SK KUALA SETIU

Call Directions Website Contact the school

SK KUALA SETIU Perkongsian tentang program SK Kuala Setiu

🌟 TAHNIAH, ANAK-ANAK SK KUALA SETIU! 🌟Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Kuala Setiu...
25/09/2026

🌟 TAHNIAH, ANAK-ANAK SK KUALA SETIU! 🌟

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Kuala Setiu yang telah berjaya khatam al-Quran. πŸ“–βœ¨

πŸ’š Muhammad Harraz Azfar bin Mat Sim @ Mat Hussin β€” 3 Mawar
πŸ’š Amin Haikal bin Mohd Arif β€” 6 Mawar
πŸ’š Nur Adriana Zafirah binti Enche Mahadhir β€” 6 Mawar
πŸ’š Aliff Harith bin Che Razali β€” 6 Mawar

Semoga pencapaian ini menjadi permulaan untuk terus istiqamah membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

Moga al-Quran sentiasa menjadi sahabat, panduan dan cahaya dalam setiap langkah kalian. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Teruskan melangkah bersama al-Quran.
πŸ“– Baca β€’ Fahami β€’ Amalkan β€’ Sebarkan

πŸ•Œβœ¨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK KUALA SETIU 2026/1448H βœ¨πŸ•ŒπŸ“… Rabu | 9 September 2026Alhamdulillah, Sambutan Maulid...
25/09/2026

πŸ•Œβœ¨ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK KUALA SETIU 2026/1448H βœ¨πŸ•Œ

πŸ“… Rabu | 9 September 2026

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Kuala Setiu telah berlangsung dengan penuh meriah dan penghayatan, berteraskan tema β€œMadani Dihayati, Ummah Diberkati.” πŸ’š

Antara pengisian sambutan ialah perarakan Maulidur Rasul, ceramah serta Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul yang memberi peluang kepada murid menzahirkan kreativiti dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. πŸŒ™βœ¨

Pelbagai sepanduk telah dihasilkan dengan penuh warna-warni dan kreativiti, membawa mesej selawat, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta nilai-nilai murni yang menjadi teladan sepanjang zaman. πŸŽ¨πŸ•Œ

Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, tetapi dapat menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian. 🀲🏻

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ο·Ί

πŸ’š Cinta Rasul, Cahaya Hidup Kita.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€ PERTANDINGAN SAJAK & NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸŽΆπŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Bulan Kemerdekaan 20...
25/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€ PERTANDINGAN SAJAK & NYANYIAN LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026 πŸŽΆπŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2026, SK Kuala Setiu telah mengadakan Pertandingan Sajak dan Nyanyian Lagu Patriotik sebagai salah satu aktiviti menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan murid. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Program ini menjadi ruang untuk murid menyerlahkan bakat, membina keyakinan diri serta menzahirkan semangat patriotisme melalui bait-bait sajak dan alunan lagu yang penuh penghayatan. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ† PERTANDINGAN SAJAK

πŸ₯‡ Johan
Qisya Zulaikha binti Mohd Zulkifli

πŸ₯ˆ Naib Johan
Nur Nia Qalesya binti Azlan

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
Muhammad Aqil Arsyad bin Azlan

🎢 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

πŸ₯‡ Johan – Kump**an BETA
✨ Nur Adriana Zafirah binti Enche Mahadhir
✨ Puteri Nur Rosmarina Hanania binti Rosmadi
✨ Muhammad Aqil Arsyad bin Azlan

πŸ₯ˆ Naib Johan – Kump**an ZETA
✨ Muhammad Syazwi Muiz bin Mohd Suhaefizol
✨ Muhammad Firas bin Roslan
✨ Muhammad Harraz Azfar bin Mat Sim @ Mat Hussin
✨ Che Muhammad Afiq Taqiyuddin bin Suhilmi
✨ Muhammad Adha bin Azlan

πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Kump**an ALPHA
✨ Nurul Hamizan binti Hassan
✨ Siti Sarah binti Abdullah

πŸ‘πŸ» Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik. Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa anak-anak SK Kuala Setiu.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka di hati, Malaysia di jiwa!

