Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman-VITTI

  • Home
  • Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman-VITTI

Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman-VITTI Melahirkan generasi al quran yang genius

Kadang kita rasa:Ujian terlalu berat.Hidup terlalu susah.Masalah tak habis-habis.Tetapi ayat ini mengingatkan:Sabar seka...
24/05/2026

Kadang kita rasa:

Ujian terlalu berat.

Hidup terlalu susah.

Masalah tak habis-habis.

Tetapi ayat ini mengingatkan:

Sabar sekarang menyelamatkan kita nanti.

Lebih baik menangis sabar di dunia
daripada menangis menyesal di akhirat.

Haflah idil fitri 2026 bersama pelajar-pelajar dan keluarga serta orang kampung .. semoga Allah terima amal sholeh kita ...
24/05/2026

Haflah idil fitri 2026 bersama pelajar-pelajar dan keluarga serta orang kampung .. semoga Allah terima amal sholeh kita semua

Allah tidak biarkan kita meraba-raba cari jalan sendiri..tapi Allah bimbing lewat QalamNya yang agung dan penuh barokah
22/05/2026

Allah tidak biarkan kita meraba-raba cari jalan sendiri..tapi Allah bimbing lewat QalamNya yang agung dan penuh barokah

Tadarus ramadhan 2026 bersama achik-achik kampung, semangat kental semua nak habiskan 30 juzuk walaupun ada juga yang ba...
22/05/2026

Tadarus ramadhan 2026 bersama achik-achik kampung, semangat kental semua nak habiskan 30 juzuk walaupun ada juga yang baru baca iqra,, tapi istiqamah datang untuk mendengar Ayat2Nya..bukan saja kita tilawah tetapi sempat tadabur satu ayat satu juz...semoga Allah beri ganjaran syurga buat kita semua

Daripada Abdullah ibn Abbas, Rasulullah ﷺ bersabda:“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah dar...
19/05/2026

Daripada Abdullah ibn Abbas, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (10 hari pertama Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun jihad di jalan Allah?”
Baginda menjawab:
“Walaupun jihad di jalan Allah, kecuali seseorang yang keluar dengan jiwa dan hartanya lalu tidak kembali dengan apa-apa.”

Kem remaja di vitti - mencari 'human resource'  untuk ummah
19/05/2026

Kem remaja di vitti - mencari 'human resource' untuk ummah

Seronoknya sambil baca..faham terus!!BACA AL-KAHFI TERUS FAHAM ✨❓ Dah bertahun  baca Surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat?...
17/05/2026

Seronoknya sambil baca..faham terus!!

BACA AL-KAHFI TERUS FAHAM ✨

❓ Dah bertahun baca Surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat?
❗️ Tapi masih belum faham maknanya?

💡 Bayangkan jika…
📖 Baca terus faham tanpa terjemahan
❤️ Hayati tadabur

🚀 PROJEK PASCA RAMADHAN 2026
"BACA AL-KAHFI TERUS FAHAM"
Anjuran : VITTI(Villa tahfiz Ibadurrahman)

📅 Khamis malam Jumaat
🕘 9.15 malam
📍 Bermula: 9 April 2026
💻 Online (Google Meet)

📚 Apa yang anda akan dapat?
✅Tadabur ayat secara santai & konsisten
✅Hafal makna, bukan sekadar bacaan
✅Belajar dalam kumpulan kecil (support system 👍)
✅Target: < 1 tahun baca & faham Al-Kahfi

🎁 Bonus Istimewa!
Dah ada group tadarus sendiri?
👉 Boleh join sebahagian sesi + kekalkan group anda

⚠️ Jangan jadi orang yang membaca…
tetapi tidak memahami 😔
📖 “ .. Al-Qur'an dalam bahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (12:2)

📲 Jom join sekarang! (MUSLIMAT SAHAJA)

👉 https://chat.whatsapp.com/ISWvyId4c3F2blnLyOgRmr⁠�
atau hubungi

0199385070 (Umie Mailan)

03/05/2026

Kita tidak pasti adakah pesta ini utk menarik pelancong atau hanya sekadar hiburan? Kalau nak tarik pelancong saya rasa itu tersasar sebab dunia sudah lama menikmatinya di negara jiran.

