14/09/2026
NIAT ASAL NAK LARI 5KM, SEKALI BAWAK BALIK AIRCOND! π₯
Minggu lepas sewaktu perbincangan meja bulat bersama rakan strategik kami di Pejabat Belia & Sukan Hilir Perak, ada seorang staf berseloroh.
"Admin, kalau buat larian kali ini, bukan setakat dapat sihat... buatlah cabutan bertuah yang betul-betul orang nak bawa balik rumah!"
Jadi, sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Hilir Perak, kami dengar cadangan itu dan bawakan khas untuk anda: LARIAN RIA MADANI 2026!
Bukan sekadar larian santai 5 KM mengelilingi keindahan bandar Teluk Intan bersama keluarga dan sahabat handai, tapi hadiah cabutan bertuah kali ini memang luar biasa. Antara yang menanti anda termasuklah Jam Garmin, Aircond 1.0hp, Scooter Elektrik, Basikal, Pakej Percutian Teluk Intan, dan pelbagai hamper menarik!
Bagi anda yang ingin bermula gaya hidup sihat, larian 5 KM adalah jarak terbaik untuk membina stamina jantung tanpa meletihkan badan secara berlebihan. Tambahan p**a, berlari secara beramai-ramai dalam suasana ceria dapat merangsang hormon endorfin yang mengurangkan tekanan harian.
Berikut adalah perincian acara:
π
Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
β° Masa: 7:00 pagi - 11:00 pagi
π Lokasi: Padang Speedy Teluk Intan, Perak
π° Pendaftaran Early Bird terhad untuk 500 peserta terawal sahaja!
Jangan tunggu sampai slot early bird habis. Ajak suami, isteri, anak-anak, dan kawan-kawan tempat kerja sekali!
π Maklumat yuran penyertaan dan pautan pendaftaran rasmi telah kami sediakan di ruangan komen di bawah.
Dah bersedia nak sarung kasut sukan anda? Cer komen, siapa yang paling teruja nak menang Aircond atau Jam Garmin tu? π