21/05/2026
π PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH PPDS 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa murid-murid SK Gadong Jaya telah menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris Sekolah Rendah PPDS 2026 yang telah berlangsung pada 14 Mei 2026 di SK Nyatoh, Rantau.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan debat sekolah kerana berjaya meraih Tempat Ketiga (2nd Runner-Up) dalam pertandingan tersebut. Walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama, murid-murid kita dalam pertandingan debat, mereka telah menunjukkan semangat, keyakinan, kerjasama dan prestasi yang amat membanggakan.
Persaingan juga sangat sengit kerana pasukan kita perlu bertanding dengan sekolah-sekolah DLP yang mempunyai pengalaman dan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Namun begitu, murid-murid kita berjaya memberikan saingan yang hebat dan membuktikan bahawa mereka juga mampu bersaing di peringkat tinggi.
Senarai peserta debat:
1. Muhammad Omar Aayraf B. Mohd Hanafi (6 Yakin)
2. Wan Kaizer Mukhlos B. Wan Mohd Kamal (6 Setia)
3. Muhammad Amsyar Rayyan B. Mohd Adi Afif (6 Setia)
4. Muhammad Iman Wafiy B. Muhammad Hussaini (6 Yakin)
5. Naura Az-Zahra Bt. Rudy (6 Setia)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kita, En. Redzuan Bin Alias, barisan pentadbir, guru-guru serta AKP atas segala sokongan, kerjasama dan doa yang diberikan sepanjang persediaan dan pertandingan ini berlangsung.
Sekalung tahniah dan penghargaan juga kepada Team BI, khususnya Teacher Syira selaku ketua dan Teacher Shaveeka yang telah melatih murid-murid dengan penuh dedikasi dan komitmen walaupun persediaan dibuat dalam masa yang singkat.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat!