07/10/2019
Alhamdulillah... Kem Road To Tahfiz 2019 menutup tirai..
Semoga setiap yang dikongsikan kepada adik-adik peserta dapat diamalkan dan semua berjaya menjalani temuduga untuk masuk ke Maahad Tahfiz pilihan masing-masing..
JQ Training And Consultancy sebagai penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Road To Tahfiz 2019.. Alhamdulillah peserta dari pelbagai daerah dan negeri. (Paling jauh dari Seremban)
Ini adalah inisiatif dari kami untuk membantu adik-adik lepasan UPSR yang berhasrat menyambung pengajian di Institusi Tahfiz supaya mereka merasai pengalaman awal bagaimana kehidupan sebagai seorang pelajar Tahfiz dan didedahkan kaedah hafazan yang boleh digunapakai serta tips .
Alhamdulillah kami dapat respon yang sangat positif dari peserta dan ibu bapa. Ini adalah kem akhir anjuran JQ pada tahun 2019 Doakan tahun depan JQ dapat menganjurkan R2T2020 dengan pengisian yang lebih menarik. InsyaAllah.
Didoakan adik-adik peserta menjadi huffaz yang cemerlang dan meneruskan dakwah Rasulullah SAW