Tahfiz Madinatul Huffaz Official

Tahfiz Madinatul Huffaz Official Facebook Rasmi
Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz
Sumbangan: 5642 2162 9975 (MAYBANK)
Atas Nama : Tahfiz Madinatul Huffaz

Kompleks Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz adalah gagasan idea serta pemegang amanah bersama oleh Dr. Azahar bin Yaakub dan Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa. Berbekalkan pengalaman selama 25 tahun dalam industri pendidikan dan tarbiyah, maka kami berdua menawarkan khidmat jariah untuk ummah melalui pembangunan modal insan dengan membangun, mengurus dan mengajar sebuah institusi berna

ma Tahfiz Madinatul Huffaz. Bagi mengukuh kualiti dan memantapkan perjalanan tahfiz, maka Tahfiz Madinatul Huffaz dipandu oleh lembaga penasihat yang terdiri dari mereka yang memiliki kepelbagaian kepakaran dan pengalaman.

23/08/2026

Bila duduk asrama, masa memang kena pandai bahagi.

​Ada masa untuk diri sendiri, akademik, al-Quran dan rutin harian yang lain. Benda yang dulu mungkin nampak kecil, lama-lama itulah yang banyak membentuk diri.

​Eyman pun masih ingat nasihat daripada guru dan warden yang dia dengar sepanjang berada di MATIS. Kadang-kadang masa dengar dulu rasa biasa je... bila dah besar, baru faham maksudnya.

​Kemasukan pelajar Tingkatan 1 & FastTrack SPM 2027 kini dibuka. Maklumat lanjut di pautan bio.

Assalamualaikum wbktAlhamdulillah, sedang berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan (BTMS) MATEMATIK SPM yang disampaik...
23/08/2026

Assalamualaikum wbkt

Alhamdulillah, sedang berlangsung Bengkel Teknik Menjawab Soalan (BTMS) MATEMATIK SPM yang disampaikan oleh Cikgu Noorihan Binti Abdul Ajis.

Beliau merupakan guru MATEMATIK berpengalaman mengajar dan menanda kertas 2 MATEMATIK SPM selama lebih 22 tahun dan sedang berkhidmat di SMK Raja Ali.

Mohon didoakan agar anak-anak sentiasa diberikan kemudahan, diterangi hati mereka dan memperoleh manfaat yang daripada program ini.

Mudah-mudahan, dengan usaha ini anak-anak akan beroleh kecemerlangan khususnya dalam mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan SPM kelak. Allahumma Aamiin.

Sentiasa doakan anak-anak, reda dengan mereka dan maafkan mereka sentiasa!

Assalamualaikum🤲🏻Alhamdulillah, 1 murid (banat) tingkatan 2 telah selesai menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dengan meng...
21/08/2026

Assalamualaikum🤲🏻

Alhamdulillah, 1 murid (banat) tingkatan 2 telah selesai menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dengan menggunakan Manhaj Arbain.

Pelajar tersebut ialah:
- DAREEN SYAZWEENA BINTI MOHD TAIB RIDHWAN

dari Halaqah Abu Amru dibawah bimbingan guru halaqahnya Ustazah Fatin.

Mohon doakan agar seluruh anak-anak Madinatul Huffaz khususnya Tingkatan 3 tahun ini dapat khatam, jaga Al Quran dan berakhlak seperti akhlak Al Quran.

Dengan Allah semakin Taat, Dengan Manusia semakin bermanfaat.

_Khadimul Quran_
_Jabatan Quran Matis Madinatul Huffaz_

Assalamualaikum🤲🏻Alhamdulillah, 9 murid (banin) & 4 murid (banat) tingkatan 3 telah selesai menamatkan hafazan 30 juz Al...
21/08/2026

Assalamualaikum🤲🏻

Alhamdulillah, 9 murid (banin) & 4 murid (banat) tingkatan 3 telah selesai menamatkan hafazan 30 juz Al Quran dengan menggunakan Manhaj Arbain.

