21/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
21 Ogos 2026 | Jumaat | Gong Badak
Pusat Pemindahan Ilmu dan Pendidikan Berterusan (P2P), UniSZA telah menganjurkan Bengkel Latihan Mengajar dan Inovasi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) yang dihadiri oleh seramai 127 orang pelajar. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada pelajar sebelum menjalani latihan mengajar.
Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran diikuti Taklimat Latihan Mengajar yang disampaikan oleh Penyelaras Program, Prof. Madya Ab. Aziz bin Sulaiman. Sesi ini memberi penjelasan dan panduan kepada pelajar berkaitan persediaan, peraturan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang menjalani latihan mengajar.
Seterusnya, pelajar turut mengikuti Bengkel Inovasi yang dikendalikan oleh Dr. W Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail. Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penyediaan dan pelaksanaan projek inovasi dalam pengajaran, di samping menggalakkan penerapan kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Diharapkan bengkel ini dapat membantu melahirkan bakal pendidik yang lebih bersedia, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan.