07/07/2023
ASEAN adalah persatuan yang berasal daripada Asia Tenggara, dan ahli asalnya adalah sebanyak sepuluh buah negara iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Laos. ASEAN ditubuhkan bertujuan untuk mempromosikan kerjasama politik, ekonomi, sosial, dan kebudayaan di antara negara.
Negara ialah suatu wilayah atau daerah yang wujud di permukaan bumi, di mana terdapat kerajaan yang menguruskan ekonomi, politik, masyarakat, budaya, pertahanan keselamatan dan sebagainya dan kerajaan adalah bebas dan tidak diperintah oleh kerajaan lain.
Bangsa merupakan satu jenis manusia daripada asal satu keturunan, pengetahuan mengenai cara kehidupan seperti adat resam dan lain-lain sesuatu bangsa dan kump**an manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
Negara bangsa p**a bermaksud masyarakat politik yang warga negaranya termasuk dalam wilayah dengan lambang kewibawaan yang dijadikan asas untuk memupuk semangat patriotisme, kebanggaan, dan jati diri. Melalui konsep negara bangsa, semua masyarakat mendukung sebuah bangsa dan negara yang berdiri di atas satu identiti nasional yang sama yang dijelmakan dalam idea, nilai sosiobudaya, simbol, dan sentiasa menjunjung semangat kemanusiaan dan semangat kerohanian yang harmoni.