🌿 Terima kasih Perpustakaan Desa PNM Kg Gong Batu Setiu Terengganu atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada SK Ku...
24/09/2026

🌿 Terima kasih Perpustakaan Desa PNM Kg Gong Batu Setiu Terengganu atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada SK Kuala Setiu untuk bersama-sama menjayakan Program Inovasi Hijau: Jom Menanam Pokok Bunga.

Semoga jalinan kerjasama ini terus memberi manfaat kepada murid serta menyemai rasa cinta dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Terima kasih Pustaka Desa dan Majlis Daerah Setiu atas kolaborasi yang bermakna ini. 🀝




MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026Tarikh : 17 September 2026Hari : KhamisMasa : 7.45 pagi - 12.30 tengahariTempat :...
17/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026

Tarikh : 17 September 2026
Hari : Khamis
Masa : 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Tok Setiu dan Dataran SKKS

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MENYERTAI SEMUA PERTANDINGAN YANG TELAH DIANJURKAN SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN INI.

1. Pertandingan Hias Kelas Sempena Bulan Kemerdekaan
2. Pertandingan Nyanyian dan Sajak Sempena Merdeka
3. Pertandingan Fashion Show Bertemakan Futuristik
4. Pertandingan Basikal Berhias Sempena Kemerdekaan ke 69
5. Pertandingan Kolaj dan Quilling Bendera Malaysia

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA PESERTA BULAN KEMERDEKAAN 2026! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah atas semangat, keberanian, kreativiti, kerjasama dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang disertai. Tidak kira menang atau kalah, setiap penyertaan tetap menjadi satu pengalaman yang berharga dan membanggakan.

πŸ† Tahniah kepada para pemenang!
πŸ‘ Syabas kepada semua peserta!
🌟 Terima kasih kepada semua murid yang telah memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

Terima kasih dan tahniah buat semua! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›






MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026Tarikh : 17 September 2026Hari : KhamisMasa : 10.45 pagiAcara : Pertandingan Fash...
17/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026

Tarikh : 17 September 2026
Hari : Khamis
Masa : 10.45 pagi
Acara : Pertandingan Fashion Show Futuristik

βœ¨πŸš€ **TAHNIAH BUAT SEMUA PESERTA FASHION SHOW FUTURISTIK!** πŸš€βœ¨

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Fashion Show Futuristik sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Tahniah atas keberanian, kreativiti dan keyakinan yang ditampilkan di pentas! πŸ‘πŸŒŸ Setiap busana yang diperagakan begitu unik, kreatif dan penuh imaginasi, membuktikan bahawa anak-anak kita mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa dengan idea yang kreatif.

πŸ† Tahniah kepada para pemenang!
πŸ‘ Syabas kepada semua peserta yang mengambil bahagian!

Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, kerana keberanian untuk mencuba, keyakinan untuk tampil dan kesungguhan untuk berkarya itulah yang paling bermakna.

Teruskan mencipta, teruskan berkarya dan teruskan melangkah dengan penuh keyakinan! 🌟

πŸ‡²πŸ‡Ύ **Merdeka! Merdeka! Merdeka!** πŸ‡²πŸ‡Ύ






MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026Tarikh : 17 September 2026Hari : KhamisMasa : 7.45 pagiAcara : Pertandingan Basik...
17/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2026

Tarikh : 17 September 2026
Hari : Khamis
Masa : 7.45 pagi
Acara : Pertandingan Basikal Berhias

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Basikal Berhias sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2026. πŸŽ‰πŸš²πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah atas kreativiti, kesungguhan dan semangat patriotik yang ditunjukkan dalam menghias basikal dengan penuh warna-warni dan idea serta rekacipta yang menarik. Setiap penyertaan mencerminkan semangat cintakan negara, kreativiti serta kerjasama yang begitu bermakna.

πŸ† Tahniah kepada para pemenang!
πŸ‘ Syabas kepada semua peserta!
🌟 Sesungguhnya, setiap penyertaan adalah satu kebanggaan dan setiap usaha amat dihargai.

Semoga semangat Malaysia MADANI, rasa cinta akan negara dan semangat perpaduan terus subur dalam jiwa kita semua.

