Wahyouth

Wahyouth Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wahyouth, Education, Gombak City, Kampong Gombak Utara.

๐Ÿ’กPROJEK FIKRAH - Siri Syahadah๐Ÿ’กKisah ummul mukminin, Saidatina Khadijah r.a. yang menjadi wanita pertama bersyahadah di ...
02/12/2021

๐Ÿ’กPROJEK FIKRAH - Siri Syahadah๐Ÿ’ก

Kisah ummul mukminin, Saidatina Khadijah r.a. yang menjadi wanita pertama bersyahadah di hadapan Rasulullah.
Beliau bahkan menjadi insan yang menenangkan dan membesarkan jiwa Rasulullah tatkala saat itu baginda merasa gusar dan berat terhadap bebanan menyampaikan risalah kalam Allah buat alam semesta.
Video pendek ini memberikan secebis kisah tauladan untuk kita contohi terutamanya dari sikap seorang wanita bernama Saidatina Khadijah yang memahami erti sebenar apa itu Syahadah.

Silakan SUBSCRIBE, LIKE, SHARE & COMMENT video-video di page Youtube PROJEK FIKRAH.

PROJEK FIKRAH - SESI #1 Khadijah Binti Khuwailid, wanita pertama yang mengucapkan Syahadah. Lihatlah bagaimana beliau memahami apa itu Syahadah dengan penger...

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐRasa bagai dirundung kehinaanMalu yang amat sangat Hingga terasa bagai nak pecah dada dengan posting ni. huhu
02/10/2021

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ

Rasa bagai dirundung kehinaan
Malu yang amat sangat
Hingga terasa bagai nak pecah dada dengan posting ni. huhu

LARANGAN MENCELA MASA Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ู‚ุงู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนุฒูŽู‘ ูˆุฌู„ูŽู‘: ูŠูุค...
19/09/2021

LARANGAN MENCELA MASA

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู‚ุงู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนุฒูŽู‘ ูˆุฌู„ูŽู‘: ูŠูุคู’ุฐููŠู†ููŠ ุงุจู†ู ุขุฏูŽู…ูŽุ› ูŠูŽุณูุจูู‘ ุงู„ุฏูŽู‘ู‡ู’ุฑูŽุŒ ูˆุฃู†ุง ุงู„ุฏูŽู‘ู‡ู’ุฑูุŒ ุจูŠูŽุฏููŠ ุงู„ุฃู…ู’ุฑูุŒ ุฃูู‚ูŽู„ูู‘ุจู ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ูŽ ูˆุงู„ู†ูŽู‘ู‡ุงุฑูŽ

Maksudnya: "Allah SWT berfirman: โ€œAnak Adam telah menyakitiKu, dia s**a mencela masa. Padahal Aku Pencipta masa. Di tanganKu lah segala urusan dan Akulah yang mempergilirkan siang dan malam.โ€
HR Bukhari (7491)

Contoh Mencela Masa:
- Hari ni nasib aku tak macam semalam, kenapalah jadi macam ni..

- Kenapalah masa ni singkat sangat, tak sempat nak siap kerja..

-Tahun ni semua tak menjadi, bisnes aku rugi.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULUDaripada Abu Hurairah RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, โ€œUmatku akan ditimp...
17/09/2021

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, โ€œUmatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahuluโ€.

Sahabat bertanya, โ€œApakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?โ€

Nabi saw. menjawab, โ€œPenyakit-penyakit itu ialah;

1. Terlalu banyak bers**aria,
2. Terlalu bermewah,
3. Asyik mengumpul harta,
4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia,
5. Saling memarahi,
6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimiโ€.

Hadith Riwayat Al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404).
Sahih menurut al-Zahabi.

MUKMIN BUKAN PENCELA DAN PELAKNATุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณ...
07/09/2021

MUKMIN BUKAN PENCELA DAN PELAKNAT

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุจูุงู„ุทู‘ูŽุนู‘ูŽุงู†ู ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽุนู‘ูŽุงู†ู ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ููŽุงุญูุดู ูˆูŽู„ูŽุง ุงู„ู’ุจูŽุฐููŠุกู

Dari Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: โ€œSeorang mukmin itu bukanlah orang yang s**a mencela, s**a melaknat, s**a berperilaku keji dan s**a berkata kasar.โ€

(HR Tirmizi No: 1900)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:

a. S**a mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).
b. S**a melaknat
c. S**a berperilaku keji (berperangai buruk)
d. S**a berkata kasar (menyakiti orang lain)

2. Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan.

3. Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita kedalam dosa besar.

4. Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam. Sabda baginda:
ุฅูู†ู‘ููŠ ู„ูŽู…ู’ ุฃูุจู’ุนูŽุซู’ ู„ูŽุนู‘ูŽุงู†ู‹ุง ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุจูุนูุซู’ุชู ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉ
โ€œSesungguhnya aku tidak diutus sebagai pelaknat, dan sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat.โ€
[HR Muslim]

Jadilah kita orang yang mewarisi akhlak Rasulullah sebagai pembawa rahmah bukan pelaknat.
Semoga kita tidak memperkatakan atau menuturkan serta menulis, sesuatu yang buruk, kasar, kesat dan menghina serta melaknat orang lain.

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64 !!Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempua...
02/09/2021

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-64 !!

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Al-Hujuraat 49:13)

LIKE & FOLLOW Wahyouth
FOLLOW IG

Tuhan kamu adalah Esa , datuk kamu p**a adalah satu ,kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada ...
02/09/2021

Tuhan kamu adalah Esa , datuk kamu p**a adalah satu ,kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa

[Petika Khutbah Wida]

LIKE & FOLLOW Wahyouth
FOLLOW IG

Aktiviti riadah bersama peserta kelas Al-quran.
29/04/2019

Aktiviti riadah bersama peserta kelas Al-quran.

Rehlah bersama peserta kelas Al-quran. Bersama tadabbur alam.
29/04/2019

Rehlah bersama peserta kelas Al-quran. Bersama tadabbur alam.

Kelas Al-Quran Mingguan
29/04/2019

Kelas Al-Quran Mingguan

Address

Gombak City
Kampong Gombak Utara
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wahyouth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category