31/08/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐ฒ๐พ
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan, keamanan dan keharmonian yang telah kita kecapi.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi turut membawa tanggungjawab untuk memelihara perpaduan, menghormati antara satu sama lain serta menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.
Sebagai ibu bapa dan pendidik, marilah kita terus berganding bahu dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak mulia, berjiwa merdeka dan mempunyai semangat cinta akan tanah air. Semoga anak-anak kita membesar menjadi insan yang mampu memimpin dan menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih aman, maju dan sejahtera.
Marilah kita mengenang segala pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berjuang demi kemerdekaan negara. Semoga semangat perjuangan, kesatuan dan patriotisme terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh warga sekolah, guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan keluarga besar SRIAAK.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐ฒ๐พ
Ikhlas daripada,
Team PIBG SRIAAK