SK Balun Bidai

SK Balun Bidai Leading Wisdom and Virtue
Memacu Keilmuan dan Bakti

Seluruh warga SK Balun Bidai mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Guru Besar.Bersama-sama kita terus maju meng...
15/07/2026

Seluruh warga SK Balun Bidai mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai Guru Besar.

Bersama-sama kita terus maju mengorak langkah.

Leading Wisdom and Virtue
Memacu Keilmuan dan Bakti

Assalamualaikum Hadis 40 : Merebut Peluang Beramal💐 Dunia bukanlah tempat tinggal yang hakiki, kerana ia sebuah persingg...
03/07/2026

Assalamualaikum

Hadis 40 : Merebut Peluang Beramal

💐 Dunia bukanlah tempat tinggal yang hakiki, kerana ia sebuah persinggahan dan jambatan menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

💐​Orang yang tahu menilai waktu dan masa tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke akhirat.

💐​Beramal sebelum datangnya waktu kesusahan, kesempitan, kesakitan apatah lagi kematian yang tidak diketahui masanya dengan memanfaatkan umur, waktu dan tenaga.

💐​Berhati-hati dengan tipu daya dunia terutama pada zaman kini yang amat mencabar keimanan dan kekuatan amal seseorang.

Bacaan Yaasin: Muhammad Zikry Fakhrullah
Bacaan Doa : Muhammad Munsif

Warga SK Balun Bidai menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan warga pendidik di atas pemergian permata berharga di...
01/07/2026

Warga SK Balun Bidai menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan warga pendidik di atas pemergian permata berharga di daerah ini.

Semoga Allah menerima amalnya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.

PERAK TENGAH BERDUKA.

Dengan penuh rasa dukacita, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Zahari bin Omar, Penolong PPD (Menengah & Tingkatan Enam), yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu jam 5.55 pagi 1 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi, amanah dan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan di Daerah Perak Tengah. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga pendidikan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh Warga Pendidikan Daerah Perak Tengah

* info berkaitan akan dikemaskini dari masa ke masa

Selamat datang diucapkan kepada Cik Sivalakshmi a/p J Subramaniam. Semoga Teacher Lakshmi terus cemerlang di sini. Tahni...
22/06/2026

Selamat datang diucapkan kepada Cik Sivalakshmi a/p J Subramaniam. Semoga Teacher Lakshmi terus cemerlang di sini. Tahniah dan syabas.

Terima kasih kepada Teacher Nazurah di atas khidmat dan kecemerlangan sepanjang di SK Balun Bidai. Semoga Teacher lebih ...
20/06/2026

Terima kasih kepada Teacher Nazurah di atas khidmat dan kecemerlangan sepanjang di SK Balun Bidai. Semoga Teacher lebih cemerlang di sekolah yang baharu di SK St Bernadette's Convent, Batu Gajah.

Assalamualaikum wbt, SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SKBB"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"• Jumaat• 19 Jun 2026• 7...
19/06/2026

Assalamualaikum wbt,

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H PERINGKAT SKBB

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

• Jumaat
• 19 Jun 2026
• 7.40 am - 10.10 am

🌸 Aktiviti :

1. Bacaan Yassin dan Zikir
2. Tazkirah Maal Hijrah - Ustaz Ilham bin Mokhtar
3. Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tulisan Jawi Tahap 1 & Khat Tahap 2



17/06/2026

War Cry Ppim Skbb

17/06/2026

Pertandingan Deklamasi Sajak Karnival PPIM Daerah Perak Tengah

​Nurrul Izzah binti Mohd Shalan mewakili SKBB mendeklamasikan sajak bertemakan “Remaja Puteri, Inspirasi Negara MADANI”



Perkhemahan dan Karnival Puteri IslamDaerah Perak TengahTarikh : 12-13 Jun 2026Tempat : Sk Iskandar PerdanaKeputusan :-1...
17/06/2026

Perkhemahan dan Karnival Puteri Islam
Daerah Perak Tengah

Tarikh : 12-13 Jun 2026
Tempat : Sk Iskandar Perdana

Keputusan :-

1. 🥇Johan Kuiz Online
2. 🥈Naib Johan Deklamasi Sajak TikTok
3. 🥉Tempat ke-3 Seni Kreatif Anyaman
4. 🥉Tempat ke-3 Set Minum Petang

Tahniah diucapkan kepada semua ahli Puteri Islam SKBB!




🌙 Salam Maal Hijrah 1448H“Biarlah semalam menjadi pengajaran, hari ini menjadi perjuangan, dan esok menjadi harapan. Hij...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H

“Biarlah semalam menjadi pengajaran, hari ini menjadi perjuangan, dan esok menjadi harapan. Hijrahkan hati dengan keikhlasan, hiasi diri dengan akhlak, dan penuhi kehidupan dengan keberkatan.”

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati usaha kita, mempermudahkan segala urusan, dan mengurniakan kejayaan di dunia serta akhirat.

Jazakumullahu khairan kepada semua.

Ikhlas daripada,
Warga SKBB

Address

Jalan Tanjung Tualang
Kampong Gajah
36800

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

+6056313540

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Balun Bidai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Balun Bidai:

Shortcuts

Share