Bahagian Inovasi Pendidikan - BIP - Unisza

Bahagian Inovasi Pendidikan - BIP - Unisza Bahagian Inovasi Pendidikan, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA

18/04/2023

Kami dari team Inovasi, CoMAE-i ingin mengucapkan SHRAMZB 1444H 😁😉🌹

Hebahan penggunaan Peralatan Teknologi Pendidikan.Assalamualaikum wbt.🌹Pihak CoMAE-i telah menyediakan kemudahan dan beb...
16/04/2023

Hebahan penggunaan Peralatan Teknologi Pendidikan.

Assalamualaikum wbt.

🌹Pihak CoMAE-i telah menyediakan kemudahan dan beberapa peralatan teknologi pendidikan bertempat di Makmal InnoLab Tingkat 1, Blok A, Kampus Gong Badak UniSZA.

🌹Antara kemudahan dan peralatan tersebut adalah:
✅ Makmal InnoLab berkapasiti 40 buah pc
✅ 16 buah Touchscreen Monitor
✅ Camera 360
✅ Oculus Rift VR Headset
✅ 3D Printer
✅ eStudio CoMAE-i (Bangunan Pentadbiran)

🌹Kepada staf akademik UniSZA yang berminat untuk menggunakan peralatan teknologi pendidikan ini bolehlah imbas QR kod atau hubungi PIC untuk tujuan tempahan seperti yang tertera di poster berikut.

Sekian, wasalam..

https://drive.google.com/file/d/1v232dBFV9oi7w_hVTHZxoE4TK2tucygJ/view?usp=sharing

10/01/2023

Selamat Datang "Team Job on Campus" Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) UniSZA 🌹

Promotional video recording for MOOC Courses at Education Studio (eStudio) of Centre for Management of Academic Excellen...
29/09/2022

Promotional video recording for MOOC Courses at Education Studio (eStudio) of Centre for Management of Academic Excellence & Innovation (CoMAE-i).

28/09/2022
Bengkel Intensif MOOC-MC UniSZA 2022 | 22 September 2022Dikendalikan oleh YBrs. Dr. Normala Rahim, Penyelaras Teknologi ...
22/09/2022

Bengkel Intensif MOOC-MC UniSZA 2022 | 22 September 2022
Dikendalikan oleh YBrs. Dr. Normala Rahim, Penyelaras Teknologi Pendidikan CoMAE-i

*BENGKEL PEMBANGUNAN KANDUNGAN MOOC-MC FASA 2- REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL, UniSZA*Sukacita dimaklumka...
08/08/2022

*BENGKEL PEMBANGUNAN KANDUNGAN MOOC-MC FASA 2- REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KANDUNGAN DIGITAL, UniSZA*

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan bengkel Pembangunan Kandungan MOOC-MC Fasa 2- Reka Bentuk dan Pembangunan Kandungan Digital, UniSZA sepertimana ketetapan berikut:

*Tarikh: 9 dan 10 Ogos 2022 / Selasa dan Rabu*
*Masa: 08.30 pagi – 04.30 petang*
*Tempat: Smart Classroom, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah*
*UniSZA Kampus Gong Badak*

Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Bengkel Knowledge and e-Learning Intergrated Platform (KeLIP)4 & 5 Julai 2022 (Isnin & Selasa)Tempat di Dewan Seminar Ce...
05/07/2022

Bengkel Knowledge and e-Learning Intergrated Platform (KeLIP)
4 & 5 Julai 2022 (Isnin & Selasa)
Tempat di Dewan Seminar CenTTM, UniSZA
Penceramah oleh: YBrs. Prof. Madya Dr. Suhailan Safei dan YBrs. En. Sufian Mat Deris, Pensyarah Kanan Fakulti Informatik & Komputeran

Assalamualaikum wmt wbt.YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,*JEMPUTAN KE BENGKEL KNOWLEDGE AND e-LEARNING INTEGRATED P...
04/07/2022

Assalamualaikum wmt wbt.

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

*JEMPUTAN KE BENGKEL KNOWLEDGE AND e-LEARNING INTEGRATED PLATFORM (KeLIP)*

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan bengkel Knowledge and e-Learning Integrated Platform (KeLIP) kepada staf akademik UniSZA.

Ketetapan bengkel adalah sebagaimana berikut:

📆 4 - 5 Julai 2022 (Isnin & Selasa)
⏰ 8.30 pagi – 4.30 petang
🏛 Dewan Seminar CenTTM 1, UniSZA
👤 Penceramah:
i) Prof. Madya Dr. Suhailan bin Safei
ii) Encik Mohd Sufian bin Mat Deris
Pensyarah Kanan
Fakulti Informatik & Komputeran

Bengkel ini bertujuan memperkenalkan sistem dan fitur baharu KeLiP kepada pensyarah di UniSZA. Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dijemput hadir ke bengkel ini sepertimana maklumat yang dinyatakan di atas. Untuk makluman, surat telah diedarkan kepada peserta pada 26 Jun 2022 (Ahad).

Kehadiran peserta akan direkodkan. Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr. menghadiri bengkel ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta UniSZA yang bertanding dalam pertandingan inovasi di program Karnival e-Pembelaja...
01/07/2022

Tahniah diucapkan kepada semua peserta UniSZA yang bertanding dalam pertandingan inovasi di program Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2022 (IUCeL 2022) anjuran UPM dengan memenangi 9 pingat emas, 11 perak dan 3 gangsa.

Tahniah juga buat Dr. Siti Maisarah Aziz daripada Pusat Asasi Sains dan Perubatan, UniSZA yang memenangi anugerah khas produk e-Pembelajaran terbaik. Syabas diucapkan! 🎉✨

Address

Kampong Gong Badak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Inovasi Pendidikan - BIP - Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Bahagian Inovasi Pendidikan - BIP - Unisza:

Shortcuts

Share