11/03/2026
RUQAYYAH HANUM: WANITA DI SEBALIK LAHIRNYA NEGARAWAN DAN CENDEKIAWAN TANAH MELAYU
Pada akhir abad ke-19, Johor muncul sebagai simpul penting jaringan Islam antarabangsa. Antara tahun 1884–1885, dua wanita beradik dari Turki bernama Khatijah Hanum dan Ruqayyah Hanum.
Kedua-dua mereka adalah adik beradik kelahiran Tbilisi, Georgia dan berketurunan Circassian iaitu etnik yang mendiami kawasan berdekatan Chechnya dan Daghestan sekarang. Circassian yang merupakan pecahan dari rumpun Caucasian adalah satu bangsa yang beragama Islam yang kental dengan semangat juang, jihad, amalan tasawuf dan elok perwatakannya.
Kedua-dua mereka dihantar ke Johor oleh kerajaan Uthmaniyyah sebagai tanda hubungan baik Khilafah Uthmaniyyah dan Kerajaan Melayu.
Khatijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar sekitar tahun 1892 sebagai isteri baginda yang ke-4, lalu diangkat menjadi Sultanah Johor. Hasil pernikahan ini, lahirlah dua orang puteri iaitu Tengku Azizah dan Tengku Fatimah.
Manakala Ruqayyah Hanum p**a berkahwin sebanyak 3 kali.
Pernikahan pertama adalah dengan Engku Abdul Majid yang merupakan adinda Sultan Abu Bakar. Daripada perkahwinan ini lahir cahaya mata bernama Ungku Abdul Hamid dan kemudian lahir p**a cahaya mata dari Ungku Abdul Hamid, tokoh yang menjadi tonggak intelektual dan ekonomi negara iaitu Ungku Abdul Aziz.
Ungku Abdul Aziz menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dan merupakan pengasas Tabung Haji manakala anaknya Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz p**a mencatat sejarah sebagai wanita pertama menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia.
Dengan itu, pewarisan ilmu dan kepimpinan ekonomi daripada keturunan Ruqayyah dapat dikesan dua generasi berturut: dari Ruqayyah ke Engku Majid, ke anaknya Ungku Abdul Hamid dan ke Ungku Abdul Aziz, dan kepada cicit beliau, Zeti Aziz.
Selepas kemangkatan Engku Abdul Majid, perkahwinan kedua Ruqayyah Hanum adalah dengan al-Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas, yang juga dikenali sebagai Wali Empang, seorang tokoh ulama keturunan Rasulullah SAW kelahiran Hadhramawt, Yaman namun menetap di Kep**auan Jawa dan merupakan saudagar yang berjaya di Singapura dan Johor.
Dari perkahwinan ini, lahir cahaya mata bernama Syed Ali al-Attas dan daripada Syed Ali, lahir p**a dua tokoh ilmuan tersohor iaitu Prof. Syed Hussein Al-Attas (sarjana sosiologi) dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (sarjana pemikir Islam)
Generasi seterusnya seperti Dr. Syed Farid Al-Attas dan Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas terus mengembangkan tradisi intelektual keluarga di peringkat antarabangsa. Marga al-Attas adalah jurai dari susur galur keluarga besar ulama Haba’ib Ba‘alawi di Hadramawt Yaman, memperkukuh kesinambungan pemikiran Islam dan keilmuan antara Hadramawt - Alam Melayu.
Setelah berakhir pernikahan yang kedua, Ruqayyah Hanum kemudian berkahwin p**a kali ketiga dengan Dato’ Jaafar Muhammad, Menteri Besar Johor pertama.
Perkahwinan ini melahirkan watak-watak penting dalam politik Melayu. Anak mereka paling tersohor ialah Dato’ Onn Jaafar, pengasas UMNO dan presiden pertama parti itu serta merupakan pengasas kemerdekaan Tanah Melayu.
Dato’ Onn kemudian mewarisi ketokohan politik; beliau ialah ayah kepada Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga, Bapa Perpaduan dan datuk kepada Dato’ Seri Hishammuddin Hussein (bekas Menteri Pertahanan/Luar).
Salah seorang cucu Tun Hussein Onn bernama Dato Onn Hafiz Ghazi merupakan Menteri Besar Johor sekarang.
Kejayaan keluarga ini dalam politik digambarkan dengan fakta bahawa keturunannya telah menjadi perdana menteri, menteri besar, menteri kanan, dan pimpinan UMNO yang berpengaruh.
Kesimp**an dari keterangan di atas, tokoh-tokoh utama dari keturunan Ruqayyah Hanum:
Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz – pakar ekonomi, bekas Naib Canselor UM. Cucu: Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara
Dato’ Onn Jaafar – pengasas UMNO, Presiden UMNO pertama; Anak: Tun Hussein Onn (PM ke-3); Cucu: Dato’ Seri Hishammuddin Hussein (pemimpin UMNO, bekas menteri)
Prof. Datuk Syed Hussein Al-Attas ahli sosiologi dan mantan Naib Canselor UM; dan Prof. Datuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, sarjana ulung falsafah Islam, pengasas ISTAC.
Maka Prof. Naquib al-Attas, Prof. Hussein al-Attas, Tun Hussein Onn dan Prof. Ungku Abdul Aziz adalah merupakan sepupu dan mereka berasal dari genetik yang sama. Bayangkan jika anda seorang nenek dan cucu-cucu anda adalah tokoh-tokoh terkemuka di atas.
Setiap nama ini mengisi bab penting dalam sejarah Malaysia moden dari pentadbiran, politik, hingga pemikiran Islam dan kesemuanya berakar dari rahim seorang wanita: Ruqayyah Hanum.
Beliau yang datang dari Turki ini telah mewariskan sebuah legasi peradaban dan intelektual. Sepanjang sejarah akademik di Malaysia, hanya terdapat dua ilmuan sahaja yang pernah dinobatkan sebagai Profesor Diraja, kedua-duanya ialah Prof. Naquib al-Attas dan Prof. Ungku Aziz.
Secara keseluruhan, kisah Khatijah dan Ruqayyah Hanum memperlihatkan bahawa hubungan Melayu–Turki bukan sekadar ingatan nostalgia, tetapi warisan peradaban hidup dalam darah dan pemikiran generasi berikutnya.
Perkahwinan mereka telah merangka peta jaringan ummah yang merentas geografi dari Istanbul hingga ke Tanah Melayu dan melahirkan generasi pemimpin serta intelektual yang membentuk negara Malaysia.
iqbal Zain al-jauhari