Pelajar tersebut ialah:
- MUHAMMAD QHAIRAN YAA'QUB BIN MD PAHMI
- MUHAMMAD ASYRAF AIMAN BIN MOHD AFFENDI
- ⁠⁠MUHAMMAD ZARIS AMIN BIN AZHARI
- ⁠MUHAMMAD KHALISH AYMAN BIN KHAIRUL NIZAM
- MUHAMMAD SYAKIR ZAKUAN BIN MOHD FAIZAL
- ⁠⁠SYAMIL NAUFAL BIN HAIRUL AMIL
- ⁠MUHAMMAD RAYYAN DARWISY BIN NAIM ASHAARI
- ⁠MUHAMMAD MUAZZIM SHAH BIN MOHD HASRULRIZAL SHAH
- ⁠MUHAMMAD HARIS IHSAN BIN MOHD SHAHIDAN
- ⁠SHARIFAH RANIA AL-YAHYA BINTI SYED AHMAD ASRI
- ⁠NUR HANA NABILAH BINTI MOHD ASHARI
- ⁠NUR IZZAH BINTI HAIRUL AZUAN
- ⁠AFLAH WARDINA BINTI JAMALUDDIN
dari Halaqah Hafs, Halaqah Abul Hasan, Halaqah Ishak, Halaqah Bazzi, Halaqah Al Laits, Halaqah ‘Aasim, Halaqah ‘Asyir & Halaqah Suusi dibawah bimbingan guru halaqahnya Ustaz Rahman, Ustaz Abid, Ustaz Nazmuslim, Ustaz Hafiz, Ustazah Aida, Ustazah Aisyah, Ustazah Syafiah & Ustazah Raina.

Mohon doakan agar seluruh anak-anak Madinatul Huffaz khususnya Tingkatan 3 tahun ini dapat khatam, jaga Al Quran dan berakhlak seperti akhlak Al Quran.

Dengan Allah semakin Taat, Dengan Manusia semakin bermanfaat.

_Khadimul Quran_
_Jabatan Quran Matis Madinatul Huffaz_

‎🤲 Infaq Pembangunan Fasa 3 Matis Madinatul Huffaz 🤲‎‎Alhamdulillah, pembinaan Fasa 3 kini berbaki 35% lagi untuk disiap...
20/08/2026

‎🤲 Infaq Pembangunan Fasa 3 Matis Madinatul Huffaz 🤲

‎Alhamdulillah, pembinaan Fasa 3 kini berbaki 35% lagi untuk disiapkan. Bangunan ini bakal menempatkan bilik darjah, asrama, surau, dewan, kantin, makmal sains dan pelbagai kemudahan lain buat para huffaz.

‎Kami mengajak Tuan/Puan bersama-sama menyumbang demi merealisasikan pembinaan ini. Semoga setiap infaq menjadi saham akhirat yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

‎Salurkan sumbangan anda ke:
‎🏦 Maybank: 5642 2162 9975
‎(Tahfiz Madinatul Huffaz)

‎Hubungi kami untuk info lanjut:
‎📲 012-399 8496 (Ustaz Dr. Azahar Yaakub) - Sila kemukakan resit transaksi

‎Atau lebih mudah, boleh terus Imbas Kod QR pada gambar di atas untuk sumbangan pantas! atau klik link dibawah :
https://madinatulhuffaz.edu.my/infaqfasa3/

20/08/2026

Mula-mula masuk asrama, mestilah rindu mak ayah.

Lepas tu perlahan-lahan kena belajar urus diri sendiri, jaga barang, susun masa, kejar target hafazan dan dalam masa yang sama tak boleh tinggal akademik.

Ada hari yang mudah, ada juga hari yang mencabar. Tapi dari situlah banyak benda mula belajar sendiri.

Dengar Adam cerita pengalaman dia sepanjang berada di asrama MATIS Madinatul Huffaz. 😄

Kemasukan pelajar Tingkatan 1 & FastTrack SPM 2027 kini dibuka. Maklumat lanjut di pautan bio.

19/08/2026

Dah khatam tak bermakna dah selesai... 📖✨

Ramai yang ingat bila dah khatam hafalan Al-Quran, tugasan kita dah tamat.

Padahal cabaran sebenar adalah macam mana nak kekalkan hafalan tu (murajaah) di samping kesibukan harian/akademik.

Disiplin 1 jam sehari atau manfaatkan waktu sebelum solat di musolla - kecil nilainya tapi besar implikasinya! 🤲

Korang pulak biasa peruntukkan masa bila untuk murajaah? Jom kongsi di ruang komen! 👇

Kemasukan Tingkatan 1 & FastTrack SPM sesi 2027 kini dibuka. Maklumat lanjut melalui pautan di bio.

