Seni Silat Macan Keramat

Seni Silat Macan Keramat

Share

Macan Keramat merupakan sebuah Seni Silat Tempur 21 buah dengan langkah berasaskan harimau kumbang

19/02/2024

Alhamdulillah, FULL CONTACT SILAT CHAMPIONSHIP 6.0 di KL Gateway Mall - 3 orang pesilat berjaya membawa pulang 2 x 🥇dan 1 x 🥈. TAHNIAH anak² . Seperti yang dijanjikan, siapa yang ada keazaman, yang ikhlas berusaha berlatih bersungguh-sungguh, maka dialah yang akan dapat.

16/02/2024

2 Hari Lagi Untuk Ketolabs Full Contact Silat Championship 6.0 The Super 4 Contander. Macan Keramat Fighter akan menghantar 3 orang pesilat untuk berentap. Sila datang beramai-ramai, sorakkan dan sokongan anda akan menjadi pembakar semangat kami.

Jumpa di sana..
18 Februari 2024 | Ahad | 1030AM | KL Gateway Mall

Photos from Seni Silat Macan Keramat's post 13/02/2024

Alhamdulillah, selesai sudah KEJUARAAN SILAT OLAHRAGA USTA FIGHTER TERBUKA KEBANGSAAN PIALA LAKSAMANA PUTRA 2024 di Melaka. 9 orang dari 8 hingga 20 tahun berjaya menyertai kejohanan ini dan berjaya membawa pulang 1 x 🥉. Kami tetap bersyukur, anak² Macan telah pun berikan yang terbaik! Setiap kejohanan perlahwanan akan terdapat banyak pengajaran yang dapat mengajar kita untuk lebih matang dan menjadi lebih baik di masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang membantu usaha kami dan sentiasa menyokong kami terutama ahli keluarga dan rakan taulan. Tidak lupa juga sokongan daripada penduduk Kampung Datuk Keramat dan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat terutama Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan barisan AJK Masjid yang lain yang ikhlas membantu hingga kami berjaya menjejakkan kaki di Melaka.

InsyaAllah, dengan sokongan anda semua Seni Silat Macan Keramat akan terus berjuang di dalam Sukan Silat demi membina masa depan anak muda bangsa.

24/01/2024

Isi masa lapang anak anda dengan aktiviti seni mempertahankan diri SILAT sebagai aktiviti yang bermanfaat untuk membina keyakinan dan membentuk disiplin serta menggalak aktiviti sosial sihat anak anda.

PENGAMBILAN PELAJAR BARU BATCH 1 / 2024 KINI DIBUKA!

SENI SILAT MACAN KERAMAT adalah seni silat tempur yang telah berjaya membimbing anak² memenangi pingat di dalam sukan Silat Olahraga.

🔥10 manfaat SILAT untuk anak² 🔥
✅ Membina keyakinan diri
✅ Membentuk disiplin dan adab
✅ Merangsang proses sosialisasi
✅ Menggalakkan aktiviti fizikal & Mental
✅ Belajar untuk menetapkan matlamat
✅ Saling menghormati
✅ Menggalakkan kanak-kanak agar jauhi gaduh
✅ Membina semangat

Pengambilan bermula seawal dari 8 tahun

Klik link WhatsApp dibawah untuk dapatkan promosi sempena pendaftaran 2024:
https://macankeramat.wasap.click

Latihan bermula 14 Februari 2024

28/11/2023

Tahniah lagi sekali kepada anak-anak . Satu lagi kejayaan buat Macan Keramat Fighter, kali ini di Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan Tampin anjuran KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Negeri Sembilan. 12 orang dari 8 hingga 17 tahun berjaya menyertai kejohanan ini dan berjaya membawa pulang 6 pingat! 1 x 🥇 dan 5 x 🥉.

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu usaha kami dan sentiasa menyokong kami terutama ahli keluarga dan rakan taulan. Tidak lupa juga sokongan daripada kariah Surau Al Ansar, Dato Keramat serta penduduk-penduduk Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang ikhlas membantu hingga kami berjaya menjejakkan kaki di Tampin.

InsyaAllah, dengan sokongan anda semua Seni Silat Macan Keramat akan terus berjuang di dalam Sukan Silat demi membina masa depan anak muda bangsa.

