21/08/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada delegasi UIAM atas kejayaan cemerlang di SIGMA 2026!
Antara pencapaian yang diraih ialah :
Anugerah Pembentangan Cemerlang SIGMA 2026 – Kebajikan & Kesejahteraan Mahasiswa
🥇 Pemenang: Touch2Read: Pemerkasaan Mahasiswa melalui Pembelajaran Braille dan Pembangunan Bahan Taktil Inklusif Berteraskan Nilai Madani
Saudari Bidayatun Najihah Bukhaari, Saudari Aina Afrina Azmi dan Saudari Yasmin Hanani Salsabila Md Hakiim (Mahallah Aminah)
Anugerah Inovasi Pemerkasaan Mahasiswa SIGMA 2026
🥇 Emas: Projek Peduli Asli (PPA) 4.0: Rahmatan Lil 'Alamin — Bersama Menyantuni, Bersama Membangun
Saudari Ainin Farah Hani Mohd Zahid dan Saudara Adam Haikal Mohamad (Kelab COMRADE, CENSERVE)
Anugerah Inovasi Pemerkasaan Mahasiswa SIGMA 2026 – Amalan Terbaik
🥉 Gangsa: POSSA Pedia
Saudara Waffi Izzuddin Adam, Saudara Ariff Danish Syahmi Iznan dan Saudara Amer Hakim Izamer (AHAS KIRKHS)
Anugerah Refleksi Amalan HEPA SIGMA 2026
Anugerah Refleksi Cemerlang: Simulasi Pilihan Raya Kampus: Membina Literasi Politik dan Kematangan Demokrasi Mahasiswa IIUM Gombak
Prof. Madya Dr Mahyuddin Daud, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Encik Ahmad 'Izzuddin Yunus, Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) dan Saudari Umairah Bajrai Jaffar, Kesatuan Pelajar UIAM
Anugerah Perspektif Inovatif: Dari Akar Tempatan ke Capaian Global: Pengalaman UIAM Memperkasa Kesukarelawanan Pendidikan Pelajar
Dr. Haziqah Zulaikha Aris, Kulliyyah Pendidikan
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan pasukan yang terlibat. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat inovasi, kecemerlangan dan khidmat kepada ummah.