Maahad Tahfiz Arabic Al Gontory Lil Banat

Maahad Tahfiz Arabic Al Gontory Lil Banat Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat adalah institusi swasta (Persendirian) yang terbuka kepada

16/04/2026

Kepentingan berpidato di setiap kalangan pelajar Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat, baik dal Bahasa Arab, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu.
Jom tengok video yang kami siapkan dibawah⤵️⤵️⤵️

4 MAC 2026Alhamdulillah❤️Tahniah diucapkan kepada  anakanda Hanisa Najwa Binti Halimi diiringi guru Halaqohnya , Alfadhi...
11/03/2026

4 MAC 2026

Alhamdulillah❤️

Tahniah diucapkan kepada anakanda Hanisa Najwa Binti Halimi diiringi guru Halaqohnya , Alfadhilah Ustazah Khairunnisa Binti Ahmad dari Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat kerana telah berjaya mengulang Prasyahadah dari Juzuk 16 hingga Juzuk 20 dengan lancar dan baik .

Semoga anakanda Hanisa Najwa Binti Halimi diberikan semangat yang luar biasa untuk terus istiqamah menjaga amal, hafazan & akhlaknya supaya menjadi seorang Hafizah yg Solehah berjaya dunia Akhirat.

Mudah-mudahan dengan izin Allah amiin 🤲

03 MAC 2026Alhamdulillah❤️Tahniah diucapkan kepada  anakanda Nur Afiqah Binti Muhammad Hakim diiringi guru Halaqohnya , ...
11/03/2026

03 MAC 2026

Alhamdulillah❤️

Tahniah diucapkan kepada anakanda Nur Afiqah Binti Muhammad Hakim diiringi guru Halaqohnya , Alfadhilah Ustazah Nor Hidayah Binti Mohd Fuad dari Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat kerana telah berjaya mengulang Prasyahadah dari Juzuk 11 hingga Juzuk 15 dengan lancar dan baik .

Semoga anakanda Nur Afiqah Binti Muhammad Hakim diberikan semangat yang luar biasa untuk terus istiqamah menjaga amal, hafazan & akhlaknya supaya menjadi seorang Hafizah yg Solehah berjaya dunia Akhirat.

Mudah-mudahan dengan izin Allah amiin 🤲

Pekan Suai Kenal & Orientasi Pelajar MT Arabic AlGontory Lil Banat 2026 diteruskan dengan kehadiran beberapa Doktor dan ...
16/01/2026

Pekan Suai Kenal & Orientasi Pelajar MT Arabic AlGontory Lil Banat 2026 diteruskan dengan kehadiran beberapa Doktor dan Jururawat serta staff dari Jabatan Kesihatan Kuala Selangor membantu mengisi slot Penjagaan Kesihatan Diri dan Persekitaraan baik di sekolah & di asrama.

Perkongsian yang banyak memberi ilmu baru kepada para guru serta pelajar2 sepanjang taklimat di berikan. Dan berkesempatan juga membuat saringan kesihatan kepada seluruh warga MT Arabic Algontory Lil Banat. 🤗

Moga dengan menjaga kesihatan & kebersihan di sekitar sekolah dapat memberikan tubuh badan dan minda yg cergas.

“العقل السليم في الجسم السليم” (Akal yang sehat ada pada tubuh yang sehat) 💪

JazakaAllah khair diatas kunjungan dan berkongsi ilmu bersama kami di MT Arabic AlGontory Lil Banat🌹

dokumentasi sepanjang program berlangsung.

Hari ketiga sekitar Pekan Suai Kenal & Orientasi Pelajar MTAG Lil Banat 2026.Program diteruskan dengan slot Bahasa Arab ...
15/01/2026

Hari ketiga sekitar Pekan Suai Kenal & Orientasi Pelajar MTAG Lil Banat 2026.

Program diteruskan dengan slot Bahasa Arab ( Diniyyah) membawa tajuk اللغة تاج المعهد (bahasa itu mahkota Maahad) yang disampaikan oleh Ustazah Suhailah Razak, yang merupakan Alumni Pesantren Modern Darussalam Gontor Putri, Indonesia.

Semangat berbahasa Arab dalam jiwa Ustazah Suhailah dan para guru Bahasa Arab telah meyakinkan pelajar2 di MT Arabic AlGontory Lil Banat yang semua orang boleh, mampu dan pasti mahir berbahasa Arab dengan mempraktikkan di kegiatan sehari- hari mereka di Maahad.

Bak kata Pengasas MT Arabic Al Gontory Lil Banat, jangan pernah malu untuk mengucapkan, kerna apabila salah, kita sedang melalui fasa pembelajaran yang benar.

Siap didik dan siap mendidik.Itulah moto kami di MT Arabic AlGontory Lil Banat.