30/10/2023

Perlawanan adik Muhammad Firdawus (merah) kategori Pra-Remaja Kelas A di kejohanan Silat Shah Alam International Silat Championship Mayor Cup 2023. Strategi dan teknik ajaran guru Macan Keramat menjadi hasil. Alhamdulillah.

30/10/2023

29 Oktober 2023 - Menyaksikan anak didik Macan Keramat, adik Muhammad Aliff berjaya membawa pulang pingat Gangsa dalam kategori Remaja Kelas F di Kojahanan Shah Alam International Silat Championship Mayor Cup 2023. Kejohanan ke-2 yang disertai Seni Silat Macan Keramat dan merupakan kejohanan antarabangsa.

Tahniah adik Muhammad Aliff dan tahniah Macan Keramat. Sebuah akademi silat yang kerdil dan serba kekurangan berjaya mendidik seorang remaja "underdog" hingga berjaya di peringkat kebangsaan. Alhamdulillah.

16/10/2023

Next!! Jumpa kami di peringkat kebangsaan di Kejohanan Silat Piala Datuk Bandar Shah Alam 2023. Anak-anak bersiap siaga!!!

Bersiap siaga anak macan,
Bersedia diri untuk bersilat,
Demi membina masa depan,
Ilmu guru membawa berkat.

16/10/2023

Kejohanan Silat Olahraga PLKU 2023 @ Universiti Kebangsaan Malaysia - telah menghantar 10 penyertaan dan berjaya membawa pulang 7 pingat, Alhamdulillah. 3 🥇 , 2 🥈 , 2 🥉. Tahniah dan syabas!!

15/10/2023

Selesai sudah, Kejohanan Silat Olahraga PLKU 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia sebentar tadi. Alhamdulillah, Team Macan Keramat berjaya membawa pulang pingat sebanyak 3 , 2 dan 2

Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak yang menyertai kejohanan ini dan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Master Andy Macan Keramat bersama Cikgu Pejal dan Cikgu Fhami yang bertungkus-lumus mendidik dan melatih anak-anak Macan hingga berjaya. Tidak lupa juga kepada team pengurusan Abang Khalid, Zulkifli dan Abang Ajis bersama team ibu-ibu yang sentiasa mengambil berat, menjaga makan, minum dan kesihatan anak-anak Macan semua. Tahniah dan terima kasih semua.

Kejayaan bagi kami adalah satu perjalanan, dan dengan hanya menyertai kejohanan ini merupakan satu kejayaan yang manis dan ia membakar semangat kami untuk tingkatkan usaha untuk melangkah lebih tinggi.

05/10/2023

Wajiblah menjaga diri sendiri,
menerima amanah Tuhan Rabbi.
Supaya menjadi mukmin sejati,
demi menegak Islam yang suci.
Memetik pantun daripada YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad.
-
Adalah WAJIB bagi kita untuk menjaga diri, barulah kita mampu menjaga keluarga, agama, bangsa dan tanah air, InsyaAllah.
-
Berita baik buat anak bangsa di Kuala Besut Terengganu, Seni Silat Macan Keramat baru melancarkan gelanggang baru di
Lot 4535, Jalan Alor Teratai, 22300 Kuala Besut
-
Pendaftaran pelajar baru kini dibuka!
Seni Silat Macan Keramat
✅ Seni tempur street fighting
✅ 7 langkah combo x 6 gerak buah
✅ Seni rahsia gerak Tapak Spider
-
Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut. Klik link di bawah:
https://macankeramatbesut.wasap.click

27/09/2023

1 Hari lagi menjelang hari kemuncak kecintaan Baginda Rasulullah SAW ﷺ. Andy Macan Keramat bersama-sama anak-anak Macan bersiap siaga.

Want your school to be the top-listed School/college in Kampong Datok Keramat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


4-2, Lorong Kiri 5
Kampong Datok Keramat
54000

Opening Hours

Monday 11:00 - 23:00
Tuesday 11:00 - 23:00
Wednesday 11:00 - 23:00
Thursday 11:00 - 23:00
Friday 16:00 - 23:00
Sunday 17:00 - 23:00