📚 Pengambilan Pelajar Baharu Tingkatan 1 Sesi 2027 Kini Dibuka!🌟 Ayuh sertai keluarga Matis Madinatul Huffaz, sebuah ins...
17/08/2026

📚 Pengambilan Pelajar Baharu Tingkatan 1 Sesi 2027 Kini Dibuka!

🌟 Ayuh sertai keluarga Matis Madinatul Huffaz, sebuah institusi yang menggabungkan kecemerlangan hafazan Al-Quran, akademik dan pembentukan sahsiah Islam.

✅ Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 1.
✅ Tarikh Permohonan 1 Julai - 30 September 2026.
✅ Tarikh Temuduga 3 Oktober 2026

Jika anak anda mempunyai minat menghafaz Al-Quran serta ingin menimba ilmu dalam suasana pendidikan yang seimbang, inilah peluang terbaik untuk mereka.

📲 Mohon secara online di: https://madinatulhuffaz.edu.my

📞 Sebarang pertanyaan:
☎️ 016-283 3884
☎️ 016-333 2962
☎️ 03-6178 2836

Jom kongsikan kepada ahli keluarga dan sahabat yang sedang mencari pendidikan terbaik buat anak-anak.

Semoga menjadi asbab lahirnya generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara. 🤲

📢 Pengambilan Pelajar Baharu Fast track SPM 2027 📚🌟 Peluang istimewa buat para huffaz yang ingin meneruskan pengajian ak...
17/08/2026

📢 Pengambilan Pelajar Baharu Fast track SPM 2027 📚

🌟 Peluang istimewa buat para huffaz yang ingin meneruskan pengajian akademik tanpa meninggalkan hafazan al-Quran.

Matis Madinatul Huffaz kini membuka permohonan kemasukan Program Fasttrack SPM 2027.

✅ Pilihan aliran:
📘 Perakaunan
🕌 Pendidikan Islam
🧪 Sains Tulen

Syarat Kemasukan:
✔️ Menghafaz sekurang-kurangnya 20 juzuk al-Quran
✔️ Berumur 16 hingga 19 tahun
✔️ Berakhlak baik
✔️ Lulus sesi temuduga

📌 Permohonan dibuka untuk pelajar lelaki sahaja.
📌 Tarikh Permohonan 1 Julai - 30 September 2026.
📌 Tarikh Temuduga 3 Oktober 2026

📲 Mohon secara online di : https://madinatulhuffaz.edu.my

📞 Sebarang pertanyaan:
☎️ 016-283 3884
☎️ 016-333 2962
☎️ 03-6178 2836

Jom kongsikan kepada ahli keluarga dan sahabat yang sedang mencari pendidikan terbaik buat anak-anak.

📢 JAWATAN KOSONG – GURU BAHASA ARAB 📚✨ Matis Madinatul Huffaz, Gombak, Kuala Lumpur kini membuka peluang kepada calon ya...
16/08/2026

📢 JAWATAN KOSONG – GURU BAHASA ARAB 📚✨

Matis Madinatul Huffaz, Gombak, Kuala Lumpur kini membuka peluang kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai keluarga Madinatul Huffaz.

Jawatan: Guru Bahasa Arab

🔹 Terbuka kepada lelaki & perempuan (warganegara Malaysia)
🔹 Mempunyai pengalaman mengajar
🔹 Mempunyai sijil ijazah & setaraf
🔹 Boleh bekerjasama dalam kumpulan
🔹 Rajin & kreatif
🔹 Warden asrama lelaki merupakan satu kelebihan

✨ KELEBIHAN
✅ Caruman KWSP & PERKESO
✅ Kenaikan gaji tahunan
✅ Bonus tahunan
✅ Gaji bermula RM2,100 sebulan dan boleh dirunding mengikut pengalaman mengajar

📩 Berminat? Hantarkan resume anda ke: [email protected]

Jom sertai keluarga Matis Madinatul Huffaz dan bersama-sama membentuk generasi Huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. 🤲✨


Address

No. 1-6, Lot 764, Jalan Marmar 1/10, Lembah Melewar
Kampong Gombak Utara
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60163332962

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Madinatul Huffaz Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category