09/09/2026
PROGRAM SAFE โ PERTANDINGAN SUDUT ANTI BULI DALAM KELAS
Sebagai salah satu usaha sekolah dalam menjayakan Program SAFE, pihak sekolah telah melaksanakan pertandingan menyediakan Sudut Anti Buli di setiap kelas. Pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada gejala buli melalui penglibatan aktif murid.
Sudut Anti Buli yang disediakan dalam kelas memaparkan maklumat, peringatan, slogan dan mesej kesedaran berkaitan buli. Pendekatan ini diharapkan dapat menjadikan maklumat berkaitan buli lebih dekat dengan murid dan sentiasa dapat dilihat dalam kehidupan seharian mereka di dalam kelas.
Semoga kewujudan sudut ini menjadi peringatan berterusan kepada murid agar sentiasa menghormati rakan, menjaga tutur kata dan tingkah laku serta tidak terlibat dalam sebarang bentuk perlakuan buli. Usaha ini juga diharapkan dapat membudayakan nilai saling menghormati, prihatin dan mengambil berat antara warga sekolah, seterusnya mewujudkan sekolah yang selamat, penyayang dan bebas daripada buli.