Tapi kalau sekadar utk melalaikan mungkin ada kebenarannya. Saya amat yakin yg akan hadir dan menyembur air itu majoritinya orang Melayu muslim terutama anak2 muda.

Adakah ini satu perancangan halus?

Sebenarnya keadaan negara semakin parah. Sentimen patriotsm sudah hampir hilang. Apa tidaknya, budaya dari negara jiran diangkat tetapi Budaya tempatan tidak ketepikan.

Dari segi sosial sudah pasti laluan jalan akan banyak ditutup utk beri ruang kpd pesta ini. Menyusahkan rakyat manakala impak kpd identiti negara pulak “kosong”.

Penerapan budaya2 luar semakin menjadi2. Jangan nanti budaya lembu kejar orang dan baling tomato spt di Sepanyol jugak di bawak sini.

Makanan, filem, pakaian, budaya - semua sudah lama dibanjiri oleh negara luar. Apa yg tinggal lagi utk negara sendiri?

Umpamanya; Oktober Fest (pesta minum arak) dan Bon Odori - sudah lama menjadi sebahgian kehidupan rakyat di sini.

Alhamdulillah mujurlah ada filem Mat Kilau, dapat juga rakyat melihat budaya dan kesenian Melayu.

Way forward, kalau sesuatu tidak dilakukan maka akhirnya rakyat akan jadi cacar merba baik dari segi pemikiran maupun cara hidup.

Manusia bagaimanakah yg pemimpin mahu rakyatnya menjadi?

Renungkanlah !!!

Program Cuti SekolahFahami Bacaan Solat Ke arah Faham Bahasa Arab UPKK/SMUTarikh : 29 Disember 2025Masa: 8.30 pagi – 5pt...
18/12/2025

Program Cuti Sekolah

Fahami Bacaan Solat Ke arah Faham Bahasa Arab UPKK/SMU

Tarikh : 29 Disember 2025
Masa: 8.30 pagi – 5ptg
Tempat: Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman(VITTI), Kg Bandar, Pulain Chondong, Machang, Kelantan
Sasaran : Pelajar umur 10-15tahun (lelaki dan Perempuan)

Makanan dan nota disediakan

Apa yang akan dikongsi :

1) Makna bacaan solat (143 vocab)
2)Aqidah dan akhlak dalam bacaan solat
2) Asas ilmu Bahasa asas sukatan UPKK/SMU
3) Games asah hafazan
4) Kuiz
5)Tayangan video
Bayaran : RM50 [Termasuk makanan dan nota dan kelas susulan percuma(offline@online)*]
*Selepas program,kita akan buat kelas susulan percuma secara fizikal atau online(Bagi yang jauh) untuk pastikan anak-anak betul-betul menguasai makna bacaan dalam solat

Sila isi borang pendaftaran di bawah :
https://forms.gle/b9RBLfjE35j2K8AT7

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun: BANK MUAMALAT 03030001962718
(IBADURRAHMAN EMPIRE)

Lokasi :
https://maps.app.goo.gl/pv3ywiocbp2WPC777

Untuk Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:
01110743081(ustzah Hajar)

Alhamdulillah rezeki dapat ziarah dari generasi pewaris dakwah dari umk/usm - semoga perkongsian yang bertambah iman dan...
18/12/2025

Alhamdulillah rezeki dapat ziarah dari generasi pewaris dakwah dari umk/usm - semoga perkongsian yang bertambah iman dan amal -

“Sesungguhnya Allah mencintai pemuda yang bertakwa.”

Riwayat: al-Tabarani

Az-Zumar 39:9قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ“Katakanlah: Adakah sama orang yang me...
09/12/2025

Az-Zumar 39:9

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
“Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”


Address

Lot 1503

18500

Telephone

+601172128384

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman-VITTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Villa Tahfiz dan Tarbiah Ibadurrahman-VITTI:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share