksanakan Program Jalinan Mesra di Sekolah Menengah...

*KEPUTUSAN KEJOHANAN MSSD BOLA BALING*Syabas buat wira-wira SMK Pedu! πŸ₯‰ Walaupun pertempuran sengit berakhir dengan gang...
30/07/2026

*KEPUTUSAN KEJOHANAN MSSD BOLA BALING*

Syabas buat wira-wira SMK Pedu! πŸ₯‰ Walaupun pertempuran sengit berakhir dengan gangsa, semangat juang kalian bersinar terang. Terima kasih atas sokongan padu, ia menjadi tunjang kekuatan kami. πŸ†πŸ’ͺ✨

*πŸ† LAPORAN KEPUTUSAN KARNIVAL ASRAMA HARIAN DAERAH PADANG TERAP 2026 πŸ†*πŸ“… Tarikh: 27 Julai 2026πŸ“ Tempat: SMK Naka & Dewan...
29/07/2026

*πŸ† LAPORAN KEPUTUSAN KARNIVAL ASRAMA HARIAN DAERAH PADANG TERAP 2026 πŸ†*

πŸ“… Tarikh: 27 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SMK Naka & Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang

Alhamdulillah, kontinjen Asrama sekolah Smk Pedu telah berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dalam Karnival Asrama Harian Daerah Padang Terap Tahun 2026.

πŸ₯‰ Sepak Takraw – *Tempat Ketiga*

🏸 Beregu Badminton Perempuan – *Tempat Keempat*

🎀 Nyanyian Duet – *Tempat Kelima*

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring atas segala usaha, komitmen serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang karnival berlangsung. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

29/07/2026

Momen santai bersama team TVPSS SMK Pedu, tawa kami menghiasi hari ini. πŸ˜ŠπŸ˜‚πŸ™

Syukur Alhamdulillah, pasukan robotik SMKPedu telah mengukir nama di persada negeri Kedah, meraih johan dalam pertanding...
26/07/2026

Syukur Alhamdulillah, pasukan robotik SMKPedu telah mengukir nama di persada negeri Kedah, meraih johan dalam pertandingan robotik. πŸŽ‰ Kemenangan ini bukan sekadar piala, tetapi juga inspirasi yang menyala. ✨ Semoga terus cemerlang! πŸ€–

Seronoknya dapat merakam suasana penyerahan wang KWAPM untuk pelajar yang layak! Lepas ni, waris dah boleh bawa anak-ana...
23/07/2026

Seronoknya dapat merakam suasana penyerahan wang KWAPM untuk pelajar yang layak! Lepas ni, waris dah boleh bawa anak-anak pulang. Semoga bermanfaat untuk semua! πŸ₯³πŸ“šβœ¨

Mantap Tahniah SMK Pedu
23/07/2026

Mantap Tahniah SMK Pedu

*LAPORAN KEPUTUSAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK PEDU U15 PERINGKAT MSSD PADANG TERAP TAHUN 2026*Assalamualaikum dan salam se...
09/07/2026

*LAPORAN KEPUTUSAN PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK PEDU U15 PERINGKAT MSSD PADANG TERAP TAHUN 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Pasukan Sepak Takraw Pedu U15 telah berjaya menamatkan kejohanan Sepak Takraw MSSD Padang Terap yang bertempat di Smk Naka pada 8 Julai 2026 hingga 9 Julai 2026 dengan keputusan berikut:

πŸ₯‰ Tempat Ketiga: *Pedu B U15*
πŸ… Tempat Kelima: *Pedu A U15*

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih serta pegawai pasukan atas komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi pada pertandingan akan datang.

Address

Kampong Lubok Merbau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVPSS SMKPedu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category