β€œKibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat kemerdekaan!” πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ






✨ SEMARAK BULAN KEBANGSAAN SK KUALA SETIU 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎBulan Kebangsaan kembali dengan pelbagai aktiviti menarik! β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€Kali i...
07/09/2026

✨ SEMARAK BULAN KEBANGSAAN SK KUALA SETIU 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bulan Kebangsaan kembali dengan pelbagai aktiviti menarik! β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€
Kali ini, bukan sekadar meraikan kemerdekaan, tetapi memberi ruang kepada anak-anak SK Kuala Setiu untuk menyerlahkan bakat, kreativiti, keyakinan dan semangat cintakan negara.

🎀 Pertandingan Nyanyian & Sajak Merdeka
🎨 Pertandingan Kelas Jiwa Merdeka
🚲 Pertandingan Basikal Berhias
πŸš€ Fashion Show Bertemakan Futuristik

Ada yang bakal memukau dengan suara dan penghayatan, ada yang menceriakan kelas dengan jiwa patriotik, ada yang mengayuh penuh gaya, dan ada p**a yang membawa kita melihat imaginasi Malaysia masa hadapan! 🀩

Buat semua murid, inilah pentas kalian.
Berani mencuba, berani berkarya dan berani menyerlah! 🌟

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa memberi sokongan, idea dan tenaga dalam menjayakan setiap aktiviti anak-anak. ❀️

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Semarakkan jiwa merdeka, suburkan rasa cinta kepada tanah air.

πŸ“ SK Kuala Setiu





πŸ†SUKAN KOMUNITI SK KUALA SETIU TAHUN 2026πŸ†Alhamdulillah, telah berlangsung Sukan Komuniti SK Kuala Setiu Tahun 2026 yang...
26/08/2026

πŸ†SUKAN KOMUNITI SK KUALA SETIU TAHUN 2026πŸ†

Alhamdulillah, telah berlangsung Sukan Komuniti SK Kuala Setiu Tahun 2026 yang menghimpunkan warga sekolah serta komuniti setempat dalam suasana penuh meriah, ceria dan semangat kesukanan. πŸ’ͺπŸ»πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈ

πŸ“… Tarikh: 24 Ogos 2026
πŸ“ Hari: Isnin
🏫 Tempat: SK Kuala Setiu

Antara acara yang dipertandingkan ialah:

πŸ₯‡ Lontar Peluru – Lelaki Terbuka
πŸ₯‡ Lontar Peluru – Perempuan Terbuka
πŸ₯€ Isi Air Dalam Botol – Perempuan
πŸ₯₯ Boling Kelapa – Lelaki/Perempuan
❀️ Lambungan Kasih – Campuran
⚽ Basikal Lambat – Lelaki / Perempuan
πŸ€ Bola Jaring Shoot – Perempuan
🎯 Slingshot – Lelaki
🀝 Tarik Tali – Lelaki
πŸ“Œ Golf - Lelaki / Perempuan
🍬 Rebut Gula-gula – Kanak-kanak

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh hubungan antara pihak sekolah dan komuniti.

✨ Bersama Komuniti, Sihat Sepanjang Hayat✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Sukan Komuniti SK Kuala Setiu Tahun 2026.

P/s Saksikan beberapa klip video pendek sepanjang acara berlangsung πŸ˜„




I KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK KUALA SETIU TAHUN 2026 IπŸƒ ACARA BALAPANπŸ“…26 OGOS 2026 ( RABU )πŸŽ€ PERASMIAN OLEH :πŸ†CIKGU JAWAH...
26/08/2026

I KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK KUALA SETIU TAHUN 2026 I

πŸƒ ACARA BALAPAN
πŸ“…26 OGOS 2026 ( RABU )

πŸŽ€ PERASMIAN OLEH :
πŸ†CIKGU JAWAHIL BIN ABDULLAH, PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SETIU

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, berani mencuba serta memberikan yang terbaik! πŸ‘πŸ»βœ¨

Terima kasih juga kepada semua guru dan warga SK Kuala Setiu yang telah bertungkus-lumus memastikan perjalanan acara berjalan lancar.

Teruskan semangat kesukanan, bina keyakinan dan cipta kejayaan! πŸ†πŸ’ͺ🏻




Address

Setiu
Kampong Kuala Setiu
22110

Opening Hours

08:00 - 04:30

Telephone

+601165730588

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KUALA SETIU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK KUALA SETIU:

Shortcuts

Share

Category