Semoga program hari ini sedikit sebanyak dapat memberikan input yang bermanfaat terutamanya untuk pelajar baru yang berada di Maahad🤲🩷

Sedikit dokumentasi sepanjang program hari ini.🥰

Klinik Al Fatihah dalam slot AlQuran, di hari kedua Minggu Suai Kenal & Orientasi Pelajar MT Arabic AlGontory Lil Banat....
15/01/2026

Klinik Al Fatihah dalam slot AlQuran, di hari kedua Minggu Suai Kenal & Orientasi Pelajar MT Arabic AlGontory Lil Banat.
Taklimat Klinik Al Fatihah ini di sampaikan oleh Ustaz jemputan, Al Fadhil Ust Muhamad Riduan Al Hafiz bin Md Ghazalli.

Semoga dengan adanya taklimat Klinik Al fatihah ini boleh memberi manfaat & memperbaiki praktikal dari segi tajwid & makharaj dalam pembacaan AlFatihah, InshaAllah.

Sedikit dokumentasi sepanjang program 🩷

Alhamdulillah ala kulli hal, bermulalah sesi pembelajaran pelajar2 MTAG Lil Banat yang telaj bercuti selama 15 hari berm...
14/01/2026

Alhamdulillah ala kulli hal, bermulalah sesi pembelajaran pelajar2 MTAG Lil Banat yang telaj bercuti selama 15 hari bermula hujung Disember 2025 yang lalu.

InshaAllah seperti tahun- tahun yang lalu, sesi pembelajaran di mulai dengan Minggu Suai Kenal & Orientasi MT Arabic AlGontory Lil Banat bersama seluruh guru, pelajar baru serta pelajar lama.

Alhamdulillah wa syukurillah diatas keredhaan dan keizinan Allah SWT, dapat berkumpul semula para pelajar lama dan baru Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat di sesi pengajian Tahun 2026.

Pembukaan program tahunan MT Arabic AlGontory Lil Banat dibuka dengan Pekan Orientasi Pelajar MTA Arabic AlGontory yang telah berlangsung pada hari Selasa, 13 Januari yang lalu dan akan berakhir pada 18 Januari 2026.

Dengan adanya minggu orientasi ini, bukan hanya perkenalan Pondok, malah lebih kepada visi dan misi serta target yang sudah disusun oleh para pendidik di MT Arabic AlGontoy untuk mewujudkan muslimah yang berjiwa pejuang, berakhlak dan beradab serta istiqomah dalam menuntut ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab, InshaAllah.

Semoga seluruh warga Algontory mendapat manfaat sepanjang program Minggu Orientasi ini, InshaAllah🤲

"Siap didik, dan siap mendidik".

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2026 ke Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat  (PEREMPUAN) Telah Dibuka!!Kemasukan Pela...
26/12/2025

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2026 ke Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat (PEREMPUAN) Telah Dibuka!!

Kemasukan Pelajar Baru Bermula Januari 2026🤲

➡️PROGRAM TAHFIZ & DINIYYAH
➡️PROGRAM PERSEDIAAN KE PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR, INDONESIA

🗓️Klik link pendaftaran secara online ⤵️

https://pitas.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=pitas0201

☎️ATAU Hubungi kami di talian⤵️

https://wa.me/60102469535
https://wa.me/601126269534
https://wa.me/60192464481

Lokasi kami di :

Lot 4263 Jalan RIZAB DERAHMAN KG Bukit Hijau, 45800 Jeram Selangor.
https://maps.app.goo.gl/YYq52T3F1FFD5Hb47

Ayuh, daftar sekarang!🥰

Part 1- Minggu Orientasi MT Arabic AlGontory Lil BanatAlhamdulillah wa syukurillah diatas keredhaan dan keizinan Allah S...
07/01/2025

Part 1- Minggu Orientasi MT Arabic AlGontory Lil Banat

Alhamdulillah wa syukurillah diatas keredhaan dan keizinan Allah SWT, dapat berkumpul semula para pelajar lama dan baru Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat di sesi pengajian Tahun 2025.

Pembukaan program tahunan MT Arabic AlGontory Lil Banat dibuka dengan Pekan Orientasi Pelajar MTA Arabic AlGontory yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 17 Januari 2025.

Dengan adanya minggu orientasi ini, bukan hanya perkenalan Pondok, malah lebih kepada visi dan misi serta target yang sudah disusun oleh para pendidik di MT Arabic AlGontoy untuk mewujudkan muslimah yang berjiwa pejuang, berakhlak dan beradab serta istiqomah dalam menuntut ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab, InshaAllah.

