SRA JAIM Krubong ii

SRA JAIM Krubong ii SRA JAIM KRUBONG 2 berada di bangunan Sek Keb kerubong

ASSALAMUALAIKUM📌MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENJAGA BAHAWA KEKOSONGAN BAGI PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1/2025 SRA JAIM KRUBONG 2...
10/06/2024

ASSALAMUALAIKUM

📌MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENJAGA BAHAWA KEKOSONGAN BAGI PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1/2025 SRA JAIM KRUBONG 2 HANYA TINGGAL *15 KEKOSONGAN SAHAJA.*

📌SILA SEGERAKAN PENDAFTARAN MELALUI DALAM TALIAN SEKIRANYA BERMINAT.

📌PENDAFTARAN AKAN DITUTUP SELEPAS KUOTA YANG TELAH DITETAPKAN PENUH.

SEKIAN.


Assalamualaikum...📌KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TA...
12/04/2024

Assalamualaikum...

📌KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 18 April 2024 (Khamis) jam 11.00 pagi.

2. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada
18 April 2024 (Khamis), jam 12.00 tengah hari melalui:

i. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKad dan No. Angka Giliran; atau

ii. UPKKNo. MyKadNo. Angka Giliran dan hantar ke 15888.

3. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2023 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 19 April 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
12 April 2024






https://www.facebook.com/share/hxUNLFhN9CU6V9jQ/?mibextid=WC7FNe

Assalamualaikum...📌 Untuk makluman semua ibubapa/penjaga pendaftaran untuk tahun 1 bagi sesi 2025 akan dibuka bermula 01...
28/03/2024

Assalamualaikum...

📌 Untuk makluman semua ibubapa/penjaga pendaftaran untuk tahun 1 bagi sesi 2025 akan dibuka bermula 01 April sehingga 31 Ogos 2024.

📌 Ibubapa/penjaga boleh lah ke web https://iems.melaka.gov.my/eRs/index.php/auth/login untuk mendaftar bagi penggunaan pertama kali...

📌 Diharapkan ibubapa/penjaga dapat membuat pilihan sekolah yang betul dan tepat.

Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum... Kami warga pendidik dan barisan pentadbiran SRA JAIM KRUBONG 2 ingin mengucapkan selamat menunaikan i...
11/03/2024

Assalamualaikum... Kami warga pendidik dan barisan pentadbiran SRA JAIM KRUBONG 2 ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat islam... Dan sekolah akan bercuti pada esok hari 12 Mac 2024 bersamaan hari selasa sempena awal Ramadan.


ASSALAMUALAIKUM KEPADA IBUBAPA DAN PELAJAR SRA JAIM KRUBONG 2 . PESANAN MESRA DARI PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH SRA JAIM KR...
11/03/2024

ASSALAMUALAIKUM KEPADA IBUBAPA DAN PELAJAR SRA JAIM KRUBONG 2 .

PESANAN MESRA DARI PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH SRA JAIM KRUBONG 2.

UNTUK TUAN PUAN SAMPAIKAN PESANAN INI KEPADA ANAK-ANAK JAGAAN TUAN PUAN DISAMPING KAMI JUGA AKAN SAMA-SAMA MENGINGATKAN PELAJAR :

📌 Bersama-sama menjaga kebersihan kelas.

📌 Dilarang sama sekali merosakkan sebaran hiasan kelas.

📌 Dilarang menconteng meja.

📌 Sila bawa bekas sampah sendiri bagi mengurangkan pembuangan sampah didalam kelas.

Besar harapan kami sekiranya semua pihak dapat bersama-sama menjaga fasaliti dan kemudahan yang telah disediakan dalam masa yang sama dapat menjaga keharmonian sekolah.

Sekian,
Saya yang menjalankan amanah,
Guru besar SRA JAIM Krubong 2.


Assalamualaikum...📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃Subjek : LUGHATUL QURAN (UPKK06/01)Tarikh/hari : 23 Januari 2024 (Selas...
24/01/2024

Assalamualaikum...

📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃

Subjek : LUGHATUL QURAN (UPKK06/01)
Tarikh/hari : 23 Januari 2024 (Selasa)
Masa : 2.30 - 4.30 (2 jam)

💐 Alhamdulillah selesai subjek Arab. Doa sudah, Ikhtiar sudah, usaha pun sudah. Jadi sama2 kita bertawakal kepadaNya. Arini last paper...

💐Semoga semua dapat menjawab soalan dengan tenang. Amin...

Assalamualaikum...📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃Subjek : ADAB K1 & K2 (UPKK04/01/02)Tarikh/hari : 22 Januari 2024 (Isni...
23/01/2024

Assalamualaikum...

📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃

Subjek : ADAB K1 & K2 (UPKK04/01/02)
Tarikh/hari : 22 Januari 2024 (Isnin)
Masa : 2.15 - 3.45 petang (1 jam 30 minit) K1
4.00 - 5.00 petang (1 jam) K2

💐 Perjuangan masih diteruskan semalam... Selesai smlm berbaki lg 2 kertas UPKK.

💐Semoga semua dapat menjawab soalan dengan tenang. Amin...

Assalamualaikum...📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃Subjek : JAWI & KHAT(UPKK05)Tarikh/hari : 18 Januari 2024 (Khamis)Masa ...
18/01/2024

Assalamualaikum...

📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃

Subjek : JAWI & KHAT(UPKK05)
Tarikh/hari : 18 Januari 2024 (Khamis)
Masa : 2.30 - 4.00 petang (1 jam 30 minit)

💐 Walaupun terdapat masalah pada hari sebelumnya ini x melemahkan semangat anak-anak SRA JAIM KRUBONG 2 untuk meneruskan perjuangan mereka.

💐Semoga semua dapat menjawab soalan dengan tenang. Amin...

Assalamualaikum...💐 Seperti yang semua sedia maklum kertas peperiksaan UPKK03/01 sirah ditangguhkan hari ini 17/01/2024 ...
17/01/2024

Assalamualaikum...

💐 Seperti yang semua sedia maklum kertas peperiksaan UPKK03/01 sirah ditangguhkan hari ini 17/01/2024 khamis kepada 24/01/2024 rabu minggu hadapan atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan...

💐JAKIM memohon maaf atas kesulitan ini dan berdoa agar semua calon UPKK di seluruh negara dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ujian yang sedang berlangsung. Semoga semuanya mendapat kejayaan yang cemerlang.

Sekian.

Assalamualaikum...📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃Subjek : Ulum Syariah (UPKK02 _ibadah,akidah)Tarikh/hari : 16 Januari 2...
17/01/2024

Assalamualaikum...

📃UPKK 2023 SRA JAIM KRUBONG 2 📃

Subjek : Ulum Syariah (UPKK02 _ibadah,akidah)
Tarikh/hari : 16 Januari 2024 (Selasa)
Masa : 2.30 - 4.00 petang (1 jam 30 minit)

Semoga semua dapat menjawab soalan dengan tenang. Amin...

Address

Km 16, Kampung Krubong
Kampong Krubong
75250

Opening Hours

Monday 14:00 - 18:15
Tuesday 14:00 - 18:15
Wednesday 14:00 - 18:15
Thursday 14:00 - 18:15
Friday 14:00 - 18:15

Telephone

+60136135329

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA JAIM Krubong ii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA JAIM Krubong ii:

Shortcuts

Share

Category