NADI Kg Chabau

NADI Kg Chabau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kg Chabau, Computer training school, Kampung Chabau, Kampong Jasin.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau lebih dikenali sebagai NADI menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang memberi peluang kepada komuniti setempat memperkasa kemahiran digital dan menjana pendapatan melalui platform e-Dagang

08/08/2026
08/08/2026

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026
🕒 3.00 Petang
📍 YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



07/08/2026
07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga p**ang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





06/08/2026

Umur 2 tahun setengah, baru anak saya dapat implan ❤️‍🩹Dari penga...

06/08/2026

🔐📱 Pengesahan umur minimum 16 tahun menggunakan MyKad kini diwajibkan bagi pendaftaran akaun media sosial, selaras usaha memperkukuh keselamatan dalam talian.

Langkah ini memastikan platform lebih selamat untuk pengguna, manakala MCMC terus memantau pematuhan serta penguatkuasaan. ✅




05/08/2026
05/08/2026

♻️ ASINGKAN SAMPAH, LESTARIKAN ALAM 🌱
Pengasingan sampah di punca merupakan amalan mudah yang memberi manfaat besar kepada alam sekitar.

🌿 Sisa organik boleh dijadikan kompos.
♻️ Bahan seperti plastik, kertas, kaca dan logam p**a boleh dikitar semula.
Jom amalkan pengasingan sampah demi persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari.

Asingkan sampah hari ini, selamatkan bumi esok hari.

04/08/2026

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, hayati nilai patriotisme melalui integriti, perpaduan dan khidmat bakti kepada rakyat. ❤️🤝

Ayuh jayakan aspirasi 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang dan semarakkan semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan.




04/08/2026

👵🏻👴🏻 Umur meningkat bukan alasan untuk kita mengabaikan kesihatan pergigian.
🦷 Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengekalkan kesihatan pergigian yang baik sepanjang hayat.

Address

Kampung Chabau
Kampong Jasin
77100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162625426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Chabau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to NADI Kg Chabau:

Shortcuts

Share