Semoga seluruh warga Algontory mendapat manfaat sepanjang program Minggu Orientasi in🤲

Majlis Haflatul WADA' Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat sesi 2024.🌹20 Disember 20246.30-10.30 pmAlhamdulillah, sy...
02/01/2025

Majlis Haflatul WADA' Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat sesi 2024.🌹

20 Disember 2024
6.30-10.30 pm

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya, bersama-sama meraikan Majlis Haflatul Wada ( Majlis Apresiasi Pelajar) bagi sesi 2024 Maahad Tahfiz Arabic AlGontory Lil Banat.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa/waris pelajar yang telah memberikan kerjasama dan usaha yang sangat kompak sepanjang menelusuri perjalanan pembelajaran di MTAG Lil Banat sesi 2024.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pengurusan, barisan Guru AlQuran dan Diniyyah, Barisan Guru Pengabdian ( Praktikal) Barisan Warden dan barisan MPPA sesi 2024, yang bertungkus lumus memberikan kerjasama, amanah dan juga komitmen yang terbaik sepanjang tahun 2024 dan berjaya mencapai misi MTAGB tahun 2024,Alhamdulillah.

Antara pencapaian pelajar MT Arabic AlGontory Lil Banat 2024:

Pelajar Syahadah Akhbar ( Jayyid )- 1 orang
Pelajar Khatam 30 Juzuk - 7 orang
Pelajar Pra Syahadah - 20 orang
Pelajar Mumtaz Diniyyah - 13 orang
Pelajar Terbaik Diniyyah - 4 orang
Pelajar Terbaik AlQuran - 4 orang

InshaAllah dengan berlangsungnya Majlis ini, MTAG Lil Banat sesi 2024 melabuhkan tirai dan akan membawa misi, azam, semangat dan idea-idea yang baru di tahun 2025 , InshaAllah 💪🤗

JazakaAllah Khair, jumpa lagi di tahun 2025.🩷

Amaliyah Tadris ( Practical Teaching) Pelajar Kelas Tahun Akhir ( Kelas 5).💐Tarikh: 17 & 18 Disember 2024🌹Tempat: Dewan ...
22/12/2024

Amaliyah Tadris ( Practical Teaching) Pelajar Kelas Tahun Akhir ( Kelas 5).

💐Tarikh: 17 & 18 Disember 2024
🌹Tempat: Dewan MT Arabic Algontory Lil Banat, Jeram.

💌Subjek yang dipraktikkan⤵️

✅Nahwu
✅Tamrin Lughoh
✅Imlak
✅Tarjamah
✅Mahfudzot

🩷GURU PENGUJI:
UST SEPTIAN RIYANDI
UST ABDUL HAKIM ARIFFIN
UST ATEP SUTISNA
USTZH ANI INAYAH
USTZH NAFYSA CHOIR
USTAZAH NAILUL

Alhamdulillah, Seusai Peperiksaan Akhir Tahun,kami melanjutkan dengan Program Akhir Tahun bagi sesi 2024, Amaliyah Tadris (Practical Teaching) sepenuhnya dalam Bahasa Arab oleh Pelajar Kelas 5 ( Tahun Terakhir) untuk mereka mempersembahkan kebolehan masing2 dalam mempraktikkan mengajar kembali apa yang mereka sudah pelajari sepanjang 5 tahun di Maahad. Tujuan utama Amaliyah Tadris ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar agar mereka mampu pelajari teknik mendidik dan disamping mengetengahkan kebolehan dan keyakinan diri masing2 apabila berada di luar sana nanti.
InshaAllah, dengan adanya Amaliyah ini, dapat membentuk peribadi dalam mendidik kembali anak2 bangsa diluar sana di masa hadapan, InshaAllah.

Antara pelajar yang terlibat↩️

- UKHTI FARAH NAJIHAH BINTI MOHD HAFIZ
- UKHTI ANISSATUN NADIA BINTI MOHD SHAFIE
- UKHTI ADLINA RUZAIN BT IZZARUDDIN
- UKHTI NUR RIZKIANA NASUHA BINTI ROS AZAMI
- UKHTI AANISAH AQILAH BINTI MOHD YAZID
- UKHTI ZAWIL ATHIRAH BINTI KHAIRUL ANUAR
- UKHTI ZAWIL AFIQAH BINTI KHAIRUL ANUAR
- UKHTI NUR FATINAH AFIQAH BINTI MOHD AZNI

Tahniah kepada seluruh pelajar kelas 5 yang mengikuti Amaliyah Tadris bagi sesi 2024

Kalian Adalah Pejuang💪🏻

Dididik dan Siap Mendidik.

Address

Lot 4263 Jalan Rizab Derahman Kg Bukit Hijau
Kampong Bukit Jeram
45800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Arabic Al Gontory Lil Banat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Arabic Al Gontory Lil Banat:

Shortcuts

Share

Category