Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat

Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat

Share

✨GENERASI MEMBINA RABBANI✨

Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 12/04/2026

KENANGAN INDAH JAMUAN HARI RAYA PASTI AS-SYAKIRIN ✨🌙

Alhamdulillah, majlis Jamuan Hari Raya PASTI As-Syakirin telah berlangsung dengan penuh ceria, meriah dan harmoni.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa, guru-guru serta warga PASTI As-Syakirin atas segala usaha, sumbangan dan kerjasama yang dicurahkan bagi menjayakan majlis ini.

Sesungguhnya, kemeriahan ini bukan hanya pada makanan dan suasana, tetapi pada semangat kebersamaan yang terjalin antara kita semua.

Semoga ukhwah terus mekar dan Aidilfitri ini membawa seribu rahmat serta kegembiraan buat seluruh warga PASTI.

31/03/2026
21/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ceria anak-anak PASTI yang dikasihi semua 😊

Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan bulan Syawal yang penuh kegembiraan. PASTI Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anak-anak PASTI yang hebat dan comel belaka!

Hari raya adalah masa untuk kita bergembira, saling bermaaf-maafan dan menghargai keluarga serta guru-guru yang menyayangi kita.

Jangan lupa untuk terus amalkan sikap baik seperti yang dipelajari sepanjang bulan Ramadan. Rajin solat, hormat ibu bapa, dengar cakap guru dan sentiasa berbuat baik kepada kawan-kawan.

Semoga anak-anak semua membesar menjadi insan yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Kami semua di PASTI Perak sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak semua.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! 🎉

21/03/2026

SELAMAT BERCUTI BUAT ANAK-ANAK PASTI PERAK

Sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H dan cuti penggal 1, PASTI Perak akan bercuti bermula 18 Mac sehingga 29 Mac ya.

Jaga diri baik-baik. Jangan main mercun. Jaga keselamatan diri.Lepas habis cuti kita jumpa semula ya.

Sayang semua.


Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 18/01/2026

✨ GOTONG-ROYONG PAS CAWANGAN TG KERAMAT ✨

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, anak-anak muda, para penyumbang tenaga serta para penyumbang dana yang telah bersama-sama menjayakan Gotong-Royong Baik Pulih Dapur PAS Cawangan serta Penambahan Kantin PASTI As Syakirin pada hari ini.

Penghargaan khusus juga dititipkan buat muslimat yang telah menyediakan makanan ringan untuk para petugas gotong-royong.
Sumbangan tenaga, masa dan rezeki yang dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi pembakar semangat sepanjang program berlangsung. 🌸

Segala usaha, titik peluh dan kerjasama yang diberikan amat bermakna demi menyediakan persekitaran yang lebih selesa, bersih dan selamat untuk kegunaan anak-anak PASTI.

Semoga setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dibalas dengan ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT.✨🤲🏻

Terima kasih atas sokongan semua. ✨😊


Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 21/12/2025

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT, Majlis Berkhatan dan Tahlil Perdana yang diadakan pada 21 Disember 2025 di PASTI As-Syakirin telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ibu bapa dan komuniti setempat.

Kami Jawatankuasa PASTI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat, termasuk para sukarelawan, guru-guru, serta semua yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program ini. Tidak lupa juga kepada semua peserta dan keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana.

Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, masa, dan tenaga. Tanpa anda semua, program ini tidak mungkin dapat dijalankan dengan begitu baik.

Semoga ukhwah yang terjalin sepanjang program ini akan terus kukuh, dan semoga kita semua dapat terus berusaha dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk kebaikan bersama.






Photos from PASTI Tapah's post 21/12/2025

Terbaik✨👍🏻👍🏻

Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 14/12/2025

Program akan datang‼️😊

Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 14/12/2025

🎖️ PENYAMPAIAN PENGHARGAAN & TANDA KENANGAN 🎖️

Setulus penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh guru-guru PASTI As-Syakirin, barisan AJK pelaksana, serta perasmi majlis, Ustaz Abdul Muhaimin bin Malek, Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah atas komitmen, sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai dalam menjayakan Majlis Anugerah Prestasi PASTI As-Syakirin 2025.

Penghargaan ini adalah simbol terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik serta membimbing anak-anak PASTI ke arah kecemerlangan.

Semoga segala jasa dan usaha ini dibalas dengan ganjaran terbaik oleh Allah SWT. 🤲

🌱 Membina Generasi Rabbani 🌱



Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 14/12/2025

🏆 Penyampaian Anugerah Prestasi 🏆

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang menerima Anugerah Prestasi atas usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan sepanjang sesi persekolahan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, berakhlak mulia dan cemerlang dunia serta akhirat.

✨ Anak-anak PASTI, kalian semua adalah kebanggaan kami ✨



Photos from Pasti As-Syakirin Kg Tg Keramat 's post 14/12/2025

📸 Sekitar Lensa Majlis

Antara momen-momen indah dan kenangan manis sepanjang Majlis Anugerah Prestasi PASTI As-Syakirin 2025.

Wajah ceria anak-anak, senyuman ibu bapa dan dedikasi para guru menjadi bukti kejayaan sebuah majlis yang penuh makna.

Kenangan hari ini, memori indah untuk masa hadapan 💚



Want your school to be the top-listed School/college in Kampong Langkap?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Belakang Masjid As-Salam , Kampung Tanjung Keramat
Kampong Langkap
36700

Opening Hours

Monday 07:15 - 13:00
Tuesday 07:15 - 13:00
Wednesday 07:15 - 13:00
Thursday 07:15 - 13:00
Friday 07:15 - 12:00